Islam amat menekankan agar kita sentiasa berakhlak mulia. Banyak hadis yang menjelaskan kepentingan akhlak mulia. Antaranya :
1- Diriwayatkan dari Abu Hurairahr.a ia berkata: Rasulullah saw pernah ditanya tentang sesuatu yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam surga. "Beliau Shallallahu 'Alaihi Wasallam menjawab: "Takwa kepada Allah dan akhlak baik." (al-Tirmidzi dan al-Hakim)
2. "Tidak ada sesuatu yang dapat memperberat timbangan (kebaikan) seorang mukmin pada hari qiyamat selain kebaikan akhlaknya." (HR. Tirmidzi dan Abu Dawud)
3. "Sesunggunya orang yang paling aku cintai dan paling dekat kedudukannya denganku pada hari qiyamat adalah yang paling baik akhlaknya." (Imam Ahmad, al-Tirmidzi, dan Ibnu HIbban)
Rasulullah saw juga menganjurkan kita berdoa agar diberikan akhlak yang baik. Doanya ialah :
اللَّهُمَّ حَسَّنْتَ خَلْقِي فَحَسِّنْ خُلُقِي
"Ya Allah, Engkau telah memperindah rupaku maka perindahlah juga akhlakku." (HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya no. 964, Abu Ya'la al-Mushili)
Doa ini boleh dibaca pada bila-bila masa sahaja sama ada ketika melihat cermin dan pada ketika lain. Walaupun terdapat riwayat yang menganjurkan doa ini dibaca ketika melihat cermin, riwayat tersebut adalah daif. Doa umumnya boleh dibaca bila-bila masa. Doa adalah ibadat dan membacanya akan mendapat pahala.
SUMBER : LAMAN ILMU
SUMBER : LAMAN ILMU
No comments:
Post a Comment