Friday, December 7, 2012

Yang melindungi..

kini..sekali lagi aku jauh dri keluarga, tpi kali ini pemergianku bukan la untuk pergi lama..kerana dlm diri ku masih ingin pulang dan terus selalu bersama mereka insan2. kedatangan kenegeri yg begitu menenangkan ini..tidak lgi seperti dulu..

kini..permegian ini untuk menunaikan impian mak, supaya aku naik pentas dan menerima sijil konvokesyen.. iya impian mereka, kebanggan mereka kerana dapat menamatkan pengajian ku dgn harap aku dpt membantu meringankan beban mereka.. iya harapan yg sentiasa di nantikan dri seorng anak yg telah lama di biaskan pergi. perjalan kali ini bukan sahaja untuk menerima sijil ku..tpi mencari peluang pekerjaan di perantauan.

masa sekarang untuk mendapatkan kerja mengikut certificated je bukan senang..lgi mcm aku setakat lulus.. namun aku yakin ALLAH tu telah aturkan segalanya untuk diri ku..aku kena belajar yakin dan berusaha tidak menyusakan orang..

bila ddk jauh dri keluarga..rasa nak balik je, xmacam masa belajar.perasaan nak balik kg tu xda..balik je, klu da kena suruh lepas tu ada orng nak sponser..huhu..
tpi kali nie perasaan lain..berangkat je dari aeport sandakan..rasa sayu dan sedih, xsanggup berpisah dgn mak..rasa klu aku budak2 kecik mau je aku merengek depan mak.. supaya jgn paksa aku pegi konvo..

masa konvo, kak ti dan ada la jadi mak dan ayah ku..amik gambar siap kena bagi bunga..aku nak sngat ajak shbt2 dtng tpi entah la aku rasa konvo kali nie xfeel langsung compare diploma dulu...(T_T)..

sekarang nie..dpt kerja sambilan..tapi jiwa ku beria nak dapatkan kerja di sabah tapi mcm mana klu aku kat sini. bukan xnak balik..dlm masa terdekat..tpi klu blh aku nak cri duit beli tiket sendiri, xsanggup rasa nak tggu mak support kesian dia..kadang2 timbul rasa bersalah dan sedih dgn mereka..aku xmampu jadi anak yg baik dan menjaga mereka..rasa berdosanya aku pada mereka..

aku sedar.. ALLAH itu MAHA PELINDUNG...hanya dia yg bisa menjaga dan melindungi keluarga ku...walaupun aku berada dekat dengan mereka sekali pun jika bukan atas kekuasaan ALLAH ibu bapa ku biasa je di timpa kesusahan dan kesenangan.

Ya ALLAH..sungguh aku nie hamba yg pelupa..aku sering lalai pada MU..aku lupa bahawasanya aku ini serong yg papa kedana..kerna jika bukan kerana mu aku tidak akan miliki segala2 nya saat ini.. engkau sudah cukup kurniakan aku seorng mak yg sanggup berkorban utk keluarga ku..untuk membahagiankan aku..dan engkau campakkan hidayah buat ibuku..agar doanya lebih engkau terima.. engkau juga kurniakan aku ayah..yg tidak bnyak karenah dan asyik diperlekehkan..namun ENGKAU tetap mengurniakan segalanya buatkan..ya ALLAH ampunkanlah dosa hambaMU nie..terangilah hidayah dan petunjuk buat hati-hati kami..terangilah hati-hati kami ya ALLAH, agar berada dlm REDHA MU...

Tuesday, July 3, 2012

THE LAST FINAL EXAM..

Assalamualaikum..wbt..
Dalam..kesibukkan minggu final exam ini..diri nie, di panggil utk mengupdate blog nie..(^_^)..patutnya waktu nie berkepit 24jam dengan paper..tpi rasa nak sharing sesuatu yang sangast bermakna untuk diri..
Mungkin exam kali nie adalah yg 'the las final exam' utk tempoh pengajian degree,insyaALLAH..dan ada yg begitu mengujakan semasa nak start final..panggilan telefon mak di awal pagi lepas subuh..

mak :" ingat ALLAH yg bagi pandai bukan pensyarah kamu,ALLAH yg bgi ILMU..minta doa dkt ALLAH, mak pun doakan kamu cemerlang berjaya dalam hidup..".. (ingat tu dayang...)

hatiku berkata: mak..TERHARU kata-kata mak..first time periksa mak cakap mcm nie, rasa INDAH dijiwa hukhuk..

~Aamiin..kata2 MAK..sayang MAK kerana ALLAH SWT.. SEMOGA mak terus tabah dalam menempuhi hidup..~

masa-masa final nie..tangan sibuk jugak menconteng dikala letih membuat nota, ikut mood EXAM..(^_^)


..contengan semalam 3 julai 2012...

Tuntutlah ilmu, sesungguhnya menuntut ilmu adalah pendekatan diri kepada Allah Azza wajalla, dan mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sodaqoh. Sesungguhnya ilmu pengetahuan menempatkan orangnya, dalam kedudukan terhormat dan mulia (tinggi). Ilmu pengetahuan adalah keindahan bagi ahlinya di dunia dan di akhirat. (HR. Ar-rabii') 

..mood CINTA ILMU....





Perancangan ALLAH (perkahwianan kak IRMA&REDZA)..

Assalamualaikum..

Terdetik hati utk berkongsi..sesuatu yg menyentuh hati, dan terharu dengan pertemuan pasangan yg telah selamat di ijab qabulkan pd 29hb jun 2012 pasangan IRMA&REDZA..
rasanya..di ruang FB dan mana rakan blogger turut berkongsi cerita..tpi disni saya jugak nak berkongsi di blog ini..dari pandangan diriku..
menarik hati..perjalan jodoh IRMA..seorang artis dan pengacara TV ALHIJARAH.. sesuai dgn penhijrahnya..peraancangan ALLAH itu sungguh besar buat kak IRMA..pertemuan di TANAH SUCI MEKAH, tanah yg penuh barakah..
SUBHANALLAH..tiada couple, lepas balik umrah family pasangan kak IRMA dtng mengikat pertunangan jodoh mereka dipermudahkan dalam tempoh yg singkat,..
semoga kita mengambil pengajaran di setiap apa yang berlaku dalam cerita hidup kak IRMA ini.. sungguh ALLAH ini MAHA MENGETAHUI atas segala sesuatu dan DIA lah yg mengatur segala apa yang ada di langit dan dibumi...

firman ALLAH S.W.T dalam Al-Quran...

 "Maka ni’mat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (surah Ar-Rahman: ayat18)


~ semoga ALLAH meRAHMATI pansangan ini kan IRMA& suami ReDZA hingga kesyurga..dikurniakan anak yg soleh/solehah.. (^_^)~





Sunday, July 1, 2012

mencari CINTA..


Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. 
- (AyaT 3 Surah At-Talaq)


....puas diri merantau.meneroka disebalik jiwa yg bisa meberi cinta buat ku..namun entahlah mengapa diri ini mudah untuk jatuh cintah, rapuh sungguh iman dijiwa..akhirnya cinta yg di temui, tidak kekal lama..hanya di sepauh jalan..ada juga tidak kemana halanya..akhirnya tewas, hawa nafsu merajai hati hingga lupa pada pemilik CINTA HAKIKI...rupanya jawapan pada pemgembaraan ini adalah untuk MERAIH CINTA-NYA..namun langkah masih lemah utk mengapainya..adakah kerana DOSA-DOSA lalu, memberatkan pundak..

~kembalilah..kepada-NYA, sandarkan CINTA hanya untuk NYA~


~ya ALLAH..berilah aku MERAIH CINTA-MU.ya ALLAH..pimpin la hamba-MU yg lemah ini..~

Thursday, June 7, 2012

AKU CEMBURU PADA MU


Aku cemburu..
teman. aku mungkin tidak cukup mengenali mu..Cuma kita pernah merakam cerita dan persahabatan sementara. Setiap kata mu, megujakan..aku kagum terhadap mu..aku segan dgn petah kata mu..tutur kata mu, dan tingkah mu, walaupun dikau muda dri ku..aku cemburu

Cemburu ku bertambah..tika, tiap pertemuan kita lidah mu tidak lekang dri peringatan dan teguran..cerita dan pengajaran utk dikongsi bersama2 rakan2 dan teman2 di sekeliling mu.. aku tidak berminat menilai hati mu..tpi akhlak mu sudah cukup menjadikan aku menilai peribadi diri mu..

Cemburu ku tidak pernah luntur..walau berjauhan kini, namun kabar mu melalui laman sesawang..kemajuan teknologi buat aku sentiasa tatap untuk mengikuti perkembangan mu, wall mu sentiasa terisi dgn peringatan dan perkongisa menarik. Blog mu sentiasa update dengan huraian dan article yg bermanfaat….aku cemburu dng mu teman..

Namun aku xmampu jadi seperti mu..aku cuba..tpi iman dijiwa ku lemah dan hati ku kotor dng noda dunia..

Tatkala ku terbaca..invitation perkahwinan mu..teman, menitis air mataku..xsangka impian mu utk berkahwin selepas belajar tercapai..terharu kau begitu bersungguh dengan nekad dan matlamat yg telah engkau sendiri rancang..mungkin kerana hati mu suci teman..ALLAH perkenankan doa mu..

Kini engkau telah bahagian..kebahagian mu lengkap..dgn kehadiran cahaya mata dari rahimmu..bertuah dan beruntung siapa mengenali diri mu teman..aku tahu bukan aku sahaja yg merasai semua ini.pasti siapa yg mengenali mu dan berasa disamping mu merasai apa yg kurasai..sungguh aura diri @ pesona iman pada diri mu  menarik hati siapa memandangmu dri kaca mata ISLAM..



Maafkan aku teman meletakkan rasa CEMBURU ini terhadap mu..cemburu ku ini bukan utk bermaksud aku tidak suka pada mu..namun kerana cinta dan kasihnya aku padamu kerana ALLAH..xmampu ku luahkan dihadapan mu kerana engkau sungguh wanita solehah, yg kembang mewangi di depan mataku..

Biasanya aku membaca cerita dan kisah bunga2 ISLAM..zaman RASULULLAH..namun aku sendiri dapat melihat bunga ISLAM di zaman ku..iaitu DIRI MU teman..semoga bahagia dengan kebahagian yg dikurniakan dariNYA ..semoga beroleh JANNAH..duhai TEMAN..

P/S : KU harap perasaan yg hadir dalam HATI ku ini..bukan lah menjadi penyebabkan jurang dan ruang antara KITA..tpi perasaan ini agar aku sentiasa menjadikan diakau  temanku adalah cermin diri ku..utk melihat kekurangan dan keslaahan ku dalam membentuk diri menjadi seorang wanita..

Wednesday, May 30, 2012

makna DIRI


apa MAKNA DIRI...
dalam kepingaan kehidupan ini aku mencari makna DIRI
makin aku cuba terokai semakin AKU mula mengenal diri..
menyedari kekurangan dan kesilapan
menimbulkan penyesalan dan kegusaran..

jiwa menjadi kendur dan lelah..
mencari MAKNA DIRI utk kesekian kalinya
terasa KOSONG..

apakah MAKNA DIRI..
aku makin mencari..BINGUNG..
kemana untuk mencari kemana harus pergi..

duhai angin lalu..bawah lah aku pergi..
seperti debu-debu yg engkau terbangkan ..
bawah aku jauh..jauh melepas langi biru..
untuk ku mencari MAKNA DIRI..

Tuesday, May 15, 2012

Nakba Day 15 MAY..

ASSALAMUALAIKUM...
Apa yg diperjuankan diPALESTINE pada tarikh 15 MAY? jom baca utk dptkan inform dri sumber ILUVISLAM.COM..

*********************************************

Nakba Day 15 May. After 64 years under occupation, the Palestinians and all humanity continue struggle for freedom. No more wait! Act Now! Dua and pray! InsyaAllah!

60 tahun yang lalu, lebih daripada 700,000 rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal, harta benda, ladang, perniagaan, serta pekan dan bandar yang mereka diami. Militia Yahudi berusaha untuk mewujudkan sebuah negara dengan majoriti Yahudi di Palestin, tentera Israel telah menghalau rakyat palestin keluar dari tanah mereka. Israel pula dengan pesat memindahkan orang yahudi masuk ke dalam rumah Palestin yang baru dikosongkan. Nakba bermaksud "malapetaka" dalam bahasa Arab. Palestin merujuk Nakba “malapetaka”, sebagai kemusnahan masyarakat mereka dan sebagai rampasan tanah air mereka.

Sepuluh Fakta tentang Nakba

1. Nakba adalah punca masalah Israel / Palestin.

Nakba ditanda pada 15 Mei, hari selepas Israel mengisytiharkan kemerdekaan mereka pada tahun 1948 ke atas tanah haram palestin.

2. Peristiwa traumatic ini mewujudkan krisis pelarian Palestin.

Dua pertiga daripada penduduk Palestin telah dibuang negeri menjelang akhir tahun 1948. Adalah dianggarkan bahawa lebih daripada 50% telah dihalau keluar di bawah serangan ketenteraan secara langsung. Selebihnya melarikan diri kerana penyebaran berita bahawa pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh militia Yahudi di kampung-kampung Palestin seperti Deir Yassin dan Tantura.

3. Pemimpin Yahudi melihat "pemindahan" sebagai satu langkah penting dalam penubuhan Israel.

Pemimpin Yahudi bercakap secara terbuka bahawa keperluan menggunakan pertempuran tentera untuk mengusir seberapa ramai rakyat Palestin yang boleh sebelum negara-negara Arab yang lain datang untuk menyerang.

‘The Haganah militia’s Plan Dalet’ adalah pelan tindakan yang dikuatkuasakan Israel untuk pembersihan etnik ini. Perdana Menteri Israel yang pertama, David Ben Gurion, berkata "Kita mesti menggunakan keganasan, pembunuhan, ancaman, rampasan tanah, dan memotong semua perkhidmatan sosial untuk menghapuskan penduduk Arab di Galilee (Galilee adalah sebuah tasik yang dipanggil sebagai Laut Galilee)."

4. Ratusan kampung dan bandar Palestin telah musnah.

Tentera Yahudi telah mengosongkan lebih daripada 450 bandar-bandar dan kampung-kampung di Palestin. Sebahagian besar telah dirobohkan.

5. Harta dan barang milik rakyat Palestin diambil sesuka hati.

Kerajaan baru yang ditubuhkan Israel telah merampas tanah pelarian dan harta benda milik rakyat palestin tanpa keinginan untuk memberi peluang kepada rakyat palestin untuk kembali ke rumah masing-masing.

Sejarawan Israel, Tom Segev, melaporkan bahawa: “Entire cities and hundreds of villages left empty were repopulated with new [Jewish] immigrants… Free people – Arabs – had gone into exile and become destitute refugees; destitute refugees – Jews – took the exiles’ places in the first step in their lives as free people. One group [Palestinians] lost all they had while the other [Jews] found everything they needed – tables, chairs, closets, pots, pans, plates, sometimes clothes, family albums, books radios, pets…. “

6. Sebahagian rakyat palestin masih kekal atau tinggal di dalam apa yang dikenali sebagai Israel.

Sementara kebanyakan rakyat Palestin dihalau keluar, ada yang masih kekal di dalam Israel. Walaupun mereka (rakyat palestin) adalah rakyat negeri baru, mereka tertakluk kepada peraturan tentera Israel sehingga 1966.

Hari ini, penduduk Palestin di Israel terdiri daripada hampir 20 peratus daripada keseluruhan penduduk Israel. Mereka mempunyai hak untuk mengundi dan bertanding untuk mendapat jawatan.
Tetapi, lebih daripada 20 undang-undang keistimewaan diwujudkan untuk dinikmati oleh orang yahudi melebihi keatas orang bukan yahudi. Juga, hampir satu perempat rakyat Palestin yang menetap di dalam Israel telahpun "dipindahkan", dan mereka tidak dapat lagi untuk kembali ke rumah dan tanah mereka yang telah diambil Israel.

7. Kini, terdapat berjuta pelarian Palestin yang tersebar di seluruh dunia.

Hari ini, terdapat 4.4 juta pelarian Palestin yang berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan dianggarkan masih ada sekurang-kurangnya 1 juta lagi yang masih belum didaftarkan.

8. Pelarian mempunyai hak yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Semua pelarian mempunyai hak-hak yang diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk kembali ke kawasan yang telah mereka larikan diri ataupun dipaksa keluar, untuk menerima pampasan bagi kerosakan yang telah berlaku, dan sama ada untuk mendapatkan kembali harta benda mereka ataupun menerima pampasan dan sokongan untuk penempatan semula secara sukarela. Hak ini telah jelas diakui dalam perjanjian damai terkini di Kemboja, Rwanda, Croatia, Bosnia-Herzegovina, Guatemala, Ireland Utara, Kosovo, Sierra Leone, Burundi, dan Darfur. Hak ini walaupun telah diperakui untuk rakyat Palestin oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam Resolusi 194 tahun 1948, Israel, bagaimanapun, masih tidak membenarkan pelarian Palestin untuk kembali, tetapi seorang Yahudi dari mana-mana tempat di dunia boleh menetap dan tinggal di Israel dengan sewenangnya.

9. Keadilan dalam menyelesaikan hak pelarian adalah penting untuk keamanan di Timur Tengah.

Majoriti besar rakyat Palestin percaya bahawa hak sebagai pelarian perlu dipenuhi bagi mengekalkan keamanan antara Palestin dan Israel. Mengikut tinjauan pada bulan Ogos 2007 oleh Jurusalem Media and Communications Center, hampir 70 peratus yakin bahawa pelarian perlu dibenarkan kembali kepada "tanah asal mereka".

10. Nakba mempunyai implikasi terhadap rakyat Amerika.

Israel berterusan menafikan hak rakyat Palestin melalui bantuan kewangan serta sokongan diplomatik tanpa syarat oleh Amerika Syarikat. Satu tinjauan telah dilakukan oleh Zogby di lapan buah negara Arab pada tahun 2002 menunjukkan bahawa "persepsi negatif terhadap Amerika Syarikat adalah disebabkan kerana dasar Amerika itu sendiri, dan bukan kerana tidak suka akan Barat." Tinjauan yang sama juga menunjukkan bahawa "isu Palestin telah disenaraikan oleh kebanyakan orang-orang Arab antara isu politik yang memberi kesan kepada diri mereka secara peribadi. “ Resolusi terhadap isu pelarian Palestin tidak syak lagi akan meningkatkan imej Amerika diperingkat antarabangsa, dengan membuktikan bahawa kerajaan AS menyokong segala usaha keganasan dan ketidakadilan dalam isu negara haram Israel terhadap Palestin.

HUNGER STRIKE

(nie gambar profile pic FB )

Assalamualaikum...
 saat nie kesibukkan dengan pelbagai perkara yg merumitkan fikiran..shingga la malam tadi, menjeguk keFB melihat profile picture yg hampir sama namun pelbagai rupa..pada mulanya hanya melihat. kemudian jawapan nya ditemui hari ini bila melihat aritikel dan apa isu semasa yg berlaku..
 diri nie jauh dari isu semasa mmg agak ketinggalan namun melihat pada papar gambar2 tu diri nie berharap apa yg kita lakukan tu biarlah kerana pengetahuan kita bukan sekadar ikut-ikutan..peringakat utk diri..(^_^)
diri nak konsi beberapa gambar yang diri nie download dari FB..



 (gambar nie menarik tpi tak tahu maksud dia )



(gambar nie yang mula-mula di sebarkan )

p/s: apa yang penting kita bukan semata meletakkan profile pic gambar sebagai tanda sokongan pada tahan palestine...tpi apa yg terutama sekali kita mendoakan supaya kebenaran akan tertegak atas nama KEBENARAN bukan penindasan yang berpnajangan..
dan kita juga sebagai seorang muslim harus sentiasa MUHASABAH diri apakah kita telah melaksanakan tanggungjawab sebenar kita sebagai HAMBA ALLAH...wallahu'alam...


Thursday, February 16, 2012

Dulu kini dan selamanya

Tika usia meningkat dengan pantasnya, tanpa sedar dulu kanak-kanak bermain di jambatan rumah, kemudian meningkat remaja dengan pakaian seragam sekolah bersama-sama kawan-kawan dan teman2 sekelas bergurau, jenaka. Kini menjadi dewasa fikiran sudah berubah,style pun da pandai melawa. Namun ada yg masih sama dulu dan kini, aku masih dialam menuntut ilmu masih lagi mengadap kepapan putih utk mendegar dan cuba utk memahami tiap butir kata, pensyarah.
Add caption
Mungkin pada usia ku ini, rakan2 sekolah di persekolah dulu ada yg sudah menggantikan guru-guru ku. ada yang menjadi Polis, bekerja awam dan sebagainya yg sudah mengumpul wang utk di labor kepada ibu bapak utk membalas jasa mereka semula. Tpi aku masih disini,adakal tertanya bilakah pulak masa ku utk membalas kembali keringat kedua ibu bapa ku. Ada juga teman-teman yang ketika ini sedang mendodoi anak2 sendiri mendewasakan mereka agar menjadi insane yg berguna, tatkala ini jugak, menyedari bagaimana ibu bapa mendewakan dan membesarkan kita dulu..putaran kehidupan sedang bermula…




masing-masing berada dibidang sendiri

Disaat ini, kenangan semalam menjadi igauan saat suka,duka,tangis tawa, luka dan sebagainya menerawang di fikiran..sedangkan ia adalah sejarah silam, kenagan yg tidak mungkin akan kembali…  kerana perkara paling jauh adalah perkara yag sudah berlalu..dan sukar utk di temui lagi.
Namun disitu la dari kelemahan diri adakalanya sejarah silam itu menjadi ukuran dengan masa yg dilalui kini. Duka semalam menjadi tangisan kini sedangkan ianya sudah berlalu..
Perlukah utk melihat masa itu andainya ia sukar utk diulang kembali, kerana apa yg dilalui kini dan masa hadapan ada suatu penentuan yg telah ditetapkan. Tapi kita boleh merancang dan mengatur..Cuma penentu sesuatu kehidupan adalah di atas kuasa yg MAHA BERKUASA, ALLAH SWT..

Mengapa perlu mencari titik kelemahan diri ,sedangkan titik kekuatan sentiasa ada utk di bangunkan. Mengapa perlu menangisi kesilapan semalam sedangakan pintu taubat dan pengampunan ada dihadapan. Mengapa perlu melihat kebelakang sedang jalan yg harus ditempuhi berada dihadapan.,
Kegagalan masa lampau bukan penentu kegagalan masa kini.. namun kegagalan masa kini ada lah penentu masa akan datang.. sedarlah dan fokuslah apa yg berada dihadapan.. agar kita sentisa berda dijalan yang benar..kerana andai kita melihat kebelankang bImbing kita akan tersilap jalan kerana kita tidak melihat arah jalan yg dituju ibarat… orng buta mengemudi sampan di lautan. Tidak dapat mengenal arah sampannya dan tidak dapa mengenal pasti daratan.
Yakinlah dan bersabarlah dengan setiap liku-liku perjalanan kerana orang yg beriman tidak akan lari dari ujian kerana ujian itu la menjadi bunga-bunga dalam kehidupan dan ujian itu juga la yg menjadi penentu adakah kita beriman atau tidak. Sesungguhnya bersabarlah kerana dalam setiap kejadian ada hikmah yg tersimpan bersabarlah..dan terus bersabar kerana orang yg bersabar itu dekat pada ALLAH swt dan sentiasalah redha l=kerana ada hikmah kejadian itu akan terpampang di hari kemudian jika bukan di dunia di akhirat kelak insyaALLAH..
MIFTHUL JANNAH
10 DEC 2011, SABTU (12.09 PG)

Tuesday, January 10, 2012

JOM EXAMMM

Assalamualaikum...

Saat nie..semua sahabat2 dan teman-teman IPT mesti sibukkan dgn ULANGKAJI,DICUSSION,revision dan macam2 la utk FINAL EXAM, ana nak ucapkan salam IMTIHAN buat semua dan JGK DIRI INI (^_^).. yg telah,sedang atau akan menhadapi EXAM.Bitaufik wannajah..semoga semuanya mendapat kemudahan dan kelapangan dri ALLAH dalam menjawab EXAM..sape yg da amik paper,tu apa lgi bykkan DOA&TAWAKAL..ye..semoga dapat result yg GEMPAK dan warna-warni (^_^)...

Disini..nak kongsi TIPS EXAM..yg ana godek2 dri laptop usang nie (mungkin agak lewat nak kongsi,tpi xpe janji kongsi kan)


Panduan hari peperiksaan

  1. pada awal pagi, hendaklah diminum air solat hajat sebelum makan apa-apa.
  2. baca selawat 3X
  3. baca ke dalam air ayat di bawah sebanyak 7X dan minum:
بسم الله الرحمن الرحيم لا تخف ولا تحزن ان الله معنا
  1. turun dengan langkah kaki kanan, jgn berpaling ke kanan, ke kiri, ke belakang.
  2. baca:  بسم الله توكلت على الله لا حولا ولا قوة الا بالله العلى العظيم
  3. sepanjang perjalanan baca ayat surah al-insyirah (alam nasyrah)

sebelum masuk dewan.

  1. baca ayat kursi 1X
  2. baca surah al-insyirah (alam nasyrah) 3X atau 7X
  3. masuk dewan dengan langkah kaki kanan, duduk dengan tenang.

Bila berada di dalam dewan.

  1. selawat
  2. bila hendak menjawab soalan baca doa penerang hati..
  3. kalau tidak dapat jawab soalan, baca:
    1. صلوات دان ربى يسر ولا تعسر ربى تمى بالخير
  4. setelah siap menjawab soalan, bacalah Alhamdulillah, bersyukur kpd Allah
  5. baca  يا لطيف 7X kemudian baca :
    1. الله لطيف بعباده يرزق من يشاء وهوالقوى العزيز
    2. Surah annur ayat 35.
    3. Tulis di kertas jawapan muka belakang sekali dengan belakang pen yang kita gunakan: انا فتحنا لك فتحا مبينا
            Tiup pada kertas jawapan dan niatkan supaya pemeriksa lembut hati serta kasihan
pada kita. insyaAllah segala usaha dan ikhtiar kita akan diperkenankan Allah.



Pada teman-teman sekalian dan DIRI INI gak, pape pun NIATkan DIRI kita menHADAPI exam nie adalah utk MERAIH KEREDHAAN dan BARAKAH dari ALLAH bukan semata-mata utk EXAM dan LULUS.. agar ILMU yg di pelajari ini HADAM dan terus bercambah.. OK...


Semoga berjaya…usaha, doa dan tawakkal… ingat, Allah tak pernah kejam… pasti ada hikmah di sebalik kejadian…. Kejayaan dunia, untuk menggapai redha Allah demi kemenangan Islam…jaminan di akhirat… wassalam....

Semoga beroleh kejayaan dalam keredhaan Allah swt.


SELAMAT STUDY SUMA BUKAN STUDO yeeee... (^_^)