Sunday, June 14, 2009
'7M' PERLU PADA WANITA
seseorang wanita perlu memiliki
kualiti "7M" :-
Musyarakah – seseorang wanita itu
yakin bahawa dirinya memang mempunyai kecantikan tersendiri
Murakabah – mereka menerima dengan insaf dan syukur keadaan diri sendiri
Muhasabah – sentiasa melihat kekurangan diri dan memperbetulkannya
Muakobah – sentiasa mendidik diri agar berusaha menjadi wanita yang sempurna
Muqarrabah – sentiasa mendekatkan diri dengan Allah s.w.t
Mujahadah – berusaha melawan segala bentuk hawa nafsu yang cuba menguasai diri
Muarabah – cuba menghakis segala kejahatan yang ada dalam diri
****************************************
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:-
"Tujuh macam orang yang bakal dinaungi Allah di bawah naunganNya pada
hari
di mana tidak ada naungan kecuali naungan Allah; imam (pemimpin /ketua)
yang adil, pemuda yag tetap taat beribadat kepada Allah swt, seorang
yang
hatinya selalu bergantung kepada masjid (iaitu memerhatikan waktu solat
berjemaah di masjid), dua orang yang berkasih sayang semata-mata kerana
Allah baik ketika bertemu atau berpisah, seorang lelaki yang diajak
berzina
oleh wanita bangsawan yang cantik tetapi ia menolak dengan berkata,
"Aku
takut kepada Allah", seseorang yang bersedekah dirahsiakan sehingga
tidak
diketahui oleh kiri apa yang dilakukan oleh kanannya, seseorang yang
berzikir ingat kepada Allah bersendirian sehingga bercucuran
airmatanya."
(Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment