Thursday, June 25, 2009

Selamat Jalan......

Lambaian tangan ku laju,di ikut air mata yang deras mengalir pada sahabat yang telah beransur-ansur pulang.."Selamat jalan,semoga kita berjumpa lagi..insyaALLAH..", "eleok-elok jalan,jaga diri..kalau da sampai nnt bagitau la", "jagan lupa mesej aku selalu ye.." sambil bersalam dan berpelukkan dengan sahabat-sahabat yang ingin kembali kekampung halaman...kata-kata ini menjadi pengiring utk teman2 yg akan bercuti semester dan teman-teman akan meninggalkan kampus sarawak ini...
setiap hari, seorang demi seorang sahabat yg balik..sal balik hari ahad utk urus degree,kemudian mas balik hari selasa lepas test utk dapat lesen nurse dan hari nie nurul,sbb dia da habis test kelmarin..dan sekarang tinggal aku sorang2 kat bilik nie...walaupun ku xda tunjuk muka sedih..namun hati ku tak dapat menipu keadaan ku yang sunyi kesorangan di bilkik tanpa teman, ini mengingatkan aku dengan lagu UNIC-DIATAS NAMA CINTA..aku amik sepotong lirik lagu nie( biar sendiri hingga hujung nyawa, asal tak sepi dari kasihnya..) lirik nie beri kekutan utk dan keyakinan bahawa walaupun tiada teman disisi tapi ada yang setia menemani dan bersama ku iaitu AL-KHALIK...sesungguhnya ALLAH itu sentiasa bersama ku.. cuma aku saj yang kadangkala lupa dan tidak sedar dengan ini semua....pape pun aku juga akan meninggalkan kampus nie buat sekian kalinya, setelah ssetahun bertapa tak balik sabah..akhirnya aku akan meninggalkan Bumi Kenyalang ini, dan entah lah bila baru dapat datang semula kesini... walaupun jauh dari mata namun segala memory di sini tak kan pernah padam..insyaALLAH...(^_^)...

Thursday, June 18, 2009

Diam itu BERSALAH...

"kenak diam Dayang,sebab nyah SALAH la yah.." seorang teman sekerja yang mengenakan aku selepas sedikit pertelingkahan kecil antara kami dan seorang lagi teman dia. sememangnya aku agak kasar bila bercakap atau behadapan dengan muslimin nie.. aku tak leh nak elak dia atau teman dia..ada saja agenda mereka membuat ketika kerja yang mrnjadikan aku sering bertelingkah..sememangnya aku tak akan menyerah kala andai apa yang dia katakan..erm mungkin satu sikap ku yg agar degil. kadang2 aku lebih suka menyendiri dan menjauhkan diri dari orng agar tak menjadi mangsa cakap lepas ku... kerna diam itu lebih baik dari terus cakap pasti akan lebih banyak kesilapan. sejak result degree kuar..mood ku agar merundum...aku jadi hilang kawalan perasaan utk tidak melibatkan orang lain aku bawa diri dan mendiamkan diri even bila duduk dengan kawan. aku binggun degan resukt yang kuar..alhamdulilLAH...ALLAH beri aku tempat utk meneruskan pengajian..namun aku belum pasti ada ka rezeki ku untuk meneruskan pengajian ku... sumanya ku sandarkan pada ILAHI....sukar utk diungkai masa akan datang masih rahsia dan misteri...yang penting doa dan tawakal...insyaALLAH...

diam ku punya sebab dan tersirat...xdapat nak diungkap, biar ALLAH saja yang mengetahui dan mendengarnya..namun sebagai manusia aku tak lari memerlukan seseorang untku ku bercerita dan meluahkan kantung dada ku yang sarat ini...blog nie menjadi mangsa muntah dan isi kandung kantung dada ku....
Sesungguhnya suma manusia itu akan di uji, tapi dengan tingkat ujian yang berbeza-beza...

Diam ku juga...kerna ingin mengurangkan dan andai dapat nak buat perubahan diri gak..xnak jadi kuat cakap atau byk songeh...(^_^)

insyaALLAH..semoga aku berjaya gak kawal sikap ku yang satu nie...

Wednesday, June 17, 2009

Di Luah Mati MAK Di Telan Mati BAPA..

Ungkapan kata2 orang melayu..dulu penuh dgn kata2 kiasan,tersirat dan penuh berhikmah. Kadang terasa ingin kembalikezaman ini untuk mempelajari kelembutan dan kehalusan bahasa melayu zaman dulu..tgk saja cerita hitam putih...puisi dan syair serta gurindam melayu itu begitu mengasyikkan...sampai leuk lentok...(^_^)..
ada ka bahasa ini akan tetap menjadi ingatan dan sanjungan pada 10,20,30,40 dan sterunya tahun akan datang? atau ia menjadi satu ia menjadi bahan ejekan dan ketawa oleh generasi depan?..wallahu'alam.. ana sendiri xdapat nak buat tafsiran. Apa yang ana harapakan semoga kehalusan bahasa melayu ini akan terpelihara...kerana dari sini lah perkembangan bahasa Malaysia pada masakini..walaupun bahasa inggeris telah menjadi salah satu pilihan masyarakat, ana berharap... dengan penjagaan bahasa melayu ini ia akan dapat mengekalkan budaya melayu..kerana andai ia pupus maka budaya hidup melayu dan islam itu akan pupus juga...
Secara logik akalnya apa yang berlaku pada remaja terutama masyarakat melayu amnya.. dengan kemasukkan bahasa asing, maka remaja juga mula mencari rujukakan dan panduan memlalui warga asing.. secara tidak langsung budaya mereka juga menjadi ikutan dan panduan...
Apa pun ia bergantung kepada iman dan diri individu itu sendiri kerana setiap orang berbeza pandangan,fikiran dan cara meraka bertindak...

Ilmu yang ALLAH kurniakan kepada manusia juga semakin berkembang dan menuju kehadapan...namun ilmu yang terdahulu masih menjadi rujukan dan telahaan kerana ia merupakan sumber ilham manusia utk mencapai sesuati ilmu yang lebih luas..dan sebagai orang islam kita yakin bahawasanya ilmu itu adalah di ilhamkan oleh ALLAH SWT, kepada manusia...

p/s Apa yang ana katakan ini hanya lah halwa telinga dan cetusan yang spontan dari akal yang ALLAH anugarahkan ini..utk mengajak diri ini agar lebih berfikir..(^_^)

*************************************************************************************
Tajuk yang ana utarakan nie,sebenarnya adalah nak buat luahan hati melalui kiasan..tentang keadaan ana ketika ini... ibarat klu buat menda nie akan melukakan orng lain dan klu tak memberi kesakitan pada diri...(T_T)...

Beberapa hari nie mood ana tak berapa elok..sejak hari isnin... mula2 tuk ana rasa sedih..sedih sebab rasa terpinggir oleh sahabat sendiri, rakan sekerja,orang yang berada dsekeliling.. keadaan nie membawa ana lebih byk mendiamkan diri dan buat hal sendiri, malas mau kisah orang lain walaupun dalam hati sedih sebab di buat begini... kenapa?..ada kah sebab ana lain dari mereka,tak sporting,tak enjoy dan adakah sebab ana punya pegangan kuat dari mereka...? biar la apa pun yang terjadi,ana berusaha untk husnuzon.. biar la ana sendiri, kerna ana yakin ALLAH itu sentiasa disisi( teringat lagu IN-TEAM- DIATAS NAMA CINTA)...

Walaupun ada perasan sedih kerana disisikan, namun ana bersyukur juga sebab dengan apa yang terjadi ini menjadikan ana mula dekat semula dengan ALLAH SWT...menjadikan ana mula mengingati ALLAH...mungkin nie sebab ALLAH jadikan perkara ini...supaya ana kembali sedar apa yang telah ana lupakan dan tinggalkan...

Lepas kejadian nie...makin bertambah pula dugaan yang datang.. bila result kemasukan degree keluar ana menjadi tambah binggung, lepas tu..didatangkan pula dgn kesihatan yang tak elok sejak malam selasa...lepas solat maghrib ana tidur, sebab tak tahan dengan denyutan sakit kepala dan badan yang mula panas...AlhamduliLLAH kawan sebilik kejutkan pukul 10 malam tuk makan,tapi tak da selera..bagun tu terus solat isyak...
kesakitan nie bercampur dengan masalah sambung degree dan masalah keluarga yang makin menguji diri ini..

Dari kelmarin juga ana cuba hubungi mak, sbb sebolehnya biar family dulu yang tahu mengenai keputusan nie....apa pun tindakakn yang perlu di ambil seterusnya da mendapat pengizinan dari keluarga..namun apa daya andai ALLAH da tetapkan apa yg berlaku...mak tak dapat dihubungi..then ana masih binggung tuk buat keputusan sekarang..ditambah lagi adik yang minta tolong untuk supaya bantu dia dalam pelajaran.. buat ana tak tahu da mau letak apa dlm kotak fikiran nie..ibarat pepatah melayu DITELAN MATI MAK DIBUANG MATI BAPA...

Jika ana buat keputusan utk sambung belajar, akan menambah beban mak dan menyebabkan keadaan ekonomi keluarga meruncing dan adik sedih sebab tak ada orng nak tolong untuk study... Klu ana tak terima,ana akn mengecewakan mak dan family yang ingin ana meneruskan pengajian hingga habis..walaupun mereka sendiri tidak memaksa dan menyokong setiap keputusan dan tindakan ana, namun ketika nie ana perlu sangat pandangan dan kata dari mereka untuk ana buat keputusan...sedih sangat tak tahu nak cakap apa..

Ana menjadi tambah sedih ketika nie seorang sahabat yang ada bersama2 saya ketika nie pun mendapat tawaran,dia tengah sibuk mengurus kemasukkan dan mungkin minggalakan kerja dan ana lebih awal..adakalanya ana cemburu dan dengan dia,dengan kehidupan dan family dia yang amat mengambil berat dan memberi sokongan dalam pelajaran dia... berbanding ana..mungkin klu dulu mas ana masih sekolah..memang mak yang banyak berusaha..namun sejak ana berada di universiti ana kena berusaha dan menanggung kehidupan sendiri...suma nya kena usaha dan urus sendiri,sedih sangat.. namun ana redha apa yang berlaku walaupun adakalanya begitu sakit utk menelan dan melalui kehidupan ini...harapan yang diinginkan dari diri ana terlalu tinggi namun dorongan yang ana harapkan dari mereka..begitu sepi dan adakala macam angin lalu, ana merasa sangat lemah..terasa ingin saja di jadikan burung..utk terbang bebas dan sentiasa menjadi makhluk ALLAH yg sentiasa berzikir...semua ini atas kekuasaan ALLAH di atur semuanya untku hambanya... dan padanya juga aku berserah kembali...setiap ujian nie adalah mengikut kesangguppan hamba-hambanya..(2:286)

Ya ALLAH kuatkan hati hamba-MU ini, dalam melalui mehna yang telah ENGKAU turunkan kepadaku.. ENGKAU berilah kekuatan dan ketabahan serta kesabaran pada ana utk melalui segala dugaan dan ujian MU ini...
"sesungguhnya dalam kesulitan ada kesenangan"
(94:6)...

Sunday, June 14, 2009

'7M' PERLU PADA WANITA




seseorang wanita perlu memiliki
kualiti "7M" :-

Musyarakah – seseorang wanita itu
yakin bahawa dirinya memang mempunyai kecantikan tersendiri

Murakabah – mereka menerima dengan insaf dan syukur keadaan diri sendiri

Muhasabah – sentiasa melihat kekurangan diri dan memperbetulkannya

Muakobah – sentiasa mendidik diri agar berusaha menjadi wanita yang sempurna

Muqarrabah – sentiasa mendekatkan diri dengan Allah s.w.t

Mujahadah – berusaha melawan segala bentuk hawa nafsu yang cuba menguasai diri

Muarabah – cuba menghakis segala kejahatan yang ada dalam diri


****************************************
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:-

"Tujuh macam orang yang bakal dinaungi Allah di bawah naunganNya pada
hari
di mana tidak ada naungan kecuali naungan Allah; imam (pemimpin /ketua)
yang adil, pemuda yag tetap taat beribadat kepada Allah swt, seorang
yang
hatinya selalu bergantung kepada masjid (iaitu memerhatikan waktu solat
berjemaah di masjid), dua orang yang berkasih sayang semata-mata kerana
Allah baik ketika bertemu atau berpisah, seorang lelaki yang diajak
berzina
oleh wanita bangsawan yang cantik tetapi ia menolak dengan berkata,
"Aku
takut kepada Allah", seseorang yang bersedekah dirahsiakan sehingga
tidak
diketahui oleh kiri apa yang dilakukan oleh kanannya, seseorang yang
berzikir ingat kepada Allah bersendirian sehingga bercucuran
airmatanya."

(Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim).

ALHAMDULILLAH DA TAMAT....

11hb JUN 2009... aku ucapankan syukur setelah menatap slip result yg tepampang di skrin laptop ku...kira-kira dalam 11.30 malam,ketika tu sahabat dlm bilik da tidur dibui mimpi...klu blh tak nak kecoh result yg tak seberapa ini...

Walaupun da menduga akan grade on time,namun perasaan gelisah,risau dan takut ketika menunggu result tetap tebal..(^_^)... dan akhirnya keputusan yang pasti terpampang dan baru hilang suma perasaan tu kerana terjawab juga kesudahan hidupku di semester terakhir ini..namun perasaan kecewa dan berbaur sedih muncul pula dgn keputusan yg agak menyedihkan di akhir semester..tapi hati ini tetap REDHA kepada ALLAH SWT..kerana aku yakin apa yg terjadi nie ada hikmahnya..supaya aku lebih muhasabah diri dan melihat kembali kesilapan-kesilapan dan juga kelalaian ku sendiri, agar boleh ku perbaiki di masa akan datang...

Dengan keputusan result yang da keluar nie, maknanya terjawab sudah segala persoalan dan pertanyaan pada diri..selain rasa sedih dengan result..aku lebih sedih utk meninggalkan Bumi Kenyalang ini...terlalu banyak memory dan kenangan yang tercipta di sini. Kerana apa? kerana disini la ku mengenal apa itu ISLAM...disini la ku mengenal erti ukhwah fillah...kerana disini la..aku mula mengenali dan medekatkan diri pencipta ku ALLAH AZZA WAJALLA......

Rasa baru saja aku melangkah kesini semasa sem -1 datang sorang2 naik flight(firt time naik)..kini setelah 3 tahun..aku kan meninggalkan bumi kenyalang nie, sepinya ku rasa...aku kan merindui sahabat2 dan kenangan yang indah disini... sesungguhnya lakaran kehidupan ku lebih bermakna dan penuh pengisian ketika sini.. semoga apa yang telah ku perolehi disini dapat ku manfaatkan dan aplikasikan bila sudah kembali ke kampung halamaan ku..insyaALLAH..

Perancangan kehidupan ku yang seterusnya, masih belum dapat dikenal pasti kerana.. aku sendiri belum dapat bertindak pape.. sambung belajar atau tidak masih dalam pertimbangan..bila sahabat2 bertanya tentang perancangan ku utk sambung study..xda kata yang terucap kerana semuanya masih terawang-awang dan dalam perancangan... jawapan yang pasti bila aku da balik ke kampung halaman ku... jumpa mak dan bapa, adik-adikku dan keluarga yang kucintai...(^_^)...rindu kalain semua,tunggu aku disini..yek.

insyaALLAH..tak sabar balik umah,tiket flight da pilih tinggal beli jak, banyak benda nak buat bila balik nie,da banyak perancangan di atur bila balik kampung..soal sambung study insyaALLAH..keputusannya selapas ini..(^_^)

Saturday, June 6, 2009

Untaian Doa Sang Perindu Nikah

Salam alaiykh...untaian doa sang perindu nikah ini ana post bagi kesinambungan untuk artikel TINTA BUAT BAKAL SUAMI KU..(^_^).Namun untaian ini dalam versi INDONESIA kerana ana copypaste dari laman seorang teman dari seberang,ini dong..!!! [LINK]....
*************************************************************************************

Untuk Para Akhwat... Mari kita Aminkan Doa ini bersama-sama
Untuk Para Ikhwan....Dengarlah Doa Para Akhwat yang sangat
merindukan datangnya seorang pendamping hidup dalam berdakwah.


Ya Allah ........
Aku berdo'a untuk seorang pria yang akan menjadi
bagian dari hidupku
Seseorang yang sungguh mencintaiMu lebih dari
segala sesuatu
Seorang pria yang akan meletakkanku pada posisi
kedua di hatinya setelah Engkau
Seorang pria yang hidup bukan untuk dirinya
sendiri tetapi untukMu

Wajah tampan dan daya tarik fisik bagiku tidaklah
penting
Yang terpenting adalah sebuah hati yang sungguh
mencintai dan dekat dengan Engkau , ya Allah
dan berusaha menjadikan sifat-sifatMu ada pada
dirinya
Dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk
apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia

Seseorang yang memiliki hati yang bijak tidak
hanya otak yang cerdas
Seorang pria yang tidak hanya mencintaiku tapi
juga menghormatiku
Seorang pria yang tidak hanya memujaku tetapi
juga dapat menasihatiku ketika aku berbuat salah
Seseorang yang mencintaiku bukan karena
kecantikanku tapi karena hatiku
Seorang pria yang dapat menjadi sahabat
terbaikku dalam setiap waktu dan situasi
Seseorang yang dapat membuatku merasa
sebagai seorang wanita ketika aku di sisinya

Ya Allah....
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna
namun aku meminta seseorang yang tidak
sempurna,
sehingga aku dapat membuatnya sempurna di
mataMu
Seorang pria yang membutuhkan dukunganku
sebagai peneguh di jalan dakwah
Seorang pria yang membutuhkan doaku untuk
kehidupannya
Seseorang yang membutuhkan senyumku untuk
mengatasi segala kesedihannya
Seseorang yang membutuhkan diriku untuk
membuat hidupnya menjadi sempurna

ya Allah....
Aku juga meminta,
Buatlah aku menjadi wanita yang dapat
membuatnya bangga
Berikan aku hati yang sungguh mencintaiMu
sehingga aku dapat mencintainya dengan sekedar
cintaku

Berikanlah sifat yang lembut sehingga
kecantikanku datang dariMu
Berikanlah aku tangan sehingga aku selalu
mampu berdoa untuknya
Berikanlah aku penglihatan sehingga aku dapat
melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk
dalam dirinya
Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata
bijaksana,
mampu memberikan semangat serta
mendukungnya setiap saat dan tersenyum untuk
dirinya setiap pagi

Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku
berharap kami berdua dapat mengatakan:
"Betapa Maha Besarnya Engkau karena telah
memberikan kepadaku pasangan yang dapat
membuat hidupku menjadi sempurna."

Aku mengetahui bahwa Engkau ingin kami
bertemu pada waktu yang tepat
Dan Engkau akan membuat segala sesuatunya
indah pada waktu yang telah Engkau tentukan
Amin....





*************************************************************************************

Untuk Para Ikhwan Mari Aminkan Do'a berikut ini...
Untuk Para Akhwat Dengarkanlah Do'a Para Ikhwan Yg juga menanti pendamping Dirinya...



Aku berdoa untuk seorang wanita yang akan
menjadi bagian dari hidupku
Seseorang yang sangat mencintaiMu lebih
dari segala sesuatu
Seorang yang akan meletakkanku pada
posisi di hatinya setelah Engkau dan
Muhammad
Seseorang yang hidup bukan untuk dirinya
sendiri, tapi juga untuk-Mu dan orang lain

Wajah, fisik, status atau harta tidaklah penting
Yang terpenting adalah hati yang sungguh
mencintai dan dekat dengan Engkau
Dan berusaha menjadikan sifat-sifat baikMu
ada pada pribadinya
Dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan
untuk apa ia hidup
Sehingga hidupnya tidak sia-sia

Seseorang yang memiliki hati yang bijak,
tidak hanya otak yang cerdas
Seseorang yang tidak hanya mencintaiku tapi
juga menghormatiku
Seorang yang tidak hanya memujaku tetapi
juga dapat menasehatiku
Seseorang yang mencintaiku bukan karena
fisikku, hartaku atau statusku tapi karena
Engkau

Seorang yang dapat menjadi sahabat
terbaikku dalam setiap waktu dan situasi
Seseorang yang membuatku merasa
sebagai lelaki tangguh ketika aku berada di
sisinya
Seseorang yang bisa menjadi navigator sang
nahkoda kapal
Seseorang yang bisa menjadi penuntun
kenakalan balita yang nakal
Seseorang yang bisa menjadi penawar bisa
Seseorang yang sabar mengingatkan saat
diriku lancang

Tuhanku?
Aku tak meminta seseorang yang sempurna
Hingga aku dapat membuatnya sempurna di
mataMu
Seseorang yang membutuhkan dukunganku
sebagai peneguhnya
Seorang yang membutuhkan doaku untuk
kehidupannya
Seseorang yang membutuhkan senyumku
untuk mengatasi kesedihannya
Seseorang yang membutuhkan diriku untuk
membuat hidupnya lebih hidup

Aku tidak mengharap dia orang yang semulia
Ummu Sulaim,
Atau setaqwa Aisyah, pun setabah Fatimah,
Ataupun sekaya bunda Khadijah, setegar
Asma
Juga segagah Nusaibah, apalagi secantik
Zainab
Aku hanya mengharap seorang wanita akhir
zaman,
Yang punya cita-cita mengikuti jejak
mereka,
Menjadi sholehah, menjadi ainul
mardhiyah?

Karena aku sadar aku bukanlah manusia
mulia Muhammad SAW,
Tidak setaqwa Abu Bakar,
Pun tidak setampan Ali,
Ataupun segagah Umar
Apalagi sekaya Utsman.
Aku hanyalah seorang pria akhir zaman yang
punya cita ? cita
Berusaha mengikuti mereka, membangun
keturunan yang sholeh
Membangun peradaban, dan membuat
Rasulullah bangga di akhirat?

Tuhanku?
Aku juga meminta,
Jadikan aku pelindung baginya?
Buatlah aku menjadi lelaki yang dapat
membuatnya bangga
Berikan aku hati yang sungguh mencintaiMu
sehingga aku dapat mencintainya dengan
sepenuh jiwaku

Berikanlah sifat yang lembut, sehingga
auraku datang dariMu
Berikanlah aku tangan sehingga aku mampu
berdoa untuknya
Berikanlah aku penglihatan sehingga aku
dapat melihat banyak dalam dirinya
Berikanlah aku lisan yang penuh dengan
kata-kata bijaksana,
Mampu memberikan semangat serta
mendukungnya setiap saat

Bunga mawar tak mekar dalam semalam,
namun bisa layu dalam sedetik
Kota Baghdad tak dibangun dalam sehari,
namun bisa hancur dalam sekeja
pPerkawinan tak dirajut dalam pertimbangan
sesaat, namun bisa saja terberai dalam
sesaat
Pernikahan, bukanlah akhir dari sebuah
perjalanan?.
Tapi awal sebuah langkahKarenanya,
jadikanlah pernikahan kami sebagai titian
Utk belajar kesabaran & ridho-Mu, ya Rabb?

Dan bilamana akhirnya kami berdua bertemu,
aku berharap kami berduadapat mengatakan:
" Betapa Maha Besarnya Engkau karena
telah memberikan kepadakupasangan yang
dapat membuat hidupku menjadi sempurna".

Aku mengetahui bahwa Engkau ingin kami
bertemu pada waktu yang tepat
Dan Engkau akan membuat segalanya indah
pada waktu yang telah Engkau tentukan
Amiin....


Tinta Buat Bakal Suamiku

Tinta ini ana copypaste dari (www.iluvislam.com)
buat renungan untuk diri ini...




Assalammualaikum wrt wbt.

Buatmu,

Bakal suamiku.

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.

Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aisyah R.A ;

“sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.

Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?

Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.

Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.



Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.



Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

Dariku,

Bakal isterimu


*diambil daripada sepaku.net

KEMBALI SEMULA......



AlhamdulilLAH...diri ini masih diberi kekuatan dan kelapangan utk kembali keBLOG yang sudah lama ditinggalkan sepi tanpa kata dan bicara...(bahasa kiasan..tanpa catatan dan idea)

Sudah 28 hari musim exam berlalu dan 1 bulan lebih blog ini tiada perkembangan yang dapat ku isi… Lepas saja ‘final exam’ seperti biasa aku mengisi masa cuti sem dengan berkerja di kolej seperti sem-sem sebelumnya. Langsung tidak ada cuti rehat..4 hari pertama kerja(mula jumaat,sabtu,ahad dan isnin),memang letih sebab student sibuk-sibuk utk balik kekampung.. dan aku da lali dengan kerenah student yang nak balik nie, diri ku saja tidak ada perasaan seperti mereka..kenapa..?iye k...?(sape cakap xda???hati nie hanya ALLAH saja yang tahu).Kemudian,aku cuti kerja sementara sebab ikut kursus seminggu (selasa sampai ahad).Hari selepas kursus saja aku terus kerja...(2 minggu non-stop...aku langsung xda masa tu bersenang,malam yang ada digunakan untuk rehatkan badan)... fuh letih...!!!


Ramai sahabat-sahabat dan kenalan asyik betanya kenapa aku masih terperuk di kolej & tak kemas barang utk packing pulang…? jawapan yang biasa ku beri “aku keja”, “aku tak balik lagi sebab keja”,"malas nak kemas aku kan balik lambat"..namun jawapan itu masih tidak dapat memberi kepuasan pada penyoal… kadang2 kena beri penerangan lebih dalam baru mereka faham& setuju dengan tindakan ku..tak kurang juga mereka yang pelik dengan suka ku sanggup bertahan di tempat orang..seolah-olah lupa dengan ibu bapa dan keluarga dikampung yang merindui diri ini..(sememangna aku juga merindui mak,bapa,adik2 ku… sepupu papat,kaum kerabat ku sekalian dan sahabat2 ku di bawah bayu…).

Ada juga kenalan yang melarang tindakan ku berkerja dan langsung tidak mahu pulang kerumah…(sapa kata aku tak mau balik..??? balik la..lepas keja nie aku beli tiket flight balik umah terus…ohhh rindu ku pada tanah tumpah air tembuni ku…).
Memang la sampai habis sem nie..hampir setahun juga ku tak balik umah langsung.. kalau sahabat2 ku da 2,3 kali ulang alik umah,tak kisah la..yang ddk di bumi kenyalang nie@di tanah melayu@di bawah bayu..namun aku masih di sini. Apalah daya ku..aku bukan seperti mereka,mampu untuk berulang-alik…...balik umah, aku bukan saja tak mampu dari kewangan malah kudrat ku juga… walaupun hati ku meronta-ronta untuk pulang…kadang2 pilu jugak hati bila dengar khabar @suara bapa ku yang sering bertanya bila mau pulang…(maaf pak..insyaALLAH…nie yang terakhir..lps nie anak prmpn mu yang sorang nie akan kembali kepangkuan kalian…DOAKAN anak MU ini agar sentiasa berada dalam RAHMAT dan REDHA ALLAH selalu dan dimurahkan rezeki..)

Lebih-lebih sem nie aku agak terbatas untuk pulang,walaupun pada perancangan awal ku semasa cuti sem lalu ingin pulang ketika cuti mid-sem..tapi xjadi kerana kegawatan ekonomi yang ku lalui sem nie. Duit pinjaman sem nie aku guna sepenuhnya untuk beli LAPTOP..yang da tertangguh pembelian sejak dari sem-4 lagi, nie pun hampir saja aku batalkan namun memandangkan sem nie aku di timbuni 'final projek' dan presentation yang bertimbun ku tegaskan diri ini utk memiliki LAPTOP sendiri dan kalau ku imbas kembali kenangan ku membelinya ketika tu hujan lebat..dan dalam masa yang sama aku dan sahabat ku ingin membeli bahan projek sekali…kalau ku fikir semula mungkin kah ALLAH tidak merestui keputusan membeli laptop masa tu?????(wallahu’alam…hakikatnya aku beli juga waktu tu), tapi ku tak nafikan..memang basah kuyup sambil mengusung kotak laptop kesana-sini...balik tu nangis depan sahabat kalau imbas kenangan tu...

Apa pun..ini peristiwa beberapa bulan lalu..semasa awal sem ini dan juga merupakan semester terakhir ku di Bumi Kenyalang ini InsyaALLAH. Minggu nie insyaALLAH result keputusan akan keluar dan disini lah akau menentukan perjalanan kehidupanku selepas nie…(adakah aku masih disini@aku meneruskan perjuangan ku menjulang ilmu dan impiaan kedua ibabapa,kelaurga dan diriku ini@ aku menemui kehidupan lain…???wallahu’alam…). Masa hadapan ku masih ghaib hanya ALLAH saja yang mengetahuinya.. apa yang perlu ku lakuakan ketika ini adalah melaksanakan tanggungjawaba ku...berusaha untuk membaiki diri, belajar menimbu ilmu dan menyampaikan kepada sesiapa saja..serta melaksanakan tugas menjadi dai’e..mampukah aku??? (suma hanya akan terjawab oleh iman di dalam diriKU ini..)
Apa jua ketentuan ALLAH..keatas diri ku ini akan kuterima dengan REDHA..dan aku yakin akan suratan dan ketentuan yang teralah di atur oelh-NYA…..

"Kejayaann itu bukan milik ku atau sesiapa saja manusia biasa melainkan kepada mereka yang tahu apa itu hasil dari usaha berterusan dan keyakinan pada ESA, InsyaALLAH…. "