Friday, October 24, 2008

MADU LEBAH

Khasiatnya Menurut AL-Qur'an dan Hadis

• Selaras dengan perkembangan dunia yang semakin canggih, dunia perubatan juga semakin maju berbanding dengan cara perubatan dahulu. Oleh itu rawatan-rawatan tertumpu kepada cara moden di hospital-hospital yang cukup dengan segala kemudahan dan kepakaran. Namun begitu berubat mengikut saranan al-Qur'an dan hadis masih tetap mengambil tempat di dalam kehidupan masyarakat Islam.

Menurut Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Sabda Baginda :
Maksudnya : "Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua"
( Hadis riwayat Abu Daud)


Beberapa kajian telah diusahakan yang tertumpu kepada bahan-bahan semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Begitu juga dengan madu lebah kerana dalam al-Quran sendiri telah menggariskan pelbagai pengajaran dan maklumat penjagaan diri daripada pelbagai penyakit, maupun kesihatan jasad atau rohani agar kita dapat mengerjakan segala perintah Allah dengan teratur.

Firman Allah dalam surah an-Nahl: (Surah An-NAhl: 69).
Tafsirnya: "Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan."

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Qur'an, Baginda bersabda:

Maksudnya: "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur'an."
(Hadis riwayat Ibnu Majah)


Daripada hadis tersebut ternyata madu mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesihatan, yang mempunyai zat-zat besi dan vitamin yang kuat. Di samping itu madu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga.

Mereka yang mengetahui akan khasiat madu akan menggunakannya secara rutin, hal ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa kajian yang telah dilakukan di mana jika ianya diamalkan setiap hari akan mencegah daripada pelbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup.

Di samping itu madu juga seringkali digunakan untuk sampingan sarapan pagi agar tenaga segera siap digunakan dalam menjalankan kerja harian. Madu juga memiliki aroma enak yang meningkatkan selera, sepertimana Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga mengamalkannya. Diperkuatkan dengan hadis baginda yang berbunyi:

Maksudnya: "Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."

Di samping itu dengan memakan madu juga boleh menyembuhkan batuk-batuk yang menganggu dan boleh mencegah daripada kekejangan pada otot tubuh khususnya pada bahagian kaki. Dalam perubatan tradisional, madu telah dimanfaatkan untuk menahan luka-luka terbakar pada kulit. Jika diusapkan madu akan dapat mengurangi rasa sakit yang menyengat dan mencegah pembentukan lepuh (melecur) dan cepat sekali menyembuhkan kawasan yang terbakar. Di samping itu banyak lagi penyakit yang boleh sembuh misalnya hidung tersumbat, anak yang kencing malam dan sesuai untuk kanak-kanak damit yang baru lahir.
Dalam al-Qur'an, hadis-hadis yang disebutkan dan amalan perubatan tradisional, madu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Adalah menjadi suatu amalan yang baik menjadikan madu sebagai ubat dan penjagaan kesihatan.

http://permai1.tripod.com/madu.html

Thursday, October 23, 2008

HARI TERAKHIR....

Assalamualaikum wbt....
  • Hari nie adalah hari terakhir ana ...menimba ilmu dari lecture untuk semester nie(sem-5).Ini bermakna hari yang seterusnya ana menghitung hari untuk melalui final exam..yang ke-7 sebagai pelajar UiTM(da 3tahun setengah aku di uitm).Terasa sedih bila ana merenung kembali diri dari awal ana menuntut di UiTM nie MASYAALLAH...da lama ana bergelar sebagai pelajar..tapi adakah ana mengunakan masa ana ini sepenuhnya menuntut ilmu...?TIDAK...!!!terlalu bayak masa yang terbazir..sejauh mana masa yang ana gunakan selama ini mendapat berkat atau pun pembaziran semata-mata, ana sendiri pun tak pasti kemana ana membuang masa yang ana ada sebelum ini..membuang masa bermakna ana telah menyia-yiakan diri ana selama ini tanpa melaksanakan sesuatu yang bermaanfaat untuk diri ana ini...(-_-)ini sebagai renungan untuk diri ana sendiri..untk menhadapi final exam pada minggu hadapan(29/10/2008)...

  • Persediaan...untuk menghadapi exam sem nie tidak lagi sepenuhnya..masih banyak benda yang ana masih tertinggal...sedih rasanya bila byk kesilapan dan kelalian..diawal sem nie..sehingga hampir keseluruhan carrie mark ana berada dibawah tahap yang memuaskan...adakah ana mampu sevive pada 'final exam ' minggu hadapan...??? insyaALLAH..boleh jika ana menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya..diisi sepenuhnya untk menggulang kaji..tapi sejauh mana ana dapat melaksanakannya....??? ana sendiri pun tidak ada kepastiaan itu..tapi apa yang ana fikirkan sekarang ialah..ana BOLEH..kesilapan lalu tu ana perlu perbaiki...menjadikan penggajaran buat diri ana..sembagai muslim ana tak boleh menyerah kalah...

Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah tobat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.
[Hud, 11 : 112]

  • Hari ini...ada 2 kelas sahaja(KEL&KJP)..nie da memang kelas yang termaktub dlm jadual kelas.dan amat menyedihkan bila yang hadirnya separuh dari jumlah asal pelajar dalam kelas..sebagai orng pelajar ana amat sedihlah dengan sikap rakan2 sekelas ana.ini erasaaan ana.apa pula perasaan lecture ana?lagi pilu..ini senario yang sering berlaku setiap sem..hari-hari terakhir nie la student suka ambil kesempatan untuk ponteng kelas.. ana sedih !!!kenapa sebab yang bersikap macam nie adalah pelajar2 melayu...dimana semangat ana muda masa kini yang cinta akan ilmu seperti ulama-ulama' yang lampau..di mana semangat umat islam yang dulunya pernah mengalami zaman kegemilangan islam...??? ana cuba untuk refresh diri ana balik bila En Abg hamizan (lecture KJP) menegur kami akan sikap rakan-rakan ana yang tidak datang kelas..bagi ana kata-kata En Abg,sangat berguna untuk ada melihat sendiri diri ana..dia tidak menujukan pada rakan-rakan kelas lain tapi sebenarnya kepada semua pelajar...nasihat yang paling berguna En Abg sampaikan ialah menggutamakan DIRI,KELUARGA,BANGSA&AGAMA...ana setuju ngan apa yang dikatakan oleh sir, bermula dari DIRI iaitu membangunkan&memperbaiki diri dalam apa jua bidang.Bila kita berjaya kita dapat menaikkan taraf hidaup KELUARGA,sekaligus menggangkat BANGSA kita setanding bangsa lain..dan seterusnya AGAMA kita akan terpelihara..jangan sampai kita menjadi fitnah pada ISLAM....dalam proses semua nie agama adalah terutama untuk memperoleh keberkatan dalam setiap apa yang kita lakukan& agama juga adalah peganggan kita sampai ke hari akhirat kelak... wallahu'alam..

Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.
[Muhammad, 47 : 7]

  • Seterusnya... ialah perjalanan ana melalui hari yang akan datang..tinggal beberapa hari lagi exam so hari nie ana ambil masa nie jenguk blog nie untuk menyampaikan sesuatu yang akan ana tenung dimasa akan datang..sebagai renungan wat diri ana..mungkin lepas nie ana jarang jugak nak jeguk sebabnya tiada alat(laptop) yang memudahkan ana untuk create idea-idea yang bersarang dalam kepala..maybe ana hanya mampu menggunakan secara manual saja...even tak da laptop sem nie ana temu byk penggisian rohani melalui pengguna ICT,byk temu laman2 rohani.semoga apa yang ana perolehi ini ana jadikan bekalan untk dimasa hadapan dan dapat disampaikankepada orang lain. insyaALLAH gak lepas final,cuti&seterusnya bukalah sem baru.insyaALLAH ana akan berada di semester terakhir(sem-6) jika tiada aral melintang....ana redha& ana serahkan segalanya pada ALLAH.Ana hanya mampu merancang tapi semuanya adalah ketentuan ILAHI..apa yang perlu ana lakukan ialah BERUSAHA&TAWAKAL(BERDOA) kepada ALLAH SWT... dan yang penting sekali sentiasa yakin akan janji ALLAH SWT...
Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.
[Al-Ankabut, 29 : 69]

Terakhir sekali... tiada apa lagi yang ana nak katakan diri sini..ana ucapkan Ma'ataufiq wannajah filimtihanukum..utk semua sahabat-sahabat seperjuangan ana di UiTM&da sahabat-sahabat yang pernah bersama-sama ana menunut ilmu...ana mendoakan sahabat sekalian semoga beroleh kejayaaan DUNIA&AKHIRAT...

MUTIARA KATA

“Wahai sahabat,tika diri kelapangan atau dalam kekangan, AL-ASR punya tafsiran yang tersirat.Disaat kehausan kecemerlangan,AL-MU,MINUN formula al-falah yang hebat.Bila jiwa dan hati di asak dan disentak dengan kemenangan musuh ALLAH,
AS-SAF mengutuhkaniman dihati lantas bersama disaf perjuangan..”

Sunday, October 12, 2008

Tanggungjawab sebagai pelajar muslim


Setiap mereka yang mengucapkan dua kalimah syahadah, maka dia merupakan seorang da’i ataupun pendakwah. Tiada pengecualian. Berdakwah bukanlah tanggungjawab golongan pelajar sekolah agama, ustaz, ulama’ serta mufti sahaja. Semua muslim sebenarnya dibebankan dengan tanggungjawab untuk berdakwah, mengajak umat manusia kepada Islam. Hanya dengan jalan ini sahajalah Umat Islam akan meraih kembali kemuliaan dan keagungan yang pernah digenggam suatu ketika dahulu. Bersesuaian dengan firman Allah S.W.T:


Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.
[‘Ali ‘Imran, 3 : 110]


Sebagai pelajar, kita juga tidak terlepas daripada tanggungjawab untuk berdakwah. Bahkan, medan yang terbaik untuk berdakwah adalah dalam kalangan remaja yang rata-ratanya adalah pelajar. Para pelajar atau mahasiswa merupakan golongan yang mempunyai kelebihan dari segi masa, tenaga kerja dan sasaran dakwah yang paling efektif. Penyebaran dakwah yang dilakukan oleh golongan mahasiswa ini biasanya sangat cepat berkembang kerana mereka rata-ratanya adalah remaja yang sifatnya sangat bersemangat.
Namun kini timbul pula masalah. Ada mereka yang bersungguh-sungguh dalam berdakwah. Setiap malam berusrah. Hujung minggu tidak pernah lekat di kampus, ada sahaja program dakwah yang disertainya. Namun begitu, keputusan akademiknya tidak begitu memuaskan, malah ada yang tidak mencapai pointer minimal. Lalu mereka ini dijadikan buah mulut oleh ramai orang. Yang paling menyedihkan, masyarakat kampus mula memandang serong terhadap golongan-golongan da’i ini. Ada yang mengatakan, “Itulah, nak berdakwah, tapi study tak jaga. Buat malu orang Islam saja,” ada juga yang mengatakan, “Itulah kau, apasal soleh sangat?” Dan bermacam-macam kata-kata yang memanaskan telinga yang boleh didengari.


Mengapa ini semua terjadi? Adakah benar apabila kita bergiat dalam dakwah, kita telah memandang enteng masalah study dan kuliah? Sudah pasti tidak. Malah kita amat yakin bahawa Allah memerintahkan kita agar menyeimbangkan ukhrawi dan duniawi, sebagaimana firman-Nya:


Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.
[Al-Qasas, 28 : 77]


Maka apakah masalah kita para da’i ini sebenarnya? Bagaimanakah kita boleh berdakwah dengan mantap dan pada masa yang sama juga dapat berjaya dengan cemerlang dalam akademik? Inilah yang akan kita bincangkan dalam artikel ini, Insya-Allah.



DAKWAH MANTAP AKADEMIK PERKASA


Slogan di atas kelihatan begitu ideal. Tetapi ia tidak mustahil. Para salafusoleh dan ilmuan-ilmuan Islam dahulu juga telah membuktikan yang mereka berjaya dalam semua aspek. Mereka pakar perubatan, sains falsafah. Tetapi pada masa yang sama tetap berdakwah dengan cemerlang sehinggga Islam tersebar ke seluruh dunia. Dan jika diperhatikan di sekeliling kita, ada juga mereka yang berdakwah namun akademik mereka tetap mantap. Semuanya adalah bergantung kepada individu. Bagaimana setiap individu itu menguruskan kehidupannya sebagai seorang da’i dan juga penuntut ilmu. Berikut adalah beberapa aspek yang perlu dijaga.

Pengurusan Masa

“Masa itu ibarat pedang. Jika kamu tidak memotongnya maka ia akan memotongmu.” Kata-kata Rasulullah SAW ini amat penting untuk dijadikan panduan. Sebagai pelajar dan pada masa yang sama seorang da’i, kita harus bijak dalam menguruskan masa yang ada. Masa kita tidak seperti kawan-kawan kita yang lain, yang masanya sangat-sangat banyak sehingga boleh dibazirkan. Antara virus-virus pengurusan masa adalah:

Menangguh Kerja

Sebagai da’i, kita akan sentiasa mempunyai program-program dakwah yang perlu diuruskan seperti usrah, seminar-seminar, ceramah-ceramah dan sebagainya. Dan biasanya masa hujung minggu bukan milik kita, tetapi milik dakwah kita. Kita terpaksa mengorbankannya untuk menyebarkan dakwah kepada umat. Oleh itu, setiap tugasan kuliah hendaklah diselesaikan secepat mungkin, tanpa perlu ditangguh-tangguh ke waktu yang lain, walaupun tarikh tamatnya masih lambat. Kadang-kadang kita boleh berbaring-baringan di atas katil, melayari laman-laman web yang tidak begitu penting dan berborak-borak mengenai perkara yang tidak perlu, sedangkan masih ada tugasan yang belum diselesaikan. Ini merupakan sifat malas yang sentiasa menghalang kita untuk berjaya. Biasanya kita akan berfikir,“Nanti aku buatlah,” atau “Nantilah dulu, tunggu ada bila ada mood baru aku buat.” Kebiasaan berfikir seperti ini tidak boleh ada pada diri seorang da’i. Biasakan diri apabila dapat sahaja apa-apa tugasan, catatkan dalam buku nota atau di mana-mana yang senang dilihat (dalam dompet, di tapak tangan dan sebagainya) agar kita tidak lupa. Kemudian selesaikannya satu demi satu. Jangan senang duduk selagi masih ada kerja bertangguh. Apabila kita tidak menyelesaikan perkara-perkara kecil ini dengan segera, malah menangguh-nangguh kerja, maka apabila sampai masanya kita diarahkan oleh dakwah untuk melakukan tugasan-tugasan dakwah, kita akan memberi alasan. Menangguh-nangguh kerja ini adalah sifat buruk yang datang daripada syaitan.

Menangguh-nangguh ini juga sering berlaku dalam sesi kuliah, di mana kita tidak memahami apa yang disampaikan oleh pensyarah. Biasanya kebanyakan pelajar akan membiarkan sahaja dirinya tidak faham tanpa mengambil langkah segera untuk memahami pelajaran itu. Biasanya setiap topik akan berkait antara satu sama lain. Akibatnya, semakin banyak pelajaran yang tidak difahami. Dan pelajar biasanya akan berfikir untuk mengatasi masalah ini apabila ada masa lapang dan yang paling teruk, meletakkan semua beban belajar dalam ‘study week’. Ini juga adalah tabiat yang buruk dan sangat-sangat perlu dielakkan. Mulakan dengan dewan kuliah. Pastikan sebelum kita datang, kita sudah mempersiapkan minda kita untuk menerima semua yang disampaikan oleh pensyarah. Bawa buku nota khas bagi setiap subjek untuk mencatat apa yang disampaikan. Hadir ke kelas beberapa minit lebih awal untuk untuk mempersiapkan diri dan mengambil tempat duduk yang sesuai. Pastikan tumpuan kita adalah 100% terhadap kuliah yang disampaikan. Wajibkan diri kita untuk memahami setiap apa yang hendak disampaikan. Mengulangkaji pelajaran yang akan diajar sebelum kelas akan sangat-sangat membantu. Andai kata kita masih tidak dapat memahami apa yang hendak disampaikan, segera berjumpa dengan pensyarah dan bertanya. Selesaikan segala keraguan itu secepat mungkin, sebaik-baiknya sebelum sesi kuliah yang seterusnya. Jika tidak sempat berjumpa pensyarah, pastikan kita memahaminya dengan bantuan rakan-rakan lain ataupun melalui bacaan-bacaan serta latihan. Memahami sahaja tidak mencukupi. Melalui kajian yang dilakukan berkenaan daya ingatan manusia, kita akan kehilangan 90% apa yang dipelajari dalam masa 24 jam tanpa pengulangan. Oleh itu Kita perlu mengulang subjek-subjek yang telah dipelajari itu secepat mungkin. Tidak perlu lama, mungkin 5-10 minit. Buka semula nota, baca sekali lalu sambil mengimbas kembali apa yang disampaikan oleh pensyarah. Lakukan pada hari itu juga. Jangan sesekali memberi alasan tidak ada masa, untuk makan sahaja kita selalu lebuh daripada 30 minit.



Tidak Merancang Jadual Mengulangkaji

Dalam apa jua keadaan kita tidak boleh lari daripada merancang. Merancang merupakan sesuatu yang amat penting bagi kehidupan seorang pelajar, lebih-lebih lagi bagi seorang da’i. Kepentingan merancang ini disebut oleh Allah dalam kitab-Nya:


Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
[Al-Hasyr, 59 : 18]


Sesiapa yang tidak merancang, maka sesungguhnya dia merancang untuk gagal. Merancang bukanlah sesuatu yang susah sebenarnya. Ramai di antara kita yang menolak apabila dicadangkan membuat jadual mengulang kaji. Sebenarnya dengan adanya jadual, kita akan lebih teratur dalam membuat persediaan untuk ujian dan lebih mudah memahami pelajaran.


Mulakan dengan menyenaraikan semua subjek-subjek yang dipelajari dan sub-sub topiknya. Dengan adanya senarai ini, semua topik yang akan dipelajari akan lebih terarah. Mulai menguasai topik demi topik. Dengan ini tiada topik yang akan tertinggal. Kemudian, mula menetapkan hari untuk setiap topik itu untuk diulang. Dalam jadual itu pastikan ada masa untuk mengulangkaji sekurang-kurangnya sejam sehari. Tidak semestinya sejam itu berturut-turut. Boleh jadi 20 minit setiap sesi ataupun 30 minit. Jika berpeluang pastikan lebih masa diperuntukkan. 2-3 jam sehari adalah cukup baik. Jangan biarkan ada hari yang kita lalui tanpa mengulangkaji pelajaran. Rancang jadual dengan teliti, dan kemudian disiplinkan diri untuk mematuhinya.



SEMANGAT BERUSAHA


Walaupun banyak perkara yang telah kita rancang, namun yang paling payah adalah untuk meneruskannya. Dalam erti kata lain untuk mengekalkan momentum belajar atau keistiqomahan dalam belajar. Sememangnya, keistiqomahan bukan perkara yang mudah. Rasulullah sahaja apabila diturunkan ayat untuk istiqomah ini, beruban rambutnya.


Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah tobat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.
[Hud, 11 : 112]

Tetapi untuk istiqomah bukanlah sesuatu yang mustahil. Banyak cara yang boleh kita gunakan untuk mengekalkan semangat untuk berusaha. Berikut beberapa cadangan.


Membayangkan Apa yang Akan Dicapai


Dalam sehari, dapatkan satu waktu khas untuk kita membayangkan masa depan kita dalam dakwah dan akademik. Biasanya sebelum subuh, selepas solat tahajjud. Bayangkan apa yang akan kita capai dalam dakwah. Bayangkan dengan keputusan akademik yang cemerlang itu, lebih ramai mad’u yang akan kita tarik ke dalam dakwah. Bayangkan dengan teliti, di mana sahaja kita pergi semua orang mengamalkan Islam dengan syumul. Semua muslimah bertudung labuh menutup aurat. Semua muslim amat menjaga akhlaq dan berperibadi mulia. Bayangkan semuanya dengan terperinci. Lakukan dalam masa 2-3 minit. Kemudian untuk 2-3 minit seterusnya bayangkan bagaimana kita akan mencapai kesemua itu. Bayangkan bagaimana kita akan melalui sepanjang hari tersebut. Bayangkan setiap kuliah yang akan kita hadiri, wajah-wajah yang akan kita temui, buku-buku yang akan kita baca dan perasaan kita ketika melakukannya. Gambarkan. Ketika sedang membayangkan, bernafaslah dengan dalam, sambil bertekad dengan kuat di dalam hati untuk merealisasikan kesemuanya. Insya-Allah, kita akan merasai semangat itu sepanjang hari. Semakin terperinci apa yang kita bayangkan semakin bagus kesannya.



Menggunakan Ayat-Ayat Motivasi


Banyak kata-kata yang boleh digunakan untuk memotivasikan diri. Ayat-ayat Al-Quran sahaja sudah cukup untuk membuat kita bersemangat. Pilih ayat-ayat yang memberi kesan yang dalam kepada diri kita, tulis di atas kertas atau printkan daripada komputer lalu tampalkan di tempat belajar dan lain-lain tempat yang strategic seperti almari, cermin muka dan sebagainya.
Antara kata-kata yang disarankan ialah:

Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau pun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
[At-Taubah, 9 : 24]


Jika kita menghayati ayat ini nescaya dalam keadaan apapun kita akan tetap bersemangat melaksanakan jadual yang telah ditetapkan. Kita akan memahami, walaupun kita dalam keadaan letih, sakit, ataupun sibuk, kita akan tetap berusaha bersunguh-sungguh.

Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.
[Al-Baqarah, 2 : 233]


Mana mungkin kita akan malas apabila mengetahui setiap amal kita diperhatikan oleh Allah? Setiap usaha kita melawan kemalasan dan keinginan nafsu akan diberi ganjaran pahala berjihad di jalan Allah. Bersemangatlah!

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyuk dalam salatnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,
[Al-Mu’minun, 23 : 1-3]


Orang beriman akan sangat-sangat berjaya. Tetapi hanya mereka yang benar-benar beriman dan beramal dengan sifat-sifat sebenar orang beriman, iaitu menjauhi perbuatan dan perkataan yang sia-sia (lagho). “Campus life is all about dakwah and study. There’s no time to be wasted!” Manfaatkan setiap detik yang ada untuk dakwah atau belajar. Tiada yang ketiga.

Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.
[Muhammad, 47 : 7]


Yakinlah dengan janji Allah ini. Da’i adalah mereka yang berusaha bersungguh-sungguh untuk membela agama-Nya. Insya-Allah, jika kita berusaha dengan bersungguh-sungguh dengan disertai keyakinan, keikhlasan serta keimanan maka pertolongan Allah pasti datang.

BERUSAHALAH WAHAI PARA DA’I


Kesimpulannya, untuk menyeimbangkan dakwah dan study, kehendak dan disiplin yang tinggi untuk berjaya perlu diterapkan. Yang penting adalah berusaha. Allah yang menentukan. Yakinlah, Allah pasti akan menunjukkan jalan bagi mereka yang bersungguh-sungguh mencari keredhaan-Nya.


Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.
[Al-Ankabut, 29 : 69]



Wallahua’lam


Ditulis oleh Ahmad Umair b. Zulkefli

Saturday, October 11, 2008

10 Ramuan Ubat Pencuci Dosa

Hassan Basri telah bercerita bahawa suatu hari dia bersama seorang pemuda ahli ibadah berkeliling melalui jalan-jalan kecil dan beberapa pekan di negeri Basrah.

Tiba-tiba ia bertemu dengan seorang tabib yang sedang duduk diatas sebuah kerusi, di hadapannya ada beberapa orang lelaki, perempuan, dan kanak-kanak yang sedang memegang botol berisi air di tangan mereka. Setiap orang meminta tabib itu menyebutkan ramuan ubat bagi penyakit masing-masing.

Hasan Basri mara ke depan tabib itu dan berkata: Tuan tabib! Adakah tuan mempunyai ubat yang boleh mencuci dosa, serta menyembuhkan penyakit hati?".

Berkata Tabib itu: "Ya, saya ada". Lalu pemuda itu berkata: "Berilah pada saya".

Berkata Tabib itu: "Ambillah dari saya sebagai ramuannya sebanyak 10 perkara iaitu:

1. Ambil oleh mu akar kayu fakir dan akar kayu tawaduk
2. Campurkan dengan pencuci kotoran perut bernama taubat.
3. Lalu masukkan semua ke dalam lesung redha
4. Giling sampai halus dengan pengetam Qana'ah.
5. Kemudian masukkan ke dalam periuk taqwa
6. Tuangkan ke dalamnya air hayak (malu).
7. Lalu didihkan dengan api mahabbah (cinta).
8. Selepas itu pindahkan dia ke dalam mangkuk syukur
9. Kipaskan dengan kipas angin rajak (harapan).
10. Kemudian minumlah dia dengan sudu pujian.


Jika engkau perbuat semua itu, maka dia bermanfaat bagimu, untuk melindungi dirimu dari semua penyakit serta bala di dunia dan di akhirat".


"Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada
kesesatan setelah engkau beri petunjuk kepada kami." (Ali Imran :250)

Saturday, October 4, 2008

Pengembaraan rohani

(Berdasarkan pengalaman rohani sebenar)
Mengembara mengharungi hutan
mengembara merenangi lautan
mengembara mendaki pergunungan
mengembara melalui lorongan
mengembara melintasi kedurian
mengembara menjejaki warisan
mengembara menerima rintangan
mengembara menempuh dugaan
mengembara menghadapi cabaran
mengembara merasai keinsafan
mengembara membeli kehambaan
mengembara mengalir kerohanian
mengembara melazati kekhusyukan
mengembara menikmati kecintaan.

M.A.UswahS
andakan,18 Ogos 2004.
diposting oleh


M.A.Uswah di 02:09 pada 2008 Jun 26

si putih yang comel..



Assalamualikum..wbt..
Hari ini masuk syawal yang ke-12,namun bahang aidilfitri masih terasa begitu jugak dengan bahang exam yang akan muncul 2 minggu lagi.Hari raya yang lalu meninggalkan kenangan&kesan buat diri ana.semasa raya ketiga tu...lepas solat subuh, ANA terus sibuk di dapur masa tengah cuci pinggan 2 ekor kucing dalam sangkar yang besebelahan dengan singki tu mengiau dengan ana. Pada awalnya ana tak pedulikan biiarkan saj kucing tu..tapi lama-lama ana pandang ana kesian pulak. Ana sebenarnya jenis yang tak suka&takut kucing gak..tk berani nak sentuh kucing,bimbang kalau kena cakar.Lagi satu faktor wat ana tak suka sebab kucing nie pengotor..suka kencing dan berak merata-rata...Dirumah causin ana paling suka ngan kucing ,kucing berkeliaran sana sini.. tapi tak pernah pula terlintas di hati ana untuk membenci makhluk ini @ menyeksanya, kadang-kadang je ana tengking...kadang-kadang ana suka gak usik kucing kat umah tu main-main..yang malas nak layan kalau kucing tu datang dan gesel gi kaki...eeee..geli...!!!


Tapi pagi raya ke-3..tu terdetik hati ana bebaskan kucing tu..lagi satu kak nur tak da&ana kesian lihat kucing2 tu..ana sibuk wat keja ana biarkan j kucing tu berkeliaran dan main2.. aku jadi suka pula tengok..leu pas habis buat semua keja ana main-main dengan kucing tu..ana cuba beranikan diri belai badan kucing tu..lepas tu ana cuba peluk..bila da dalam dakapan ana, ada satu perasaan halus dalam hati ana..ana mula peluk&lepas tu cium kucing tu rasa..terasa sangat kasih sayang dengan kucing nie yang ana beri gelaran si putih.niela 'first time' ana peluk dan cium kucing tak pernah lagi ana buat macam nie..masa ana peluk si putih,putih diam-diam je..dia tk gerak-garak pun..dia asyik ikut ana kemana ana pegi...masa ana duduk di meja belajar dia duduk depan ana..rasa seronok pula,pastu putih jadi kawan ana bercakap..dia macam faham j apa ana cakap..barulah ana tahu apa perasaan orang yang suka kucing..kadang2 ana pelik kawan ana kucing yang kat tepi jalan pun dorang nak peluk..geli pula.TapI sekarang nie ana sedat itu lah namanya perasaan kasih dan sayang yang ada pada diri hamba-hambaNYA.Perasaan nie bukan semata-mata utk manusia tapi untuk seluruh makhluk Allah dimuka bumi ini....

Monday, September 29, 2008

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR


ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya engkau sibuk berzikir
Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
Mendayu…merayu…kepadanya-NYA TUHAN yang Satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan….sungguh khusyuk lagi tawadhu’tubuh
dan qalbu…bersatu memperhambakan diri
menghadap Rabbul Jalil…menangisi kecurangan janji
“innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil ‘alamin”
( Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku…
kuserahkan hanya kepada ALLAH tuhan seru sekelian alam)


Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu sajadi
setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan AL-Quran bakal kau dendang…
bakal kau syairkan
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih…berqiamullah…bertahajud…
mengadu…merintih…meminta belas kasih
“sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi… aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU”
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru…kita cari…suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiapkan diri…rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
dikiri dan kanan…lorong-lorang redha Ar-Rahman
Duhai Iiahi…Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
Jadikan ia Ramadhan paling berarti…paling berseri…
Menerangi kegelapan hati kami
Menyeru ke jalan menuju ridha
serta kasih sayangMu Ya IIahi
Semoga bakal mewarnai kehidupan kami disana nanti
Namun teman..
Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
Apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
Yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
Berusaha…bersedia…meminta belas-NYA
Andai benar ini Ramadhan terakhir buat ku

MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN
ditulis oleh;Rhusa


Salam Ramadhan yang terakhir..

insyaALLAH..esok merupakan hari raya aidilfitri..di akhir ramadhan ini sungguh sedihnya hati ana kerana ana sendiri xdak dapat memastikan andai ana mampu untuk bertemu dgn ramadhan yang akan datang..ana cuba menghayati sajak ini ..sebagai utk muhasabah diri,kerana sedih meninggalkan ramadhan kali ini..sungguh ramadhan tahun ini lebih berkesan dihati ana &memberi seribu erti wat diri ana.ana jugak tidak nafikan..ramdhan ana ini jugak ada yg cacat celanya..semoga ALLAH memaqbulkan segala doa-doa kita dibulan yang berkha ini,di terima amalan kita dan dihapuskan segalal dosa-dosa yang terlalu&doasa- akan datang..insyaALLAH

WALLAHU'ALAM..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR&BATIN..

Saturday, September 27, 2008

Dari seorang sahabat yang jauh..

SEORANG MUSLIMAH..Dilahirkan ke dunia ibarat sebutir permata, apabila digilap akan memancarkan kilauan cahaya,apabila diletak d tempat mulia disanjung sebagai permaisuri, apabila dibekal dengan ilmu didada menjadi cendikiawan bestari..

SEORANG MUSLIMAH.. Dikenang sebagai suri sang jejaka,menjadi ibu kepada putra putri dan menjadi pertiwi seisi buana..
insyaALLAH...(^_^)

Friday, September 26, 2008

salam..permulaan..


Salam..permulaan wat diri Ana..yang baru memulakan..blog ini. Ana mengambil masa mencari kekuatan untuk memulakan blog ini.AlhamdulilLAH..hari nie ALLAH beri kekutan tu hadir. mungkin sikap ana nie agak pelik tapi tu lah..hakikatnya.Apa yang membuat ana utk membuat blog ini adalah ana cuba memberanikan diri untuk memberi cetusan minda...dan berkongsi dengan orng lain.selain itu atas minat akan penulisan..ana jadikan.blog ini sebagai platform untuk ana memulakan..langkah.Semoga ALLAH memberkhati dalam setiap apa yang kita kerjakan...amin(^_^)