Thursday, September 23, 2010

ILMU dan AMAL.....


salam alaiykh...buat diri ku dan seluruh umat islam & makhluk ALLAH di pelusuk bumi ini...
semoga kita semua sentiasa dalam REDHAAN dan RAHMAT ALLAH SWT....

Hari nie..aku nak bercerita sedikit..walaupun masa asyik cemburu dengan aku tapi tetap nak coret sesuatu dlm blog nie,sebabnya ada terlintas difikiran...
Aku baru j balik kelas..start kelas pukul 8.30 pg lepas tu discuss pasal projek dan Lab..
Habis j kelas Lab pukul 6.40ptng..lsolat asar, tak sempat nak balik bilik aku buka puasa kat fakulti j..

Masa gi kelas pagi tu..aku turun agak lewat.. sebabnya banyak benda aku nak wat tapi masa tu jugak la timbul pelbagai masalah..memang jadi kalut la..mana nak bersiap, nak kemas buku..nak print la.. almari wat hal plk..tak leh buka mangga...tersekat, aku siap panas guna 'lighter' xnak buka jugak...masa nak turun kelas aku 'try' blk.. ALHAMDULILLAH..dpt la buka...sungguh menguji kesabaran..(@_@)...

Sepanjang perjalanan ku pegi kelas... kepala ku sarat dgn macam yang entah apa entah...
aku juga asyik mengeluh..bukan aku mengeluh kerana kesusahan hidup@ mengeluh dengan masalah yang meninpa diri ku...
Tapi, keluhan panjang ku keluarkan kerana sikap diri ku sendiri..aku merenung kembali diri ku..
Sudah 3 sem aku belajar diri..apa yang telah ku lakukan sepanjang sem ini,adakah berbaloi dengan segala pengorbanan dan kesabaran ku selama ini...? Tak terjawab..aku sendiri hilang kata kunci untuk persoalan di benak hati ku... sedangkan jawapan sudah di depan mata...aku teringat dengan kata-kata rumeet ku..

" akak tahu tak kenapa orang yang belajar sekolah agama tapi, still buat maksiat?"

aku pulak dengan confident cakap...tentang pengalaman seorang kawan kepada kawan yang berkongsi cerita....
Tapi lepas..2 rumaat aku cakap..

"Ustaz sya cakap semua nie jadi sebab, mereka belajar tentang agama ,tetapi meraka tak amalkan dan mereka sendiri yang buat perkara tu..."

bila aku dengar apa yang rumeet ku cakap itu betul... dan aku sedar dgn diriku sendiri .. aku selalu gi dengar ceramah dan kuliah..pelbagai peringatan dan nasihat yang ku terima dari pensyarah,cikgu dan aku pelajari.. tapi ada yang tak di amalkan..mungkin itu la ALLAH makin lalaikan aku dengan sekeliling...aku lupa untuk melaksanakan dan tidak istiqamah... (semoga ALLAH tidak pesongkan hati ini..nauzubilLAH..)

Jadi apa yang aku cuba nak sampaikan disini... sebagai peringatan dan muhasabah diri sendiri...
Bila terima sesuatu ilmu atau petunjuk.. sepatutnya kita jadikan panduan dan rujukkan... supaya kita tidak sesat dan akan peroleh kejayaan...(bukan setakat dengar,faham,tulis dan balik bilik..tutup buku tutup telinga)

Sama la seperti ISLAM itu sendiri.. AL-QURAN menjadi rujukkan ilmu..dan solat itu adalah menjadi amalan kita mempraktikkan tuntutan dan syariat ALLAH SWT...
Kalau dari skop belajar, buku dan nasihat pensyarah itu adalah rujukkan dan ilmu yang di perolehi.. mengulankaji dan belajar adalah amalan dan praktik untuk ilmu yang kita dapat dari pensyarah/cikgu...

Selain tu banyak lagi,yang blh dikaitkkan dengan kehidupan kita mengenai ILMU dan AMAL... Aku tak dapat la nak ulas lagi, kita sendiri boleh lihat dan fikir dan renungkan bersama...

Akhir kata dengan pantun..

Anak bugis menangkap Ikan...
ambillah Ilmu dan Amalkan...(^_^)

Kalau bercuti kenegri sabah,
Singgah sebentar ke Pasar Filipin.
Ramadhan berlalu Syawal menjelma,
Mohon kemaafan dari sahabat sekalian..

SELMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN...


No comments: