Friday, June 14, 2013

ANAK KECIL...

 
Dah masuk empat bulan bekerja menjadi pembantu PASTI..mengasuh anak-anak kecil, menyediakan makan untuk mereka..dari tak tahu masak da pandai (da test resepi from google), dari tak tahu da semakin tahu..
hinggakan tumbesaran anak-anak kecil ini juga buat diri ini peka... pelbagai karenah dan gelagat, namun semua itu adalah penawar..mereka anak2 kecil yang masih bersih dan terhindar dari DOSA.. jiwa mereka suci dan luhur.
bagi mereka hidup ini indah, bertemu kawan-kawan adalah keseronokan walaupun asyik2 mengadu orang nie buat dia lar, orang ttu buat dia lar...tapi xpernah serik, pastu main jgk betapa suci nya hati mereka xda dendam...(^_^)...

hakikatnya..bukan sahaja mengenal jiwa mereka tpi pengalaman ini sangat berharga dalam menguji kesabaran dan memdidik diri utk mendidik anak2 di masa akan datang. bukan mudah untuk memujuk tatkala sedih, xnak makan, bila dia tak mahu nie, tak nak yang tu dan macam lagi..semua itu perlu dgn psikologi dan kekuatan hati.. buat diri nie kadang2 gelak, dari seorang yang kasar, kepada pemujuk dari seorang yg kekok dengan kanak-kanak..mendidik jiwa untuk sifat lembut dengan anak-anak kecil ini...

setiap kata dan perlakuan orang dewasa menjadi ikutan mereka dan tahap ingat mereka sangat tinggi dalam sesuatu perkara yang pernah kita cakap dekat dia @ janji.. sebab tu lar disarankan semasa kecil kanak-kanak kecil ini perlu didik dengan surah kecil dan doa-doa harian... diri ini akui, kagum dengan anak-anak kecil yang akan baca doa dan maksudnya...beruntunglar ibu bapa yang membina aset dari anak-anak mereka...

semoga ANAK-ANAK KECIL ini menjadi soleh/solehah...(^_^)
nama saya ADI.. (^_^)

No comments:

Post a Comment