Wednesday, June 17, 2009

Di Luah Mati MAK Di Telan Mati BAPA..

Ungkapan kata2 orang melayu..dulu penuh dgn kata2 kiasan,tersirat dan penuh berhikmah. Kadang terasa ingin kembalikezaman ini untuk mempelajari kelembutan dan kehalusan bahasa melayu zaman dulu..tgk saja cerita hitam putih...puisi dan syair serta gurindam melayu itu begitu mengasyikkan...sampai leuk lentok...(^_^)..
ada ka bahasa ini akan tetap menjadi ingatan dan sanjungan pada 10,20,30,40 dan sterunya tahun akan datang? atau ia menjadi satu ia menjadi bahan ejekan dan ketawa oleh generasi depan?..wallahu'alam.. ana sendiri xdapat nak buat tafsiran. Apa yang ana harapakan semoga kehalusan bahasa melayu ini akan terpelihara...kerana dari sini lah perkembangan bahasa Malaysia pada masakini..walaupun bahasa inggeris telah menjadi salah satu pilihan masyarakat, ana berharap... dengan penjagaan bahasa melayu ini ia akan dapat mengekalkan budaya melayu..kerana andai ia pupus maka budaya hidup melayu dan islam itu akan pupus juga...
Secara logik akalnya apa yang berlaku pada remaja terutama masyarakat melayu amnya.. dengan kemasukkan bahasa asing, maka remaja juga mula mencari rujukakan dan panduan memlalui warga asing.. secara tidak langsung budaya mereka juga menjadi ikutan dan panduan...
Apa pun ia bergantung kepada iman dan diri individu itu sendiri kerana setiap orang berbeza pandangan,fikiran dan cara meraka bertindak...

Ilmu yang ALLAH kurniakan kepada manusia juga semakin berkembang dan menuju kehadapan...namun ilmu yang terdahulu masih menjadi rujukan dan telahaan kerana ia merupakan sumber ilham manusia utk mencapai sesuati ilmu yang lebih luas..dan sebagai orang islam kita yakin bahawasanya ilmu itu adalah di ilhamkan oleh ALLAH SWT, kepada manusia...

p/s Apa yang ana katakan ini hanya lah halwa telinga dan cetusan yang spontan dari akal yang ALLAH anugarahkan ini..utk mengajak diri ini agar lebih berfikir..(^_^)

*************************************************************************************
Tajuk yang ana utarakan nie,sebenarnya adalah nak buat luahan hati melalui kiasan..tentang keadaan ana ketika ini... ibarat klu buat menda nie akan melukakan orng lain dan klu tak memberi kesakitan pada diri...(T_T)...

Beberapa hari nie mood ana tak berapa elok..sejak hari isnin... mula2 tuk ana rasa sedih..sedih sebab rasa terpinggir oleh sahabat sendiri, rakan sekerja,orang yang berada dsekeliling.. keadaan nie membawa ana lebih byk mendiamkan diri dan buat hal sendiri, malas mau kisah orang lain walaupun dalam hati sedih sebab di buat begini... kenapa?..ada kah sebab ana lain dari mereka,tak sporting,tak enjoy dan adakah sebab ana punya pegangan kuat dari mereka...? biar la apa pun yang terjadi,ana berusaha untk husnuzon.. biar la ana sendiri, kerna ana yakin ALLAH itu sentiasa disisi( teringat lagu IN-TEAM- DIATAS NAMA CINTA)...

Walaupun ada perasan sedih kerana disisikan, namun ana bersyukur juga sebab dengan apa yang terjadi ini menjadikan ana mula dekat semula dengan ALLAH SWT...menjadikan ana mula mengingati ALLAH...mungkin nie sebab ALLAH jadikan perkara ini...supaya ana kembali sedar apa yang telah ana lupakan dan tinggalkan...

Lepas kejadian nie...makin bertambah pula dugaan yang datang.. bila result kemasukan degree keluar ana menjadi tambah binggung, lepas tu..didatangkan pula dgn kesihatan yang tak elok sejak malam selasa...lepas solat maghrib ana tidur, sebab tak tahan dengan denyutan sakit kepala dan badan yang mula panas...AlhamduliLLAH kawan sebilik kejutkan pukul 10 malam tuk makan,tapi tak da selera..bagun tu terus solat isyak...
kesakitan nie bercampur dengan masalah sambung degree dan masalah keluarga yang makin menguji diri ini..

Dari kelmarin juga ana cuba hubungi mak, sbb sebolehnya biar family dulu yang tahu mengenai keputusan nie....apa pun tindakakn yang perlu di ambil seterusnya da mendapat pengizinan dari keluarga..namun apa daya andai ALLAH da tetapkan apa yg berlaku...mak tak dapat dihubungi..then ana masih binggung tuk buat keputusan sekarang..ditambah lagi adik yang minta tolong untuk supaya bantu dia dalam pelajaran.. buat ana tak tahu da mau letak apa dlm kotak fikiran nie..ibarat pepatah melayu DITELAN MATI MAK DIBUANG MATI BAPA...

Jika ana buat keputusan utk sambung belajar, akan menambah beban mak dan menyebabkan keadaan ekonomi keluarga meruncing dan adik sedih sebab tak ada orng nak tolong untuk study... Klu ana tak terima,ana akn mengecewakan mak dan family yang ingin ana meneruskan pengajian hingga habis..walaupun mereka sendiri tidak memaksa dan menyokong setiap keputusan dan tindakan ana, namun ketika nie ana perlu sangat pandangan dan kata dari mereka untuk ana buat keputusan...sedih sangat tak tahu nak cakap apa..

Ana menjadi tambah sedih ketika nie seorang sahabat yang ada bersama2 saya ketika nie pun mendapat tawaran,dia tengah sibuk mengurus kemasukkan dan mungkin minggalakan kerja dan ana lebih awal..adakalanya ana cemburu dan dengan dia,dengan kehidupan dan family dia yang amat mengambil berat dan memberi sokongan dalam pelajaran dia... berbanding ana..mungkin klu dulu mas ana masih sekolah..memang mak yang banyak berusaha..namun sejak ana berada di universiti ana kena berusaha dan menanggung kehidupan sendiri...suma nya kena usaha dan urus sendiri,sedih sangat.. namun ana redha apa yang berlaku walaupun adakalanya begitu sakit utk menelan dan melalui kehidupan ini...harapan yang diinginkan dari diri ana terlalu tinggi namun dorongan yang ana harapkan dari mereka..begitu sepi dan adakala macam angin lalu, ana merasa sangat lemah..terasa ingin saja di jadikan burung..utk terbang bebas dan sentiasa menjadi makhluk ALLAH yg sentiasa berzikir...semua ini atas kekuasaan ALLAH di atur semuanya untku hambanya... dan padanya juga aku berserah kembali...setiap ujian nie adalah mengikut kesangguppan hamba-hambanya..(2:286)

Ya ALLAH kuatkan hati hamba-MU ini, dalam melalui mehna yang telah ENGKAU turunkan kepadaku.. ENGKAU berilah kekuatan dan ketabahan serta kesabaran pada ana utk melalui segala dugaan dan ujian MU ini...
"sesungguhnya dalam kesulitan ada kesenangan"
(94:6)...

No comments:

Post a Comment