Thursday, March 18, 2010

Akhirnya Balik Umah..

Ya ALLAH..lebih 2 tahun ana tak balik kekampung halaman, tempat ku membesar dan menimba pelbagai pengalaman hidup. saat nie aku duduk di laluan orang ramai lalu-lalang di terminal LCCT,Selangor. seawal pukul 10.30 malam tadi ana sampai kesini. dalam perjalan menaiki bas ke LCCT, ana duduk bersebelah dengan seorang tourist dari Filipina.. dalam perjalan tu kami berbual. pada mulanya ana agak gugup dan ingin berdiam saja, faktor penguasaan bahasa asing yang kurang menyebabkan ana merasa begitu malu,namun..ana xduga orang asing nie..still mengajak ana bercerita dan bertanya, alhamdulilLAH setiap apa yang di ucapkan olehnya ana faham boleh bagi respon, cuma ana j yang xdapat nak bercakap lebih.. sedikit sebanyak kami berkenalan dan bercerita megenai tempat masing2 dan dia banyak memuji akan MALAYSIA, dan kak jinjunmenbandingkan negara ini dengan tempat asalnya.. ya seperti sedia maklum keadaan Filipina yang bergolak dengan masalah politik, ekonomi dan sebagainya.. lahir kesyukuran dihati ana sebab setelah kelahiran ana atas bumi, SABAH telah bergabung dengan MALAYSIA...ini lah nikmat yang ALLAH berikan.. negara yang aman, walaupun ada pergolakkan tapi masih boleh distabilkkan dan masih tidak mneggundang mudarat pada masyarakat.mungkin hanya pada sesetengahnya...apa pun ana mendoakan semoga keamanan ini akan di miliki oleh seluruh manusia, namun selagi kita masih menjaga amanah kepada alam sekitar..

sesampi di airport LCCT ana menemani kak jinjun pegi tukar duit sampai la "check-in" perkenalan yang singkat tapi cukup menyulam rasa walaupun berlainan agama dan budaya.. iya lah ini first time ana bergaul dengan warga asing tanpa ada masalah... alhamdulilLAH kak jinjun faham apa yang ana perkatakan. selpas "check-in" kami berpisah sbb ana nak menunaikan kewajipan ana,(solat isyak) dan kak jin menunggu flight dia pada pukul 1.20 pgi.. dan sekarang nie dia da didalam flight menuju ketempat asalny Filipina.. semoga kak jinjun selamat sampai kedestinasi..

flight ana insyaALLAH pukul 7.00 pagi esk.. dan sepanjang malam nie ana tak boleh lelap, sebabnya timbul sedikit kerisauan dalam diri, sorang di tempat yang sekelilingnya tiada siapa dikenali agak bahaya juga.. namun tdiri nie tetap gagahi jugak suma nie... kerana walau pun sendiri ALLAH sentiasa menemani. tapi agak keletihan duduk menunggu begini, dalam hati menharap agar masa cepat berlalu..ingin saja sampai ke destinasi yang di tuju..

sekian lama tak balik...balik tengah2 sem..waktu kritikal..dimana banyak TEST, QUIZ, dan projek yang belum selesai.. namun ini bila di lihat pada sudut dunia.. namun bila menrenung semula pecahan TAUHID yang ke-2 habluminannas... hati nie kembali tenang, ana tak boleh mematahkan harap orang lain.. terutama kedua ibu bapa ana. betapa mereka sering menanti kehadiran anak2 disini namun ada saja alasan dari ana yang mengecewakan mereka(maafkan anak mu ini).. kali nie dengan bantuan kewangan dari mereka ana gagahkan diri ini pulang kepangkuan mereka, bukan kerana terpaksa..tapi kerana rindu sentuhan , belaian ibu dan bapa yang tercinta.. mungkin lidah ini tidak mampu untuk melafazkan dihadapan mereka, namun hati ini seperti gunung berapi yang menunggu saat untuk meletus...semoga ana selamat sampai kedestina ini.. utk menatap wajah2 yang sentiasa menanti kepulangan ku...ditambah2 lagi dengan kehadiran ahli keluarga baru. lebih 4 tahun tidak jumpa abang, dan pertemuan yang sekian lama ini.. mempunyai wajah baru dan akan menjadi janggal dan berbeza..walaupun sering berhubung namun keadaan tu tetap berbeza.MABRUK ALAIYKH..ya akhi...semoga bahagia hingga ke syurga..., sentiasa dalan RAHMAH..ALLAH SWT.... jumpa antum sekalian di rumah kita yang diberi dari ihsan...(^_^)

salam kerinduan dari perantauan benua..

Wednesday, March 10, 2010

AIR MATA TAUBAT

"Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya kelangit kerana terlampau malu kepada Allah swt.


Beliau sujud di atas gunung selama 100 tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalirdi jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis.


"Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."



INFORMASI


#Apa Yang Akan Ditanya:

* Dalam sehari ada 24 jam.

* Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320

kali.

* Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua

perkara semasa nafas keluar dan masuk.

Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk?


#Tiga Cahaya Di Hari Kiamat.

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.

* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.

* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.


Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab :


* "Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah

manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

* Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang

mengambil air sembahyang sebelum azan.

* Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti

matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di

dalam masjid sebelum azan lagi."



#Kala Jengking Neraka


Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari Neraka Jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.


Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?" Huraisy pun enjawab, "saya mahu mencari lima orang.

* Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.

* Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.

* Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.

* Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di

dalam masjid.

* Kelima, orang yang suka minum arak."


Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com/


..................MifTaHUl_JanNAh..............................(^_^)

Saturday, March 6, 2010

Cabar Diri Untuk Berjaya

sumber:www.iluvislam.com
Dr. Tengku Asmadi Bin Tengku Mohamad
Editor: arisHa27

Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga.

Kita mungkin tidak bercita-cita terlalu tinggi seperti;
Datuk Azhar Mansor yang berlayar di lautan luas seorang diri.

Datuk Abdul Malek yang berenang merentasi Selat Inggeris

Shalin Zulkifli yang menjadi ratu bowling negara

Yap Sui Lin yang mendapat 16A dalam SPMnya.

Tetapi janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti.

Sekurang-kurangnya, kalau kita sebagai pekerja maka berusahalah untuk menjadi pekerja yang cemerlang hingga menerima anugerah dari majikan. Kalau kita seorang usahawan binalah empayar perniagaan kita yang mampu diwarisi oleh anak cucu. Kalau kita sebagai seorang pelajar belajarlah dan berusahalah hingga sampai ke peringkat yang tertinggi.

Kejayaan bolehlah ditakrifkan sebagai pencapaian seseorang menepati matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan olehnya. Oleh itu kejayaan adalah suatu bentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri.

Bagi seseorang usahawan, memperolehi pendapatan RM10,000 sebulan itu adalah menepati sasaran awalnya dan baginya ia adalah satu kejayaan. Tetapi RM10,000 ini mungkin suatu kegagalan bagi usahawan yang pada kebiasaannya mampu menjana pendapatan RM50,000 sebulan.

Apabila kita tiba ke matlamat yang telah ditetapkan kita mula rasa selesa. Setelah beberapa ketika kita rasa tiada apa lagi yang mencabar di tahap tersebut. Kalau kita terus berada dalam zon selesa itu maka lambat laun kita akan gagal kerana orang lain sudah semakin maju. Oleh itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya mencabar diri untuk maju ketahap yang seterusnya pula.

Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk cabar diri bagi terus maju dalam kehidupan.

1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi:

Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula.

Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula.

Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.

2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain:

Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak.

Baca kisah-kisah kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka menghadapi cabaran dan menyusuri liku-liku kepayahan sebelum nama mereka tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan saingan kita.

Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa. Saudara Abdul Halim, seorang yang kudung kaki dan tangannya tetapi boleh belajar masuk universiti, keluar sebagai akauntan, buka syarikat sendiri dan pernah terima anugerah daripada Perdana Menteri Malaysia.

Tak cemburukah kita?

3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati:


Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita berkata,
“Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan. Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ok lah aku ni… ”.

Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang dari kita?

Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya, yang memiliki bangunan sendiri, yang menjadi jutawan, yang berkereta mewah, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK!

Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi.

4. Soal Diri Dengan Soalan Positif:

Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif.

Misalnya, soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:

Kenapalah aku gagal?

Mengapa nasib aku sentiasa malang?

Kenapalah orang semua tak suka aku?

Apalah nak jadi dengan aku ni?

Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.
Apa yang belum aku lakukan lagi?

Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?

Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?

Siapa yang boleh bantu aku?

Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.



5. Tingkatkan ‘Standard’ Anda:

Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan ‘standard’ kita.

Misalnya, kita berkata pada diri kita bahawa;
Tidak ‘standard’lah untuk selama-lamanya jadi kerani, 5 tahun dari sekarang mesti nak jadi pengurus pula.

Tidak ‘standard’ lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula.

Tidak ‘standard’ lah selama-lamanya dapat markah ‘C’, 3 bulan dari sekarang aku mesti dapat ‘A’ pula.

Tidak ‘standard’ lah asyik bawa kereta Jepun aje, 5 tahun dari sekarang aku mesti nak bawa kereta Jerman pula.

Tidak ‘standard’ lah untuk berumah teres sahaja, 10 tahun dari sekarang aku mesti nak ada rumah banglo pula.

Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut ‘standard’ baru itu. Lagi pula kita tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain tetapi kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri sendiri sebagai satu bentuk cabaran.

Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh hidup dalam ‘standard’ yang lebih tinggi hanya setelah kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu menampung ‘standard’ tersebut. Jangan pula menjadi orang yang papa asal bergaya.

Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang mengningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita.

Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita.


*sombong dan angkuhnya diri kita jika kita merasakan diri kita hebat dan bijak pandai sesungguhnya pemilik kehebatan dan kebijaksaan adalah ALLAH SWT...dan kita di kurniakan nikmat ini.. untuk kita sedar bahawa KEDRILNYA DIRI kita...
*sama-sama la kita mencabar diri dan meraih kejayaan..yang ALLAH janji kan pada hambanya yang berusaha dan bersungguh2 untuk mengapai kejayaan atas keranaNYA... mungkin imbalan itu tidak di mliki di DUNIA tetapi di AKHIRAT kelak inysaALLAH...

SEMOGA..MAK,BAPA, ABANG,ADIK2, SELURUH KELUARGA,SAHABAT2, GURU2 , SELURUH UMAT MUSLIMIN DAN MUSLIMAN DAN DIRI KU SENTIASA BERADA DALAM REDHA DAN RAHMAT ALLAH SWT....(^_^)