Hari nie ana terdetik utk mebuat posting tentang adik NIK NUR MADIHAH BINTI MOHD KAMAL..yang telah menjadi pelajar terbaik kebangsaan SPM 2008... mungkin ana orng yang agak terbelakang tuk mengupas citer adik madihah..namun hati nie terpanggil jugak utk mengupas citer adik madihah dalam blog nie sebagai tatapan dimasa akan datang.
Apa yang telak menarik diri ana tuk bercerita tentang kisah adik Madihah adalah perjalan hidup di sebalik kejayaan adik nie...terharu dan tersentuh hati..bila baru saja hari ini ana mendengar dokumentari tentang adik madihah di radio IKIM...dan kelmarin ana terbaca posting tentang adik Madihah dari blog seorang yang ana singgah..
Sungguh kehidupan yang susah bukan penghalang tuk berjaya..malah kesusah hidup tu lah mengajar diri tuk mengorak langkah dan mencipta irama kejayaan utk diraih utk diraih sebagai hadiah buat kedua ibu bapanya....
Semoga kisah hidup dan kejayaan adik Madihah menjadi ikut buat diri ini...utk kejayaan dimasa akan datang,klu utk SPM mngkin saja ana da lama meniggalkan sesi persekolahan namun..tetapi menjadi motivasi dan inspirasi tuk masa akan datang..
Terasa malu dengan adik Madihah diri ini, yang kadang-kadang malas nak mengulangkaji pelajaran sedang menuntut ilmu itu adalah kewajipan yang perlu ditunaikan.Dan tidak patut jugak diri ini menyerah kalah dengan masalah yang menimpa diri, sedangkan ujian itulah adalah latihan dan tarbiyah dari ALLAH SWT, pada setiap hambaNYA..owh tak boleh diri nie mesti bangkit dan bangun, perlu pandang kehadapan dan lihat kisah hidup para NABI dan Ulamak yang telah memartabatkan ILMU dan AGAMA...
Doa ana buat adik NIK NUR MADIHAH semoga sentiasa berjaya dan terus gemilang.. mengangkat ilmu utk menjulang agama dan ummah..insyaALLAH...
Nie posting adik NIK MADIHAH yang ana copy dari blog nie LINK
*************************************************************************************
Kemiskinan Bukan Alasan..
* Author: Mohd Al-Amin Daud
“Adik Nur Madihah bersama ibu dan ayahnya di teratak kediaman mereka”
Sebak hati membaca kisah perjalanan dan menatap pondok kediaman adik Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal yang dinobatkan sebagai pelajar paling cemerlang SPM 2008 yang mendapat 20A. 19 A1 dan 1 A2. Tanpa disedari air mata membasahi pipi mengungkap setiap bait kata-katanya yang membahasakan diri sebagai kakak. Betapa kemiskinan dan kesusahan itu bukanlah suatu alasan untuk kita gagal bahkan ia menjadi pendorong yang sangat luar biasa untuk meraih sebuah kejayaan.
Adik Nik Nur Madihah yang belajar di sekolah Maahad Muhammadi Lilbanat di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan merupakan anak sulung daripada 4 beradik ini merupakan anak kepada seorang nelayan dan ibunya bekerja sebagai tukang cuci di Universiti Malaysia Kelantan. Beliau tinggal di Kampung Parang Puting di mana sekolah rendah saya dahulu dan kampung saya membesar tapi saya tidak pernah mengenali adik ini sehinggalah kejayaan ini menjadikan beliau selebriti yang mendapat liputan media cetak dan elektronik.
Mabruk alfu mabruk diucapkan buat adik Nik Nur Madihah.
Beliau yang menjadikan sunnah berpuasa isnin dan khamis semenjak darjah enam kerana tidak ada duit untuk membeli makanan dan menjadikan roti sebagai makanan kegemaran. Hayati luahan seorang ibu.
“Kadang-kadang saya menitiskan air mata sebab kakak terpaksa berpuasa sebab tidak ada wang untuk beli makanan.
“Tetapi alhamdulillah, kakak memahami keadaan keluarga. Malah kakak menjadikan ibadah itu sebagai rutin pada setiap hari Khamis dan Isnin sejak berumur 12 tahun.”
Katanya, biar susah bagaimana sekali pun, anak sulung daripada empat beradik itu tidak pernah merungut.
Malah Nik Nur Madihah, menurutnya, melalui semua kepayahan itu dengan tabah dan menerimanya sebagai cabaran untuk berusaha dengan lebih keras.
“Disebabkan tak ada wang poket, kakak akan makan roti di sekolah dan kerana terlalu banyak makan roti, ia jadi kegemarannya. Malah dia bercita-cita belajar cara buat roti. Kata kakak, dia hendak buat roti banyak-banyak.
“Ibu mana yang tidak tersentuh apabila melihat keadaan anak begitu. Tetapi saya bersyukur kerana dia menerima kekurangan ini,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
“Wajah penuh kematangan yang tampak di raut wajahnya”
Beliau membuktikan kesusahan keluarga bukan tembok penghalang untuk mencapai kecemerlangan dengan mengambil sebanyak mungkin mata pelajaran bagi menguji keupayaan dirinya dalam menghadapi cabaran hidup sebagai pelajar.
Mariani berkata, sejak kecil anaknya itu gemar membaca buku dan setiap masa terluang tidak pernah dibiarkan begitu saja.
“Memang dari kecil lagi dia minat benar dengan buku. Saya dan suami tidak pernah paksa kakak membaca buku, kadang-kadang paksa dia suruh berhenti sebab sudah masuk Maghrib.
“Sifat ulat buku ini turun kepada tiga adiknya,” tambahnya.
Menurut Mariani, seorang lagi anaknya kini menuntut dalam tingkatan empat di Sekolah Menengah Teknik Bachok, seorang dalam tingkatan tiga di bawah tajaan Permodalan Nasional Berhad di Bandar Salak Tinggi dan yang bongsu di tahun lima Sekolah Kebangsaan Parang Puting di sini.
Ujarnya, sekiranya Nik Nur Madihah meminta wang untuk membeli buku, dia dan suami akan berusaha mencari wang tersebut tetapi selalunya ia tidak diberi serta-merta kerana kesempitan hidup.
“Kakak tidak banyak kerenah dan agak pendiam. Dia pun tidak beritahu kami dia ambil 20 mata pelajaran dalam SPM sehinggalah saat-saat akhir,” ujarnya.
muka_hadapan
Hayati luahan hati beliau ketika ditemuramah oleh wartawan Utusan Malaysia Azran Fitri Rahim. Apakah resipi kejayaan yang beliau perolehi.
Bagaimana timbulnya idea untuk mengambil 20 mata pelajaran dalam peperiksaan SPM tahun lepas?
NIK NUR MADIHAH: Sebelum ini jika dilihat kebanyakan pelajar cemerlang datang dari keluarga yang senang seperti anak guru, pegawai bank, oleh itu, timbul idea saya mahu buktikan kepada masyarakat bahawa anak nelayan juga mampu mencatatkan kejayaan yang cemerlang seperti orang lain.
Jadi, saya mencabar diri sendiri supaya mencatat sejarah dengan 20A.
Apakah resipi kejayaan dan bagaimana saudari belajar sehingga mencatatkan keputusan cemerlang ini?
Keputusan ini adalah di luar jangkaan, saya sasarkan hanya 18A. Paling penting ialah banyak berusaha dan belajar secara strategik, sekiranya timbul masalah cepat bertanya kepada guru dan selebihnya bertawakal.
Strategi yang saya maksudkan ialah memberi tumpuan sepenuhnya ketika belajar kerana saya tidak mempunyai jadual belajar yang khusus seperti orang lain. Saya belajar ketika terasa mahu belajar sahaja tetapi ia berterusan.
Siapakah di sebalik kejayaan ini dan bagaimana mereka membantu untuk kejayaan ini?
Ibu bapa dan guru-guru banyak memberi dorongan, tanpa mereka saya mungkin tidak mencapai kejayaan ini.
Saya sebenarnya merahsiakan kepada ibu bapa bahawa saya mengambil 20 mata pelajaran dalam SPM sehinggalah keputusan peperiksaan percubaan keluar baru saya beritahu kedudukan sebenar dan mereka memberikan sokongan malah ayah memberi cabaran tambahan.
Saya rahsiakan sebab saya mahu membuat kejutan. Jadi keputusan ini adalah sumbangan kecil saya kepada ibu bapa yang banyak berjasa untuk membesarkan saya.
Dorongan guru-guru di Sekolah Menengah Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) bagaimana?
Amat baik, malah guru yang menyelia saya, Mohd. Razali Konok mencadangkan supaya saya berhubung dengan bekas pelajar terbaik SPM 2006, Siti Fatimah Mukhtar, selepas itu saya sentiasa berhubung dengannya untuk mendapatkan nasihat.
Sebagai anak nelayan, bagaimana kehidupan saudari?
Kehidupan kami sekeluarga amat sukar, kadang-kadang tidak ada makanan. Oleh itu, sejak tahun enam saya mengamalkan puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis.
Secara purata saya akan membawa wang poket tidak sampai RM1 malah kadang-kadang tiada wang untuk makan di sekolah kerana wang yang diberikan oleh ayah hanya cukup untuk tambang bas ke sekolah kira-kira RM4 untuk pergi dan balik.
Di sekolah saya hanya makan roti atau bawa bekal nasi goreng. Saya menerima semua ini dengan reda kerana faham ayah tidak mempunyai pendapatan tetap secara purata sekitar RM500 - RM700 sebulan.
Bagaimana saudari belajar dengan keadaan rumah yang sempit dan kurang selesa ini?
Saya belajar di ruang tamu, Alhamdulillah tiada gangguan kerana tiga adik saya sudah besar dan dua daripadanya tinggal di asrama.
Adakah saudari merasa rendah diri berbanding rakan-rakan lain yang lebih selesa dan mewah di sekolah?
Tidak, malah saya menjadikan ia satu cabaran untuk mengubah kehidupan keluarga kami.
Kehidupan yang sukar terutama ketika musim tengkujuh atau bot ayah rosak menjadikan saya lebih insaf untuk berusaha bersungguh-sungguh. Pada ketika ayah tidak dapat ke laut, kami hanya makan nasi berlauk telur goreng.
Kenapa tidak tinggal di asrama dan adakah saudari mendapat kemudahan biasiswa?
Kalau tinggal di asrama kos lebih tinggi, lagi pun saya lebih selesa dan tenang belajar di rumah kerana tiada gangguan walaupun rumah tidak sebesar mana.
Saya tidak pernah mendapat biasiswa dari mana-mana agensi cuma sumbangan yang diberikan oleh guru-guru melalui Cikgu Razali sebanyak RM200 sebulan.
Adakah saudari mendapat tuisyen daripada pusat tuisyen di luar sekolah bagi mata pelajaran yang tidak diajar di sekolah?
Tidak, ayah tidak mampu. Saya beruntung kerana sekolah menyediakan guru lain untuk lapan mata pelajaran yang tidak diajar di sekolah, saya bersama rakan-rakan akan belajar subjek tersebut pada kelas tambahan ketika cuti hujung minggu tetapi bagi mata pelajaran sastera saya belajar sendiri dan tidak pernah mengikuti kelas secara formal.
Lapan subjek ini, Pendidikan Agama Islam, Prinsip Akaun, Perdagangan, Ekonomi, Tasawur Islam, Geografi, Sains dan Sastera saya belajar ketika tingkatan lima.
Bagaimana dalam tempoh setahun saudari mempelajari semua subjek-subjek ini?
Seperti saya jelaskan tadi, banyak berusaha dan bertanya. Idea untuk menambah lagi mata pelajaran hanya timbul ketika tingkatan lima kerana pada tingkatan empat saya terpaksa menumpukan pada 24 mata pelajaran termasuk 12 subjek agama untuk peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU).
Adakah saudari menjawab semua soalan mata pelajaran Sains dan Matematik seperti Fizik dan Kimia dalam bahasa Inggeris?
Ya, sebab lagi mudah dan ditekan oleh guru sejak awal lagi.
Apakah hobi dan cita-cita saudari?
Hobi saya ialah membaca, kalau ada masa lapang saya akan membaca terutama novel tulisan Faisal Tehrani. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang ahli fizik, disebabkan tidak ramai orang Melayu menjadi ahli fizik.
Di mana mahu melanjutkan pelajaran?
Di luar negara tetapi tempat khusus atau universiti mana saya tidak kisah.
Semoga kejayaan adik Nur Madihah menjadi teladan kepada kita semua dalam meniti kejayaan dunia yang menjadi wasilah kepada kejayaan di akhirat sana. Benarlah firman Allah “Boleh Jadi apa yang kamu benci itu lebih baik buat kamu dan kemungkinan apa yang kamu suka itu sesuatu yang tidak baik untuk kamu” Sesungguhnya hanya Allah mengetahui apa yang terbaik untuk kita kerana Dia Maha mengetahui segalanya.
No comments:
Post a Comment