Monday, December 21, 2009

Mutiara Kata Hari Ini..



Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya." -- Imam Al-Ghazali

HARI BERSEJARAH DALAM HIDUP..(^_^)

Pada 19 oktober 2009 yang lalu aku da mengikuti majlis konvenkesyen..walau da lama berlalu tapi aku nak abadikan dalam blog ini. Aku akui pada mulanya aku tidak berminat utk mengikutinya sebab membazir duit…memang byk duit kena guna, tapi aku tak dpt mengikuti kehendak sendiri kehendakku sendiri..sebab nak jaga hati mak dan bapa untuk lihat aku naik pentas aku penuhi segala keinginan mereka.. tapi ketika konvenkesyen tu bapa tak datang sebab masalah kewangan, aku pada mulanya sedih sebab bolehnya aku nak mereka berdua yang hadir..sebab aku tahu keadaan mak dan bapa terutama bapa, yang tidak dpt menghabiskan persekolahan dan sering di kecilkkan oleh adik beradik sendiri dengan keadaannya ..namun aku berusaha buat mereka bangga kerana memiliki anak yang mampu menaiki pentas dan memakai jubah konvokesyen mengambil sijil di atas pentas. Walaupun aku bukan la cemerlang namun dgn penanugerahan ini sudah cukup membanggakan kedua ibu bapa ku.. bila ku renugn semula gambar2 semasa konvokesyen nie, Nampak seronok dan bahagia… malah aku makin semangat dan berkeyakinan utk melalui pengajian ku di utk ijazah ini, dan moga kali ini aku menharap pengajian ku ini dapat ku lalu dgn lebih berkeyakinan dan mempunyai matlamat yang lebih jelas..

Di sini ku sematkan gambar kenangan ku semasa konvokyen..



hari yang bersejarah buat diri dan keluarga ku..(^_^)

Friday, October 16, 2009

PENCARIAN....

AlhamdulilLAH..hari nie aku masih diberi nikmat islam dan iman, kuRnian ALLAH... namun berapa bangyak rate iman yang ku miliki aku sendiri tidak punya ukuran yang tepat, namun sebagai manusia yang memiliki tubuh ini.aku dapat mengukurnya hanya pada tahap yang tak accurate...

aku agak ketandusan idea nak menulis dalam blog nie, bukan xda tajuk nak disembahkan namun aku sendiri tidak tahu apa yang ku ingin katakan.. seperti juga ketika ni aku sendiri tidak tahu apa yang ku fikirkan, apa yang ku inginkan dalam ini, apa yang cari sebenarnya dalam perjalankan ku ini, apa matlamat ku dalamm pelajaranku...

aku masih mencari semua itu..dan ada kalnya aku hilang dalam mencari... tapi pada ketika nie aku cuba mencari sesuatu yang mungkin hilang atau pun yang belum pernah ku nikmati lagi dan membuatku mencarinya...

AKU INGIN MENCARI CINTA...cinta siapa?
cinta seorang yang mencintai ALLAH dari apa yang dimilikny,
cinta seorang yang mencintai RASUL ALLAH, menjadi ikutan dan contoh teladan dirinya,
cinta seorang yang mencintai Ibu Bapanya..untuk mengapaci REDHA ALLAH dalam hidupnya...
cinta seorang yang mencintai agama ISLAM dan cintanya untuk mengakkan agama ALLAH SWT...
cinta seorang yang boleh mencintai diri ku dan mengajak ku untuk mencintai ALLAH SWT lebih dari segala2 yang ada di atas muka bumi ini...

Namun bagaimana dengan diriku...adakah ku jugak telah meletakkan syarat ini dalam diriku...
YA...aku meletakkan suma ini dalam diriku..namun aku tersedar dalam perjalan ini meletkkan syarat2 cinta ini aku tersungkur.. agak terlewat untuk ku mengenali erti cinta dan kasih pada NYA...
Namun takkan ku biarkan diri ini putus asa untuk mengapainya semula..andai aku tersungkur aku ku cuba sedaya dan teguh mungkin untuk bangkit..
Namun ku manisia biasa dan aku..aku sedar aku tak mampu melakukannya sendiri..

Dalam pencarian ini aku bimbang andai aku tersesat dan tidak bertemu jalan pulang..
Dalam pencarian ini juga aku bimbang andai hati ku tertutup untuk cinta RABBI..
Biar la ku tidak mengapai cinta seseorang manusia asalkam aku kecapi cinta ALLAH SWT..

CINTA kepadaNYA mengajak aku untuk mencintai segala apa yang telah dikurniakanNYA yang kepadaku...
Pada ketika ini aku ibarat manusia yang hilang cinta,aku ibarat manusia ditenagah laut yang tersesat dan layar yang rosak...aku terasa sunyi dan terasing, terasa ibarat pokok yang tidak ada akar.ibarat layang-layang putus tali. ibarat benang tidak ada jarum...
Aku ingin mencari jalan pulang dan mencari desitani ku yang sebenar tapi pada siap tempat ku perpaut, pada siapa tempat ku mengadu...hanya pada ALLAH...
kenapa tiada teman.kenapa tiada rakan.kenapa tiada sahabat2..yang bisa menolong ku untuk mencari jalan pulang untuk ku..kenapa tiada siapa yang bisa menjadi penunjuk arah ku pulan...YA ALLAH...aku lemah ketika nie YA ALLAH...aku ingin mencari cintamu sebagai pendinding hati ku ini..
aku tidak mampu untuk teguh berdiri lagi..YA ALLAH TOLONG HAMBA MU ini..dalam pencarian ku dan menggapai cinta yang hakiki..dari cinta MU...

Sunday, October 4, 2009

Lemahnya Aku.....

Lemah sangat ku rasa ketika nie..seperti aku ingin berendam dengan air mata..yang tak bermankna. kenapa tak bermakna?..kerana ini hanya perasaan sementara lepas da tu aku akan lalai dan leka semula...
Aku baru saja habis test.. pagi dan petang. esok ada lagi, rabu..dan setertusnya hari sabtu.. rasa macam nak tercabut saja jantungku lihat jadual test yng begitu padat ditambah dengan assingment dan final exam yag makin dekat..masyaALLAH...masa tu da makin dekat apa persediaanku untuk final nie....
Test tadi pun tak leh nak buat sangat,,sebab persediaan untuk hadapinya ibarat telur dihujung tanduk..macam mana dengan test sterunya dan final exam akan datang..masyaALLAH lemahnya aku nak melawan nafsu dan kelalaiku... aku lemah sanga aku da rasa macam nak melayang aku makin takut..bagaiamana harus aku ubah diriku dan pimpin jiwa ku nie agar lebih teratur dan terancang... cemburu ku pada teman2 yang begitu confident utk menduduki test.. yang aku lesu dan longlai sebab banyak sangat tak cover.. aku perlukan sesuatu utk pempin diriku ini kearah yang lebih teratur..aku tak larat dan tak sanggup lihat keaadaan ku yang makin lemah ini..

YA ALLAH bantu la HAMBA-MU ini..
pimpin la aku YA ALLAH...
aku memerlukan seseorang untuk pandu diri ku ini...
tunjukkan la aku YA ALLAH...
aku tidak ingin menjadi muslimah yang lemah..
muslimah yang jauh dari petunjuk MU....
pada-MU ku mengharap dan mendambakan pertolongan
agar ada pintu dan ruang untuk ku mencari kekuatan
dan bangkit dari kelemahan ku ini....(-_-)

Sunday, September 27, 2009

pengalaman RAYA kat KELANTAN...

Salam alaiykh...
pukul 2.45 pagi sampai kat kampus... masuk dari pintu pagar kena tulis nama sebab balik lewat.. perjalan jauh sangat.. 12 jam perjalan sebab jalan jem..orang ramai da berpusu untuk balik semula kekota...
walaupun ana tak balik kekampung halaman sendiri untuk beraya namun ana dapat merasai suasana itu..ingatkan ana akan teperuk di hostel sepanjang cuti raya.. Alhamdulillah...ada sahabat yang sudi tumpangkan ana balik kelantan untuk menuju kerumah sepupu ana di sana.. sebabnya ana tak merancang nak keman2 raya nie..tiket xbeli la...tapi hujung2 tu nak juga gi kelantan. sebab memeng teringin sanagat nak gi sana, nak lihat negeri yang ,mempunyai pengaruh islakm yang kuat... maklum la ana dibesarkan dalam suasana yang berbeza jadi keadaan macam nie membuat ana terujah teringin nak melihatnya...
AlHAMDULILLAH...beraya kat sana memberi memory baru dalam diri ana, dan juga mencipta sejarah kehidupan ana beraya di tanah melayu...
suasana beraya kat sana begitu seronok..tak seperti yang ana dengar sebelum nie dari kawan2..bagi ana cukup meriah berbanding masa ana di tanah borneo.. itu bagi pengalaman hidup ana sendiri..
pape opun setiap orang punya pandangan dan perasaan sendiri untuk menialainya...

banyak nak cerita..namun biar la ana simpan cerita nie bila ada masa sesuai untuk update pengalaman raya di kelantan.. sebabnya minggu nie banayak sanagat assingmnt dan test yang ana kena lalui..balik raya hari tu bawah buku untuk beratkan keretga je.. nota tak habais baca assingmnt xstart lagu..masyaALLAH,kena kerja keras lepas nie...(-_-)...(*-*)...

Wednesday, September 9, 2009

Andai Ini Ramadhan TERAKHIR...


wahai dikau...renunglah engkau akan nasib diri
wahai qalbu...sedarkah engkau akan gerak hati
wahai aqal...terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi
andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali
buatmu sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
kematian...adalah sesuatu yang pasti
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
biarpun anak tekak kering kehausan air
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjai...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri
mengadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau persiakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dipersia begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan pesta-pestaan
berterawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
oleh itu duhai Ilahi...kasihanilah daku hamba-MU ini
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupai mereka yang tersayang
ayuh ke mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih berkat dari seribu bulan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal bersedia batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ..lorong-lorong redha Ar-Rahman
duhai Ilahi...

Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati-hati kami
menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasihsayang mu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
namun saudara...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
samada Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali
hanya yang termampu bagi seorang hamba itu
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA
andai benar ini Ramadhan terakhir buat

WAHAI DIRI

>wahai dikau...renunglah engkau akan nasib diri
wahai qalbu...sedarkah engkau akan gerak hati
wahai aqal...terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi
andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali
buatmu sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
kematian...adalah sesuatu yang pasti
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
biarpun anak tekak kering kehausan air
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjai...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri
mengadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau persiakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dipersia begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan pesta-pestaan
berterawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
oleh itu duhai Ilahi...kasihanilah daku hamba-MU ini
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupai mereka yang tersayang
ayuh ke mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih berkat dari seribu bulan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal bersedia batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ..lorong-lorong redha Ar-Rahman
duhai Ilahi...

Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati-hati kami
menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasihsayang mu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
namun saudara...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
samada Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali
hanya yang termampu bagi seorang hamba itu
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA
andai benar ini Ramadhan terakhir buat

Friday, August 28, 2009

RAMADHAN AL-MUBARAK.....

Assalamualaikum..wbt...

Sudah 2 minggu ramadhan berlalu... AlhamdulilLAH.. Allah masih memberi aku nikmat utk menikmati ramdhan pada tahun ini..tahun hadapan tidak pasti lagi.. aku berharap insyaALLAH tahun nie aku punya ruang dan kesempatan agar ramadhan yg ku lalui kali ini adalah lebih baik dari tahun sebelumnya...
3 tahun yang lepas aku menghabiskan masa ramadhan dan hari raya ku di sarawak kali nie aku bertukar angin pula..di shah alam.Di tempat berbeza dan memberi suasana berbeza.. terutama makanan dan rakan2 di sekeliling, walaupun masih ada rakan yang setia namun keadaan telah berubah dan da berlalu, tetapi ia tetap memberi seribu makna dan cerita yang berbeza... dan semua ini akan sentiasa segar di ingatan.

terlalu lama juga ku meninggalkan teratak ini.. bukan aku kontang utk menhiasinya namun waktu tidak mengizinkan ku dan terhadnya waktu yang ada memyebabkan aku hanya mampu melawat buat seketika waktu...

walaupun tiada pengisian dapat kuberikan sepenuhnya di teratak ini..kerana aku sedar betapa kerdilnya diri ku dan masih tidak mampu untuk pergi jauh di dalam arus kehidupan ini..masih banyak yang perlu ku pelajari dan dalami sebelum aku melangkau jauh dalam memberi idea dan cetusan minda yang mantap dan bermanfaat...

Walau apa pun..suma ini atas ketentuan ALLAH...dan aku perlu banyak berusaha dan belajar lagi...Di bulan RAMADHAN yang mulia ini semoga ALLAH memberi aku keberkhatan waktu, mengisinya dengan pelbagai

Wednesday, August 5, 2009

perjalanan yang panjang....

minggu nie sudah minggu ke-4 aku...menjalani kehidupan di sini. manakala suda 3 minggu aku mengikuti kuliah..walaupun baru j 3 minggu tapi aku da mula merasakan kesibukan menuntut di sini..aku kena pandai menyesuaikan diri dan masa ku disini dengan sebaiknya jika tidak aku kan ketinggalan kerna perjalanan ku di sini masih panjang...

Perjalan yang masih panjang...dan aku masih di permulaan garisan, banyak laluan dan rintangan yang aku perlu tempuhi lagi dan masih terlalu banyak..apa yang ku hadapi ini masih sedikit..kekuatan diri ini prlu ku pasakkan sepenuhnya agak aku tidak terhenti di pertengahan dan untuk berpatah balik itu tidak mungkin, sekali aku mula biarlah ter saja hingga kegarisan penamat. namun mamou ka aku sampai kegaisan itu...insyaALLAH...aku mampu untk menempuhi dan melaluinya...

Masa cuti mid-sem minggu lepas...xbanyak aktiviti dan kerja yang dapat kusiapkan sebab cuti tu aku sakit demam,dan batuk yang agak teruk...aku hanya terperuk di rumah sewa sepupu, makan dan tidur saja kerja ku... dan balik semula kekolej masa hari sabtu dan ahad tu baru dapat keluar beli barang.

Aapa pun jenis kehidupan yang di lalui oleh setiap manusia di atas muka bumi ALLAH di muka bumi ini..adalah merupakan salah satu liku dan persimpangan menuju destinasi yang sebenar dan kehidupan yang sebenar di akhirat kelak.. sesiapa yang sedar dan tahu destinasi yang sebenarnya,akan berusaha untuk mennikmati dan mendapatkan bekalan yang secukupnya untuk sampai kedestinasi itu jika tidak.. mungkin akan tersekat dan tengh jalan...
Semoga diri ku dapat melalui dan menempuhi perjalan menuju hakiki dengan sabar dan tawakal...begitu juga dengan perjalanan ku dalam mencari ilmu dunia dan akhirat ini... semoga ianya dan ku hadapi dengan tabah..insyaALLAH....

PERANTAU DI BUMI TUHAN DN MENGEMBARA DI LAUTAN ILMU....

Sunday, July 26, 2009

Permulaan Baru

AlhamdulilLAH...kini aku da di terbangkan kebumi shah alam...
tak sangka ALLAH memberi ruang buat ku utk meneruskan pengajian ke peringkat ijazah...
hari khamis(9/07/09) baru sampai sini.. kat uitm dan jumaat tu baru daTang daftar...
sebelum bertolak ke semenanjung tempoh hari.. aku agak gementar dan rasa macam-macam,takut bimbang dan macam-macam lagi la..kerana terbayang pelbagai gambaran di minda ku...apa lagi pesanan dari abang yang buat ku makin risau..kata abang kat sana tu akan tempuhi banyak cabaran dan perlu berhati-hati pada sesiapa saja, kata abang kit kan jumpa pelbagai jenis manusia, salah satunya manusia yang bertopengkan binatang...erm..ini sebelum aku bertolak ke semenanjung.rasa gementar dan takut nie juga adalah sebab ini la kali pertama akau menjejakaan kaki ku ketanah ASIA..yang luas ini...

Sesampaiku di shah alam...keadaan cuaca adalah tidak baik, berjerebu.. batuk ku yang da kering datang semula.. semasa hari pendaftaran tu memang agak penat la..sebab kena pegi setiap tempat utk pendaftaran..erm nie la akibatnyua klu tak ikut peraturan yang ditetapka...(^_^). suruh daftar hari yang ditetapkan...suka-suka daftar ikut kehendak sendiri..yang sakitnya daban sendiri la. cuaca agak kering dan panas aku rasa macam taklarat jak masa petang tu nak 'settle' kan bahagian ambil gambar utk kad pelajar dan ketua program... ALHAMDULILLAH juga semuanya settle hari tu jgk.insyaALLAH hari isnin ku da boleh masuk kelas.. dengan aman..(^_^)

Memandangkan aku masih tak dapat hostel jadi,ku duduk sementara di rumah sepupu ku.. alhamdulilLAH la dia ada kat sini.... pape hal dia dapat tolong ku, walaupun aku nie jenis independent namun aku tak dapat nak menolak adakalanya kita perlukan jugak sesorang untuk membantu, kerana aku sendiri tak mampu utk melakukannya seorang diri...walaupun sebelum nie tak berapa akrab dan agak kurang bergaul namun sape tahu ini perancangan ALLAH, dalam keadaan nie lah mengeratkan lagi tali persaudaraan kami...menjadikan kami saling mengenali dan memahami...(^_^)

hari pertama ke kelas agak gementar jugak kerana aku kini belajar di satu tingkat yang tinggi lagi..dan sudah semestinya caorak dan cara pembelajaran jugak berlainan dari yang sebelumnya..dan dalam masa yang sama mentaliti diri jugak perlu di ubah kearah yang lebih baik dan meletakkan matlamat yang lebih lagi..
awal pagi lagi aku dan sepupu da berangkat dari rumah supaya dapat naik bas awal dan tak perlu berebut...erm kehidupan yang amat menarik bagi ku.. sebab masa kat kampus sarawak dulu sumanya begitu mudah.. tak perlu berebut bagun pagi sebab fakulti dengan kolej dekat j.. jalan kaki j...kadang- kadang turun dari bilik tepat2 masa da start kelas..(^_^).. memang kehidupan nie berbeza dan lebih mencabar... alhamdulilLAH perjalan hidup ku di minggu pertama di kampus nie..tidak ada masalah sumanya berjalan lancar cuma ada certain perkara la lagi menyibukkan aku, iatitu penguruskan pinjaman..terpaksa ponteng satu kelas...

pada hujung minggu, hari sabtu aku menhadairi modul 1 kat kampus nie, program dia agak menarik sbb dalam modul nie la aku lebih mengenali rakan-rakan sekelas. sebab walaupun suda seminggu tapi masih tak kenal dan beramah mesra... dalam modul nie la kamik saling mengenali dan bekerjasama. seperti sedia maklum bidang ku nie adalah di peloporih oelh kaum adam dan hanya segelintir kaum hawa mberkecimpung namun ALHAMDULILLAH la...kali nie student perempuan agak ramai berbanding group lain.. yang ada 2 dan 3 orang sahaja..(^_^)..pelajar dalam kelas ku nie adalah dari lepas diploma dari kampus dungun dan pulau pinang..dan seperti biasa la pada permulaannya memang agak berpuak-puak..ikut kampus masing2...tapi insyaALLAH lama-lama nnt makin saling bermesra juga...(^_^)..

pengajian sem nie baru saja di buka dalam 3 minggu, namun disebabkan penularan HINI, di kampus melaka, dungun dan pulau pinang.. seluruh kampus di awalkan cuti mid-sem dan kemungkinan cuti raya akan di kurangkan..hukhuk..sedihnya...raya cuti sekejap j, tapi aku nie tak pasti juga dpt blk k x..(&_&).. tiket mahal... nie pun dah bankrupt da...(*_*)... mungkin cuti nie ada hikmahnya.. dimana memberi aku ruang utk mengunkangkaji pelajaran yang da tertinggal dan ini jugak memberi aku ruang utk memahami lagi subjek yang masih kurang utk aku tangkap masa di kelas..insyaALLAH aku cuba sedaya mungkin mengisi masa-masa cuti ku ini...tanpa membazir dengan perkara sia-sia...(^_^)...WALLAHU'ALAM...

"HAPPY HOLIDAY.. FOR ALL MY FREN...."

Thursday, June 25, 2009

Selamat Jalan......

Lambaian tangan ku laju,di ikut air mata yang deras mengalir pada sahabat yang telah beransur-ansur pulang.."Selamat jalan,semoga kita berjumpa lagi..insyaALLAH..", "eleok-elok jalan,jaga diri..kalau da sampai nnt bagitau la", "jagan lupa mesej aku selalu ye.." sambil bersalam dan berpelukkan dengan sahabat-sahabat yang ingin kembali kekampung halaman...kata-kata ini menjadi pengiring utk teman2 yg akan bercuti semester dan teman-teman akan meninggalkan kampus sarawak ini...
setiap hari, seorang demi seorang sahabat yg balik..sal balik hari ahad utk urus degree,kemudian mas balik hari selasa lepas test utk dapat lesen nurse dan hari nie nurul,sbb dia da habis test kelmarin..dan sekarang tinggal aku sorang2 kat bilik nie...walaupun ku xda tunjuk muka sedih..namun hati ku tak dapat menipu keadaan ku yang sunyi kesorangan di bilkik tanpa teman, ini mengingatkan aku dengan lagu UNIC-DIATAS NAMA CINTA..aku amik sepotong lirik lagu nie( biar sendiri hingga hujung nyawa, asal tak sepi dari kasihnya..) lirik nie beri kekutan utk dan keyakinan bahawa walaupun tiada teman disisi tapi ada yang setia menemani dan bersama ku iaitu AL-KHALIK...sesungguhnya ALLAH itu sentiasa bersama ku.. cuma aku saj yang kadangkala lupa dan tidak sedar dengan ini semua....pape pun aku juga akan meninggalkan kampus nie buat sekian kalinya, setelah ssetahun bertapa tak balik sabah..akhirnya aku akan meninggalkan Bumi Kenyalang ini, dan entah lah bila baru dapat datang semula kesini... walaupun jauh dari mata namun segala memory di sini tak kan pernah padam..insyaALLAH...(^_^)...

Thursday, June 18, 2009

Diam itu BERSALAH...

"kenak diam Dayang,sebab nyah SALAH la yah.." seorang teman sekerja yang mengenakan aku selepas sedikit pertelingkahan kecil antara kami dan seorang lagi teman dia. sememangnya aku agak kasar bila bercakap atau behadapan dengan muslimin nie.. aku tak leh nak elak dia atau teman dia..ada saja agenda mereka membuat ketika kerja yang mrnjadikan aku sering bertelingkah..sememangnya aku tak akan menyerah kala andai apa yang dia katakan..erm mungkin satu sikap ku yg agar degil. kadang2 aku lebih suka menyendiri dan menjauhkan diri dari orng agar tak menjadi mangsa cakap lepas ku... kerna diam itu lebih baik dari terus cakap pasti akan lebih banyak kesilapan. sejak result degree kuar..mood ku agar merundum...aku jadi hilang kawalan perasaan utk tidak melibatkan orang lain aku bawa diri dan mendiamkan diri even bila duduk dengan kawan. aku binggun degan resukt yang kuar..alhamdulilLAH...ALLAH beri aku tempat utk meneruskan pengajian..namun aku belum pasti ada ka rezeki ku untuk meneruskan pengajian ku... sumanya ku sandarkan pada ILAHI....sukar utk diungkai masa akan datang masih rahsia dan misteri...yang penting doa dan tawakal...insyaALLAH...

diam ku punya sebab dan tersirat...xdapat nak diungkap, biar ALLAH saja yang mengetahui dan mendengarnya..namun sebagai manusia aku tak lari memerlukan seseorang untku ku bercerita dan meluahkan kantung dada ku yang sarat ini...blog nie menjadi mangsa muntah dan isi kandung kantung dada ku....
Sesungguhnya suma manusia itu akan di uji, tapi dengan tingkat ujian yang berbeza-beza...

Diam ku juga...kerna ingin mengurangkan dan andai dapat nak buat perubahan diri gak..xnak jadi kuat cakap atau byk songeh...(^_^)

insyaALLAH..semoga aku berjaya gak kawal sikap ku yang satu nie...

Wednesday, June 17, 2009

Di Luah Mati MAK Di Telan Mati BAPA..

Ungkapan kata2 orang melayu..dulu penuh dgn kata2 kiasan,tersirat dan penuh berhikmah. Kadang terasa ingin kembalikezaman ini untuk mempelajari kelembutan dan kehalusan bahasa melayu zaman dulu..tgk saja cerita hitam putih...puisi dan syair serta gurindam melayu itu begitu mengasyikkan...sampai leuk lentok...(^_^)..
ada ka bahasa ini akan tetap menjadi ingatan dan sanjungan pada 10,20,30,40 dan sterunya tahun akan datang? atau ia menjadi satu ia menjadi bahan ejekan dan ketawa oleh generasi depan?..wallahu'alam.. ana sendiri xdapat nak buat tafsiran. Apa yang ana harapakan semoga kehalusan bahasa melayu ini akan terpelihara...kerana dari sini lah perkembangan bahasa Malaysia pada masakini..walaupun bahasa inggeris telah menjadi salah satu pilihan masyarakat, ana berharap... dengan penjagaan bahasa melayu ini ia akan dapat mengekalkan budaya melayu..kerana andai ia pupus maka budaya hidup melayu dan islam itu akan pupus juga...
Secara logik akalnya apa yang berlaku pada remaja terutama masyarakat melayu amnya.. dengan kemasukkan bahasa asing, maka remaja juga mula mencari rujukakan dan panduan memlalui warga asing.. secara tidak langsung budaya mereka juga menjadi ikutan dan panduan...
Apa pun ia bergantung kepada iman dan diri individu itu sendiri kerana setiap orang berbeza pandangan,fikiran dan cara meraka bertindak...

Ilmu yang ALLAH kurniakan kepada manusia juga semakin berkembang dan menuju kehadapan...namun ilmu yang terdahulu masih menjadi rujukan dan telahaan kerana ia merupakan sumber ilham manusia utk mencapai sesuati ilmu yang lebih luas..dan sebagai orang islam kita yakin bahawasanya ilmu itu adalah di ilhamkan oleh ALLAH SWT, kepada manusia...

p/s Apa yang ana katakan ini hanya lah halwa telinga dan cetusan yang spontan dari akal yang ALLAH anugarahkan ini..utk mengajak diri ini agar lebih berfikir..(^_^)

*************************************************************************************
Tajuk yang ana utarakan nie,sebenarnya adalah nak buat luahan hati melalui kiasan..tentang keadaan ana ketika ini... ibarat klu buat menda nie akan melukakan orng lain dan klu tak memberi kesakitan pada diri...(T_T)...

Beberapa hari nie mood ana tak berapa elok..sejak hari isnin... mula2 tuk ana rasa sedih..sedih sebab rasa terpinggir oleh sahabat sendiri, rakan sekerja,orang yang berada dsekeliling.. keadaan nie membawa ana lebih byk mendiamkan diri dan buat hal sendiri, malas mau kisah orang lain walaupun dalam hati sedih sebab di buat begini... kenapa?..ada kah sebab ana lain dari mereka,tak sporting,tak enjoy dan adakah sebab ana punya pegangan kuat dari mereka...? biar la apa pun yang terjadi,ana berusaha untk husnuzon.. biar la ana sendiri, kerna ana yakin ALLAH itu sentiasa disisi( teringat lagu IN-TEAM- DIATAS NAMA CINTA)...

Walaupun ada perasan sedih kerana disisikan, namun ana bersyukur juga sebab dengan apa yang terjadi ini menjadikan ana mula dekat semula dengan ALLAH SWT...menjadikan ana mula mengingati ALLAH...mungkin nie sebab ALLAH jadikan perkara ini...supaya ana kembali sedar apa yang telah ana lupakan dan tinggalkan...

Lepas kejadian nie...makin bertambah pula dugaan yang datang.. bila result kemasukan degree keluar ana menjadi tambah binggung, lepas tu..didatangkan pula dgn kesihatan yang tak elok sejak malam selasa...lepas solat maghrib ana tidur, sebab tak tahan dengan denyutan sakit kepala dan badan yang mula panas...AlhamduliLLAH kawan sebilik kejutkan pukul 10 malam tuk makan,tapi tak da selera..bagun tu terus solat isyak...
kesakitan nie bercampur dengan masalah sambung degree dan masalah keluarga yang makin menguji diri ini..

Dari kelmarin juga ana cuba hubungi mak, sbb sebolehnya biar family dulu yang tahu mengenai keputusan nie....apa pun tindakakn yang perlu di ambil seterusnya da mendapat pengizinan dari keluarga..namun apa daya andai ALLAH da tetapkan apa yg berlaku...mak tak dapat dihubungi..then ana masih binggung tuk buat keputusan sekarang..ditambah lagi adik yang minta tolong untuk supaya bantu dia dalam pelajaran.. buat ana tak tahu da mau letak apa dlm kotak fikiran nie..ibarat pepatah melayu DITELAN MATI MAK DIBUANG MATI BAPA...

Jika ana buat keputusan utk sambung belajar, akan menambah beban mak dan menyebabkan keadaan ekonomi keluarga meruncing dan adik sedih sebab tak ada orng nak tolong untuk study... Klu ana tak terima,ana akn mengecewakan mak dan family yang ingin ana meneruskan pengajian hingga habis..walaupun mereka sendiri tidak memaksa dan menyokong setiap keputusan dan tindakan ana, namun ketika nie ana perlu sangat pandangan dan kata dari mereka untuk ana buat keputusan...sedih sangat tak tahu nak cakap apa..

Ana menjadi tambah sedih ketika nie seorang sahabat yang ada bersama2 saya ketika nie pun mendapat tawaran,dia tengah sibuk mengurus kemasukkan dan mungkin minggalakan kerja dan ana lebih awal..adakalanya ana cemburu dan dengan dia,dengan kehidupan dan family dia yang amat mengambil berat dan memberi sokongan dalam pelajaran dia... berbanding ana..mungkin klu dulu mas ana masih sekolah..memang mak yang banyak berusaha..namun sejak ana berada di universiti ana kena berusaha dan menanggung kehidupan sendiri...suma nya kena usaha dan urus sendiri,sedih sangat.. namun ana redha apa yang berlaku walaupun adakalanya begitu sakit utk menelan dan melalui kehidupan ini...harapan yang diinginkan dari diri ana terlalu tinggi namun dorongan yang ana harapkan dari mereka..begitu sepi dan adakala macam angin lalu, ana merasa sangat lemah..terasa ingin saja di jadikan burung..utk terbang bebas dan sentiasa menjadi makhluk ALLAH yg sentiasa berzikir...semua ini atas kekuasaan ALLAH di atur semuanya untku hambanya... dan padanya juga aku berserah kembali...setiap ujian nie adalah mengikut kesangguppan hamba-hambanya..(2:286)

Ya ALLAH kuatkan hati hamba-MU ini, dalam melalui mehna yang telah ENGKAU turunkan kepadaku.. ENGKAU berilah kekuatan dan ketabahan serta kesabaran pada ana utk melalui segala dugaan dan ujian MU ini...
"sesungguhnya dalam kesulitan ada kesenangan"
(94:6)...

Sunday, June 14, 2009

'7M' PERLU PADA WANITA




seseorang wanita perlu memiliki
kualiti "7M" :-

Musyarakah – seseorang wanita itu
yakin bahawa dirinya memang mempunyai kecantikan tersendiri

Murakabah – mereka menerima dengan insaf dan syukur keadaan diri sendiri

Muhasabah – sentiasa melihat kekurangan diri dan memperbetulkannya

Muakobah – sentiasa mendidik diri agar berusaha menjadi wanita yang sempurna

Muqarrabah – sentiasa mendekatkan diri dengan Allah s.w.t

Mujahadah – berusaha melawan segala bentuk hawa nafsu yang cuba menguasai diri

Muarabah – cuba menghakis segala kejahatan yang ada dalam diri


****************************************
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:-

"Tujuh macam orang yang bakal dinaungi Allah di bawah naunganNya pada
hari
di mana tidak ada naungan kecuali naungan Allah; imam (pemimpin /ketua)
yang adil, pemuda yag tetap taat beribadat kepada Allah swt, seorang
yang
hatinya selalu bergantung kepada masjid (iaitu memerhatikan waktu solat
berjemaah di masjid), dua orang yang berkasih sayang semata-mata kerana
Allah baik ketika bertemu atau berpisah, seorang lelaki yang diajak
berzina
oleh wanita bangsawan yang cantik tetapi ia menolak dengan berkata,
"Aku
takut kepada Allah", seseorang yang bersedekah dirahsiakan sehingga
tidak
diketahui oleh kiri apa yang dilakukan oleh kanannya, seseorang yang
berzikir ingat kepada Allah bersendirian sehingga bercucuran
airmatanya."

(Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim).

ALHAMDULILLAH DA TAMAT....

11hb JUN 2009... aku ucapankan syukur setelah menatap slip result yg tepampang di skrin laptop ku...kira-kira dalam 11.30 malam,ketika tu sahabat dlm bilik da tidur dibui mimpi...klu blh tak nak kecoh result yg tak seberapa ini...

Walaupun da menduga akan grade on time,namun perasaan gelisah,risau dan takut ketika menunggu result tetap tebal..(^_^)... dan akhirnya keputusan yang pasti terpampang dan baru hilang suma perasaan tu kerana terjawab juga kesudahan hidupku di semester terakhir ini..namun perasaan kecewa dan berbaur sedih muncul pula dgn keputusan yg agak menyedihkan di akhir semester..tapi hati ini tetap REDHA kepada ALLAH SWT..kerana aku yakin apa yg terjadi nie ada hikmahnya..supaya aku lebih muhasabah diri dan melihat kembali kesilapan-kesilapan dan juga kelalaian ku sendiri, agar boleh ku perbaiki di masa akan datang...

Dengan keputusan result yang da keluar nie, maknanya terjawab sudah segala persoalan dan pertanyaan pada diri..selain rasa sedih dengan result..aku lebih sedih utk meninggalkan Bumi Kenyalang ini...terlalu banyak memory dan kenangan yang tercipta di sini. Kerana apa? kerana disini la ku mengenal apa itu ISLAM...disini la ku mengenal erti ukhwah fillah...kerana disini la..aku mula mengenali dan medekatkan diri pencipta ku ALLAH AZZA WAJALLA......

Rasa baru saja aku melangkah kesini semasa sem -1 datang sorang2 naik flight(firt time naik)..kini setelah 3 tahun..aku kan meninggalkan bumi kenyalang nie, sepinya ku rasa...aku kan merindui sahabat2 dan kenangan yang indah disini... sesungguhnya lakaran kehidupan ku lebih bermakna dan penuh pengisian ketika sini.. semoga apa yang telah ku perolehi disini dapat ku manfaatkan dan aplikasikan bila sudah kembali ke kampung halamaan ku..insyaALLAH..

Perancangan kehidupan ku yang seterusnya, masih belum dapat dikenal pasti kerana.. aku sendiri belum dapat bertindak pape.. sambung belajar atau tidak masih dalam pertimbangan..bila sahabat2 bertanya tentang perancangan ku utk sambung study..xda kata yang terucap kerana semuanya masih terawang-awang dan dalam perancangan... jawapan yang pasti bila aku da balik ke kampung halaman ku... jumpa mak dan bapa, adik-adikku dan keluarga yang kucintai...(^_^)...rindu kalain semua,tunggu aku disini..yek.

insyaALLAH..tak sabar balik umah,tiket flight da pilih tinggal beli jak, banyak benda nak buat bila balik nie,da banyak perancangan di atur bila balik kampung..soal sambung study insyaALLAH..keputusannya selapas ini..(^_^)

Saturday, June 6, 2009

Untaian Doa Sang Perindu Nikah

Salam alaiykh...untaian doa sang perindu nikah ini ana post bagi kesinambungan untuk artikel TINTA BUAT BAKAL SUAMI KU..(^_^).Namun untaian ini dalam versi INDONESIA kerana ana copypaste dari laman seorang teman dari seberang,ini dong..!!! [LINK]....
*************************************************************************************

Untuk Para Akhwat... Mari kita Aminkan Doa ini bersama-sama
Untuk Para Ikhwan....Dengarlah Doa Para Akhwat yang sangat
merindukan datangnya seorang pendamping hidup dalam berdakwah.


Ya Allah ........
Aku berdo'a untuk seorang pria yang akan menjadi
bagian dari hidupku
Seseorang yang sungguh mencintaiMu lebih dari
segala sesuatu
Seorang pria yang akan meletakkanku pada posisi
kedua di hatinya setelah Engkau
Seorang pria yang hidup bukan untuk dirinya
sendiri tetapi untukMu

Wajah tampan dan daya tarik fisik bagiku tidaklah
penting
Yang terpenting adalah sebuah hati yang sungguh
mencintai dan dekat dengan Engkau , ya Allah
dan berusaha menjadikan sifat-sifatMu ada pada
dirinya
Dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk
apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia

Seseorang yang memiliki hati yang bijak tidak
hanya otak yang cerdas
Seorang pria yang tidak hanya mencintaiku tapi
juga menghormatiku
Seorang pria yang tidak hanya memujaku tetapi
juga dapat menasihatiku ketika aku berbuat salah
Seseorang yang mencintaiku bukan karena
kecantikanku tapi karena hatiku
Seorang pria yang dapat menjadi sahabat
terbaikku dalam setiap waktu dan situasi
Seseorang yang dapat membuatku merasa
sebagai seorang wanita ketika aku di sisinya

Ya Allah....
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna
namun aku meminta seseorang yang tidak
sempurna,
sehingga aku dapat membuatnya sempurna di
mataMu
Seorang pria yang membutuhkan dukunganku
sebagai peneguh di jalan dakwah
Seorang pria yang membutuhkan doaku untuk
kehidupannya
Seseorang yang membutuhkan senyumku untuk
mengatasi segala kesedihannya
Seseorang yang membutuhkan diriku untuk
membuat hidupnya menjadi sempurna

ya Allah....
Aku juga meminta,
Buatlah aku menjadi wanita yang dapat
membuatnya bangga
Berikan aku hati yang sungguh mencintaiMu
sehingga aku dapat mencintainya dengan sekedar
cintaku

Berikanlah sifat yang lembut sehingga
kecantikanku datang dariMu
Berikanlah aku tangan sehingga aku selalu
mampu berdoa untuknya
Berikanlah aku penglihatan sehingga aku dapat
melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk
dalam dirinya
Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata
bijaksana,
mampu memberikan semangat serta
mendukungnya setiap saat dan tersenyum untuk
dirinya setiap pagi

Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku
berharap kami berdua dapat mengatakan:
"Betapa Maha Besarnya Engkau karena telah
memberikan kepadaku pasangan yang dapat
membuat hidupku menjadi sempurna."

Aku mengetahui bahwa Engkau ingin kami
bertemu pada waktu yang tepat
Dan Engkau akan membuat segala sesuatunya
indah pada waktu yang telah Engkau tentukan
Amin....





*************************************************************************************

Untuk Para Ikhwan Mari Aminkan Do'a berikut ini...
Untuk Para Akhwat Dengarkanlah Do'a Para Ikhwan Yg juga menanti pendamping Dirinya...



Aku berdoa untuk seorang wanita yang akan
menjadi bagian dari hidupku
Seseorang yang sangat mencintaiMu lebih
dari segala sesuatu
Seorang yang akan meletakkanku pada
posisi di hatinya setelah Engkau dan
Muhammad
Seseorang yang hidup bukan untuk dirinya
sendiri, tapi juga untuk-Mu dan orang lain

Wajah, fisik, status atau harta tidaklah penting
Yang terpenting adalah hati yang sungguh
mencintai dan dekat dengan Engkau
Dan berusaha menjadikan sifat-sifat baikMu
ada pada pribadinya
Dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan
untuk apa ia hidup
Sehingga hidupnya tidak sia-sia

Seseorang yang memiliki hati yang bijak,
tidak hanya otak yang cerdas
Seseorang yang tidak hanya mencintaiku tapi
juga menghormatiku
Seorang yang tidak hanya memujaku tetapi
juga dapat menasehatiku
Seseorang yang mencintaiku bukan karena
fisikku, hartaku atau statusku tapi karena
Engkau

Seorang yang dapat menjadi sahabat
terbaikku dalam setiap waktu dan situasi
Seseorang yang membuatku merasa
sebagai lelaki tangguh ketika aku berada di
sisinya
Seseorang yang bisa menjadi navigator sang
nahkoda kapal
Seseorang yang bisa menjadi penuntun
kenakalan balita yang nakal
Seseorang yang bisa menjadi penawar bisa
Seseorang yang sabar mengingatkan saat
diriku lancang

Tuhanku?
Aku tak meminta seseorang yang sempurna
Hingga aku dapat membuatnya sempurna di
mataMu
Seseorang yang membutuhkan dukunganku
sebagai peneguhnya
Seorang yang membutuhkan doaku untuk
kehidupannya
Seseorang yang membutuhkan senyumku
untuk mengatasi kesedihannya
Seseorang yang membutuhkan diriku untuk
membuat hidupnya lebih hidup

Aku tidak mengharap dia orang yang semulia
Ummu Sulaim,
Atau setaqwa Aisyah, pun setabah Fatimah,
Ataupun sekaya bunda Khadijah, setegar
Asma
Juga segagah Nusaibah, apalagi secantik
Zainab
Aku hanya mengharap seorang wanita akhir
zaman,
Yang punya cita-cita mengikuti jejak
mereka,
Menjadi sholehah, menjadi ainul
mardhiyah?

Karena aku sadar aku bukanlah manusia
mulia Muhammad SAW,
Tidak setaqwa Abu Bakar,
Pun tidak setampan Ali,
Ataupun segagah Umar
Apalagi sekaya Utsman.
Aku hanyalah seorang pria akhir zaman yang
punya cita ? cita
Berusaha mengikuti mereka, membangun
keturunan yang sholeh
Membangun peradaban, dan membuat
Rasulullah bangga di akhirat?

Tuhanku?
Aku juga meminta,
Jadikan aku pelindung baginya?
Buatlah aku menjadi lelaki yang dapat
membuatnya bangga
Berikan aku hati yang sungguh mencintaiMu
sehingga aku dapat mencintainya dengan
sepenuh jiwaku

Berikanlah sifat yang lembut, sehingga
auraku datang dariMu
Berikanlah aku tangan sehingga aku mampu
berdoa untuknya
Berikanlah aku penglihatan sehingga aku
dapat melihat banyak dalam dirinya
Berikanlah aku lisan yang penuh dengan
kata-kata bijaksana,
Mampu memberikan semangat serta
mendukungnya setiap saat

Bunga mawar tak mekar dalam semalam,
namun bisa layu dalam sedetik
Kota Baghdad tak dibangun dalam sehari,
namun bisa hancur dalam sekeja
pPerkawinan tak dirajut dalam pertimbangan
sesaat, namun bisa saja terberai dalam
sesaat
Pernikahan, bukanlah akhir dari sebuah
perjalanan?.
Tapi awal sebuah langkahKarenanya,
jadikanlah pernikahan kami sebagai titian
Utk belajar kesabaran & ridho-Mu, ya Rabb?

Dan bilamana akhirnya kami berdua bertemu,
aku berharap kami berduadapat mengatakan:
" Betapa Maha Besarnya Engkau karena
telah memberikan kepadakupasangan yang
dapat membuat hidupku menjadi sempurna".

Aku mengetahui bahwa Engkau ingin kami
bertemu pada waktu yang tepat
Dan Engkau akan membuat segalanya indah
pada waktu yang telah Engkau tentukan
Amiin....


Tinta Buat Bakal Suamiku

Tinta ini ana copypaste dari (www.iluvislam.com)
buat renungan untuk diri ini...




Assalammualaikum wrt wbt.

Buatmu,

Bakal suamiku.

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.

Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aisyah R.A ;

“sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.

Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?

Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.

Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.



Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.



Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

Dariku,

Bakal isterimu


*diambil daripada sepaku.net

KEMBALI SEMULA......



AlhamdulilLAH...diri ini masih diberi kekuatan dan kelapangan utk kembali keBLOG yang sudah lama ditinggalkan sepi tanpa kata dan bicara...(bahasa kiasan..tanpa catatan dan idea)

Sudah 28 hari musim exam berlalu dan 1 bulan lebih blog ini tiada perkembangan yang dapat ku isi… Lepas saja ‘final exam’ seperti biasa aku mengisi masa cuti sem dengan berkerja di kolej seperti sem-sem sebelumnya. Langsung tidak ada cuti rehat..4 hari pertama kerja(mula jumaat,sabtu,ahad dan isnin),memang letih sebab student sibuk-sibuk utk balik kekampung.. dan aku da lali dengan kerenah student yang nak balik nie, diri ku saja tidak ada perasaan seperti mereka..kenapa..?iye k...?(sape cakap xda???hati nie hanya ALLAH saja yang tahu).Kemudian,aku cuti kerja sementara sebab ikut kursus seminggu (selasa sampai ahad).Hari selepas kursus saja aku terus kerja...(2 minggu non-stop...aku langsung xda masa tu bersenang,malam yang ada digunakan untuk rehatkan badan)... fuh letih...!!!


Ramai sahabat-sahabat dan kenalan asyik betanya kenapa aku masih terperuk di kolej & tak kemas barang utk packing pulang…? jawapan yang biasa ku beri “aku keja”, “aku tak balik lagi sebab keja”,"malas nak kemas aku kan balik lambat"..namun jawapan itu masih tidak dapat memberi kepuasan pada penyoal… kadang2 kena beri penerangan lebih dalam baru mereka faham& setuju dengan tindakan ku..tak kurang juga mereka yang pelik dengan suka ku sanggup bertahan di tempat orang..seolah-olah lupa dengan ibu bapa dan keluarga dikampung yang merindui diri ini..(sememangna aku juga merindui mak,bapa,adik2 ku… sepupu papat,kaum kerabat ku sekalian dan sahabat2 ku di bawah bayu…).

Ada juga kenalan yang melarang tindakan ku berkerja dan langsung tidak mahu pulang kerumah…(sapa kata aku tak mau balik..??? balik la..lepas keja nie aku beli tiket flight balik umah terus…ohhh rindu ku pada tanah tumpah air tembuni ku…).
Memang la sampai habis sem nie..hampir setahun juga ku tak balik umah langsung.. kalau sahabat2 ku da 2,3 kali ulang alik umah,tak kisah la..yang ddk di bumi kenyalang nie@di tanah melayu@di bawah bayu..namun aku masih di sini. Apalah daya ku..aku bukan seperti mereka,mampu untuk berulang-alik…...balik umah, aku bukan saja tak mampu dari kewangan malah kudrat ku juga… walaupun hati ku meronta-ronta untuk pulang…kadang2 pilu jugak hati bila dengar khabar @suara bapa ku yang sering bertanya bila mau pulang…(maaf pak..insyaALLAH…nie yang terakhir..lps nie anak prmpn mu yang sorang nie akan kembali kepangkuan kalian…DOAKAN anak MU ini agar sentiasa berada dalam RAHMAT dan REDHA ALLAH selalu dan dimurahkan rezeki..)

Lebih-lebih sem nie aku agak terbatas untuk pulang,walaupun pada perancangan awal ku semasa cuti sem lalu ingin pulang ketika cuti mid-sem..tapi xjadi kerana kegawatan ekonomi yang ku lalui sem nie. Duit pinjaman sem nie aku guna sepenuhnya untuk beli LAPTOP..yang da tertangguh pembelian sejak dari sem-4 lagi, nie pun hampir saja aku batalkan namun memandangkan sem nie aku di timbuni 'final projek' dan presentation yang bertimbun ku tegaskan diri ini utk memiliki LAPTOP sendiri dan kalau ku imbas kembali kenangan ku membelinya ketika tu hujan lebat..dan dalam masa yang sama aku dan sahabat ku ingin membeli bahan projek sekali…kalau ku fikir semula mungkin kah ALLAH tidak merestui keputusan membeli laptop masa tu?????(wallahu’alam…hakikatnya aku beli juga waktu tu), tapi ku tak nafikan..memang basah kuyup sambil mengusung kotak laptop kesana-sini...balik tu nangis depan sahabat kalau imbas kenangan tu...

Apa pun..ini peristiwa beberapa bulan lalu..semasa awal sem ini dan juga merupakan semester terakhir ku di Bumi Kenyalang ini InsyaALLAH. Minggu nie insyaALLAH result keputusan akan keluar dan disini lah akau menentukan perjalanan kehidupanku selepas nie…(adakah aku masih disini@aku meneruskan perjuangan ku menjulang ilmu dan impiaan kedua ibabapa,kelaurga dan diriku ini@ aku menemui kehidupan lain…???wallahu’alam…). Masa hadapan ku masih ghaib hanya ALLAH saja yang mengetahuinya.. apa yang perlu ku lakuakan ketika ini adalah melaksanakan tanggungjawaba ku...berusaha untuk membaiki diri, belajar menimbu ilmu dan menyampaikan kepada sesiapa saja..serta melaksanakan tugas menjadi dai’e..mampukah aku??? (suma hanya akan terjawab oleh iman di dalam diriKU ini..)
Apa jua ketentuan ALLAH..keatas diri ku ini akan kuterima dengan REDHA..dan aku yakin akan suratan dan ketentuan yang teralah di atur oelh-NYA…..

"Kejayaann itu bukan milik ku atau sesiapa saja manusia biasa melainkan kepada mereka yang tahu apa itu hasil dari usaha berterusan dan keyakinan pada ESA, InsyaALLAH…. "


Friday, April 17, 2009

Catatan Hati Nik Nur Madihah - kesusahan bukan penghalang kejayaan

Nie nak promosi buku keluaran HIJJAZ RECORD,catatan hati NIK NUR MADIHAH...




Si ayah bergelut dengan gelombang.
Si ibu bergelumang dengan perit harian.
Lantas si anak menyemat tekad untuk terus berjuang melepaskan mereka dari kesengsaraan.
Kesempitan hidup yang menyesakkan nafas tidak pernah sekalipun mematahkan semangatnya untuk berjaya. Malah itulah tangkal dan azimat yang menjadi bekalan untuknya mengatur langkah, mencari permata yang tak ternilai harganya – ILMU! Menyalin semula sebuah kamus dengan tulisan tangan sendiri kerana tak punya wang untuk membelinya. Sering berpuasa menahan lapar dan dahaga demi untuk menjimatkan belanja. Menahan keinginan hati untuk memiliki barang-barang sendiri. Bukan senang mencapai bintang. Namun, tiada yang mustahil dalam kehidupan. Kepada Allah dia menyandarkan harapan. Agar diberi kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan cabaran hidup. Semoga diberi kesempatan untuk membalas keringat dan jasa ayah bonda.
Tekad si anak bukan mainan kerana di hujungnya adalah permulaan kepada sebuah KEJAYAAN!


PELAJAR SPM TERBAIK MALAYSIA 2008-20A


**************************************************************************************
PERINCIAN BUKU 8 :
Penerbit / Editor Urusan : Mohd Faizal Osman | Penulis : Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal & Ummu Hani Abu Hassan | Editor / Pruf / Rekaletak / Aturhuruf Dalaman : Zuryati Isa | Konsep Kulit Buku : Abaios/Bert | Rekabentuk Kulit : Fadly Halim | Muka Surat : 130 | Terbitan : Hijjaz Records Publishing | Edaran : Marketing Dept. HRSB | Tarikh diPasarkan : April 2009 | Harga Semenanjung : RM25.90 | Harga Sabah / Serawak : RM27.90 | Harga Singapore / Brunei : $15.00

ADIK NIK NUR MADIHAH permata UMAT...

Hari nie ana terdetik utk mebuat posting tentang adik NIK NUR MADIHAH BINTI MOHD KAMAL..yang telah menjadi pelajar terbaik kebangsaan SPM 2008... mungkin ana orng yang agak terbelakang tuk mengupas citer adik madihah..namun hati nie terpanggil jugak utk mengupas citer adik madihah dalam blog nie sebagai tatapan dimasa akan datang.

Apa yang telak menarik diri ana tuk bercerita tentang kisah adik Madihah adalah perjalan hidup di sebalik kejayaan adik nie...terharu dan tersentuh hati..bila baru saja hari ini ana mendengar dokumentari tentang adik madihah di radio IKIM...dan kelmarin ana terbaca posting tentang adik Madihah dari blog seorang yang ana singgah..

Sungguh kehidupan yang susah bukan penghalang tuk berjaya..malah kesusah hidup tu lah mengajar diri tuk mengorak langkah dan mencipta irama kejayaan utk diraih utk diraih sebagai hadiah buat kedua ibu bapanya....

Semoga kisah hidup dan kejayaan adik Madihah menjadi ikut buat diri ini...utk kejayaan dimasa akan datang,klu utk SPM mngkin saja ana da lama meniggalkan sesi persekolahan namun..tetapi menjadi motivasi dan inspirasi tuk masa akan datang..

Terasa malu dengan adik Madihah diri ini, yang kadang-kadang malas nak mengulangkaji pelajaran sedang menuntut ilmu itu adalah kewajipan yang perlu ditunaikan.Dan tidak patut jugak diri ini menyerah kalah dengan masalah yang menimpa diri, sedangkan ujian itulah adalah latihan dan tarbiyah dari ALLAH SWT, pada setiap hambaNYA..owh tak boleh diri nie mesti bangkit dan bangun, perlu pandang kehadapan dan lihat kisah hidup para NABI dan Ulamak yang telah memartabatkan ILMU dan AGAMA...

Doa ana buat adik NIK NUR MADIHAH semoga sentiasa berjaya dan terus gemilang.. mengangkat ilmu utk menjulang agama dan ummah..insyaALLAH...

Nie posting adik NIK MADIHAH yang ana copy dari blog nie LINK

*************************************************************************************

Kemiskinan Bukan Alasan..


* Author: Mohd Al-Amin Daud




“Adik Nur Madihah bersama ibu dan ayahnya di teratak kediaman mereka”

Sebak hati membaca kisah perjalanan dan menatap pondok kediaman adik Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal yang dinobatkan sebagai pelajar paling cemerlang SPM 2008 yang mendapat 20A. 19 A1 dan 1 A2. Tanpa disedari air mata membasahi pipi mengungkap setiap bait kata-katanya yang membahasakan diri sebagai kakak. Betapa kemiskinan dan kesusahan itu bukanlah suatu alasan untuk kita gagal bahkan ia menjadi pendorong yang sangat luar biasa untuk meraih sebuah kejayaan.

Adik Nik Nur Madihah yang belajar di sekolah Maahad Muhammadi Lilbanat di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan merupakan anak sulung daripada 4 beradik ini merupakan anak kepada seorang nelayan dan ibunya bekerja sebagai tukang cuci di Universiti Malaysia Kelantan. Beliau tinggal di Kampung Parang Puting di mana sekolah rendah saya dahulu dan kampung saya membesar tapi saya tidak pernah mengenali adik ini sehinggalah kejayaan ini menjadikan beliau selebriti yang mendapat liputan media cetak dan elektronik.

Mabruk alfu mabruk diucapkan buat adik Nik Nur Madihah.

Beliau yang menjadikan sunnah berpuasa isnin dan khamis semenjak darjah enam kerana tidak ada duit untuk membeli makanan dan menjadikan roti sebagai makanan kegemaran. Hayati luahan seorang ibu.

“Kadang-kadang saya menitiskan air mata sebab kakak terpaksa berpuasa sebab tidak ada wang untuk beli makanan.

“Tetapi alhamdulillah, kakak memahami keadaan keluarga. Malah kakak menjadikan ibadah itu sebagai rutin pada setiap hari Khamis dan Isnin sejak berumur 12 tahun.”

Katanya, biar susah bagaimana sekali pun, anak sulung daripada empat beradik itu tidak pernah merungut.

Malah Nik Nur Madihah, menurutnya, melalui semua kepayahan itu dengan tabah dan menerimanya sebagai cabaran untuk berusaha dengan lebih keras.

“Disebabkan tak ada wang poket, kakak akan makan roti di sekolah dan kerana terlalu banyak makan roti, ia jadi kegemarannya. Malah dia bercita-cita belajar cara buat roti. Kata kakak, dia hendak buat roti banyak-banyak.

“Ibu mana yang tidak tersentuh apabila melihat keadaan anak begitu. Tetapi saya bersyukur kerana dia menerima kekurangan ini,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.




“Wajah penuh kematangan yang tampak di raut wajahnya”

Beliau membuktikan kesusahan keluarga bukan tembok penghalang untuk mencapai kecemerlangan dengan mengambil sebanyak mungkin mata pelajaran bagi menguji keupayaan dirinya dalam menghadapi cabaran hidup sebagai pelajar.

Mariani berkata, sejak kecil anaknya itu gemar membaca buku dan setiap masa terluang tidak pernah dibiarkan begitu saja.

“Memang dari kecil lagi dia minat benar dengan buku. Saya dan suami tidak pernah paksa kakak membaca buku, kadang-kadang paksa dia suruh berhenti sebab sudah masuk Maghrib.

“Sifat ulat buku ini turun kepada tiga adiknya,” tambahnya.

Menurut Mariani, seorang lagi anaknya kini menuntut dalam tingkatan empat di Sekolah Menengah Teknik Bachok, seorang dalam tingkatan tiga di bawah tajaan Permodalan Nasional Berhad di Bandar Salak Tinggi dan yang bongsu di tahun lima Sekolah Kebangsaan Parang Puting di sini.

Ujarnya, sekiranya Nik Nur Madihah meminta wang untuk membeli buku, dia dan suami akan berusaha mencari wang tersebut tetapi selalunya ia tidak diberi serta-merta kerana kesempitan hidup.

“Kakak tidak banyak kerenah dan agak pendiam. Dia pun tidak beritahu kami dia ambil 20 mata pelajaran dalam SPM sehinggalah saat-saat akhir,” ujarnya.



muka_hadapan

Hayati luahan hati beliau ketika ditemuramah oleh wartawan Utusan Malaysia Azran Fitri Rahim. Apakah resipi kejayaan yang beliau perolehi.

Bagaimana timbulnya idea untuk mengambil 20 mata pelajaran dalam peperiksaan SPM tahun lepas?

NIK NUR MADIHAH: Sebelum ini jika dilihat kebanyakan pelajar cemerlang datang dari keluarga yang senang seperti anak guru, pegawai bank, oleh itu, timbul idea saya mahu buktikan kepada masyarakat bahawa anak nelayan juga mampu mencatatkan kejayaan yang cemerlang seperti orang lain.

Jadi, saya mencabar diri sendiri supaya mencatat sejarah dengan 20A.


Apakah resipi kejayaan dan bagaimana saudari belajar sehingga mencatatkan keputusan cemerlang ini?

Keputusan ini adalah di luar jangkaan, saya sasarkan hanya 18A. Paling penting ialah banyak berusaha dan belajar secara strategik, sekiranya timbul masalah cepat bertanya kepada guru dan selebihnya bertawakal.

Strategi yang saya maksudkan ialah memberi tumpuan sepenuhnya ketika belajar kerana saya tidak mempunyai jadual belajar yang khusus seperti orang lain. Saya belajar ketika terasa mahu belajar sahaja tetapi ia berterusan.

Siapakah di sebalik kejayaan ini dan bagaimana mereka membantu untuk kejayaan ini?

Ibu bapa dan guru-guru banyak memberi dorongan, tanpa mereka saya mungkin tidak mencapai kejayaan ini.

Saya sebenarnya merahsiakan kepada ibu bapa bahawa saya mengambil 20 mata pelajaran dalam SPM sehinggalah keputusan peperiksaan percubaan keluar baru saya beritahu kedudukan sebenar dan mereka memberikan sokongan malah ayah memberi cabaran tambahan.

Saya rahsiakan sebab saya mahu membuat kejutan. Jadi keputusan ini adalah sumbangan kecil saya kepada ibu bapa yang banyak berjasa untuk membesarkan saya.

Dorongan guru-guru di Sekolah Menengah Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) bagaimana?

Amat baik, malah guru yang menyelia saya, Mohd. Razali Konok mencadangkan supaya saya berhubung dengan bekas pelajar terbaik SPM 2006, Siti Fatimah Mukhtar, selepas itu saya sentiasa berhubung dengannya untuk mendapatkan nasihat.

Sebagai anak nelayan, bagaimana kehidupan saudari?

Kehidupan kami sekeluarga amat sukar, kadang-kadang tidak ada makanan. Oleh itu, sejak tahun enam saya mengamalkan puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis.

Secara purata saya akan membawa wang poket tidak sampai RM1 malah kadang-kadang tiada wang untuk makan di sekolah kerana wang yang diberikan oleh ayah hanya cukup untuk tambang bas ke sekolah kira-kira RM4 untuk pergi dan balik.

Di sekolah saya hanya makan roti atau bawa bekal nasi goreng. Saya menerima semua ini dengan reda kerana faham ayah tidak mempunyai pendapatan tetap secara purata sekitar RM500 - RM700 sebulan.


Bagaimana saudari belajar dengan keadaan rumah yang sempit dan kurang selesa ini?

Saya belajar di ruang tamu, Alhamdulillah tiada gangguan kerana tiga adik saya sudah besar dan dua daripadanya tinggal di asrama.

Adakah saudari merasa rendah diri berbanding rakan-rakan lain yang lebih selesa dan mewah di sekolah?

Tidak, malah saya menjadikan ia satu cabaran untuk mengubah kehidupan keluarga kami.

Kehidupan yang sukar terutama ketika musim tengkujuh atau bot ayah rosak menjadikan saya lebih insaf untuk berusaha bersungguh-sungguh. Pada ketika ayah tidak dapat ke laut, kami hanya makan nasi berlauk telur goreng.


Kenapa tidak tinggal di asrama dan adakah saudari mendapat kemudahan biasiswa?

Kalau tinggal di asrama kos lebih tinggi, lagi pun saya lebih selesa dan tenang belajar di rumah kerana tiada gangguan walaupun rumah tidak sebesar mana.

Saya tidak pernah mendapat biasiswa dari mana-mana agensi cuma sumbangan yang diberikan oleh guru-guru melalui Cikgu Razali sebanyak RM200 sebulan.


Adakah saudari mendapat tuisyen daripada pusat tuisyen di luar sekolah bagi mata pelajaran yang tidak diajar di sekolah?

Tidak, ayah tidak mampu. Saya beruntung kerana sekolah menyediakan guru lain untuk lapan mata pelajaran yang tidak diajar di sekolah, saya bersama rakan-rakan akan belajar subjek tersebut pada kelas tambahan ketika cuti hujung minggu tetapi bagi mata pelajaran sastera saya belajar sendiri dan tidak pernah mengikuti kelas secara formal.

Lapan subjek ini, Pendidikan Agama Islam, Prinsip Akaun, Perdagangan, Ekonomi, Tasawur Islam, Geografi, Sains dan Sastera saya belajar ketika tingkatan lima.

Bagaimana dalam tempoh setahun saudari mempelajari semua subjek-subjek ini?

Seperti saya jelaskan tadi, banyak berusaha dan bertanya. Idea untuk menambah lagi mata pelajaran hanya timbul ketika tingkatan lima kerana pada tingkatan empat saya terpaksa menumpukan pada 24 mata pelajaran termasuk 12 subjek agama untuk peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU).

Adakah saudari menjawab semua soalan mata pelajaran Sains dan Matematik seperti Fizik dan Kimia dalam bahasa Inggeris?

Ya, sebab lagi mudah dan ditekan oleh guru sejak awal lagi.

Apakah hobi dan cita-cita saudari?

Hobi saya ialah membaca, kalau ada masa lapang saya akan membaca terutama novel tulisan Faisal Tehrani. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang ahli fizik, disebabkan tidak ramai orang Melayu menjadi ahli fizik.

Di mana mahu melanjutkan pelajaran?

Di luar negara tetapi tempat khusus atau universiti mana saya tidak kisah.

Semoga kejayaan adik Nur Madihah menjadi teladan kepada kita semua dalam meniti kejayaan dunia yang menjadi wasilah kepada kejayaan di akhirat sana. Benarlah firman Allah “Boleh Jadi apa yang kamu benci itu lebih baik buat kamu dan kemungkinan apa yang kamu suka itu sesuatu yang tidak baik untuk kamu” Sesungguhnya hanya Allah mengetahui apa yang terbaik untuk kita kerana Dia Maha mengetahui segalanya.

Wednesday, April 15, 2009

SALAM PERJUANGAN....

Afwan... tiada,tajuk yang sesuai tuk di ungkapankan..
hanya salam perjuangan sebagai lontaoran kata-kata semangat utk diri ana dan sahabat2 yang akan sama-sama menghadapi perjuangan di medan peperiksaan akan datang ini...
semoga berjaya DUNIA dan AKHIRAT..
Semoga perjuangan ini berterusan bukan saja di dalam menuntut ilmu tapi jugak dalam medan DAKWAH..insyaALLAH..(^_^)

MA'ATAUFIQ WANNAJAH FIL IMTIHAN....






Sunday, April 12, 2009

kerdil sangat diri ini...

ALHAMDULILLAH....kuliah utk sem nie da berakhir pada 9 april 2009, minggu lepas dan insyaALLAH...ini sem terakhir ana utk study di bumi yang menemukan ana suatu pada keindahan islam sehingga membawa diri ini pada keasyikkan tuk mencari REDHA dan CINTA yang HAKIKI dari yang ESA....

************************************************************************************

Kalau dulu ana datang utk memenuhi impian kedua ibu bapa..menutut ilmu di pusat pengajian tinggi.walau hati berat melangkah tapi digagah juga sebab tak mahu mengecewakan kedua-dua insan yang begitu di cintai.. kalau dulu kata-kata cinta dan sayang wat mak dan bapa sukar dilafazkan..entah mengapa begitu janggal tapi sekarang nie seperti air sungai yang mengalir dengan derasnya dan takkan putus..ssampai bila.....

Kalau dulu fikiran ana masih sempit,bagi ana datang keIPT nie akan membebankan ke-2 orng tua dan dalam masa yg sama menjadi kebanggaan mereka,tapi setelah ana sampai disini dan bergelar seorang pelajar..baru ana tahu ini telah menjadi tren(setiap pelajar akan ke-universit), susah atau senang itu yg terakhir apa yang penting menuntut ilmu...

Bagi ana juga menuntut kesini(UNIVERSITI) ibarat sebuah mimpi yang tak sudah buat diri ana tak pernah terfikir..sebab dulu ia hanya catat cita-cita yg tak pasti buat diri ini..ia hanya catat suka-suka dalam biodata,kerana ana tak pernah yakin pada diri,apa yg dilakukkan hanya mengikut gerak langkah,bukan dari hati dan fikiran yg matang....

Kerana fikiran ini..ana akui ana sukar tu menguasai pelajaran..sebab ana masih terasa ia hanya mimpi dan memenuhi impian ke dua ibu bapa...terasa berat juga diri nie menanggung perasaan beban nie..namun langkah tetap diteruskan dan tak kan berundur....
tapi siapalah ana hanya sebaris kata itu tidak mampu bertahan pada hati yang sering berada dalam delema dan masih rapuh ini....

Dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar,menuntut ilmu di sini...ana terjumpa pula tempat penyucian hati(ilmu mengenal ALLAH,ilmu megenal erti cinta dan kasih sayang pada yg HAK) terharunya hati nie..bila kali pertama mengikuti program ISLAMI nie..terasa satu ketenangan yg tak pernah dirasai lagi sebelum nie,bukannya di sekolah tiada majlis ilmu...ada tapi kurang dan kebanyakkannya lebih kepada benda basic,tiada penekanan dan pemahaman yg mendalam...

Pertemuan kali ini...memberi kesan yang lagi dalam
ketika ana mengikuti PROGRAM PEMANTAPAN IBADAH..satu ayat yg begitu berkesan pada diri ana semasa mengikuti PROGRAM PEMANTAPAN IBADAH(sem-1)..di mana program dijalankan ketika bulan puasa....
seorang moderator program bertanya satu soalan pada peserta
"ADAKAH KAMU MUSLIM?....buktikan dan jawapan semasa sesi wida'"...

"ADAKAH AKU MUSLIM..?"..soalan nie berlegar-legar dikepala otak nie..dan cuba mencari jawapan.dgn yakin ana menjawab dalam hati.."YA AKU MUSLIM..!! tapi apa bukti ku seorang muslim?adakah kerana ibu bapa ku islam?kerana IC ISLAM?atau apa?..
hanya menjadi tanda soal..ana tiada jawapan yg pasti tu soalan nie...
namun ana masih still..mencari jawapan,sbb bimbang jika di soal semasa sesi wida' esok hari.tapi tiadajawapan tuk itu,yang ana tahu hanya adalah seorang ISLAM utk bukti tak tahu..soalan nie memang melekat pada hati..hingga tak sabar tuk sesi wida'.. apa kah jawapannya....
semasa sesi wida' dijalankan moderator mengulang soalan yg sama dan meminta sesiapA peserta yang dgn confident ingin jawab soalan nie...
insyaALLAH pelbagai jawapan yang diberikan..dan suma jawaban itu betul..
Bila tiba moderator menjawab soalan tu..begitu ringkas dan padat iaitu RUKUN IMAN DAN RUKUN ISLAM.

Masa tu soalan nie sentiaa membuat diri ini gelisah..
Ana mula sedar diri..ana mula mencari jawapan pada diri ini...adakah ana telah BERIMAN@MELAKSANAKAN RUKUN ISLAM..yg telah disyariatkan.waktu tu ana baru sedar selama ini ana belajar sudah belajar kedua-dua RUKUN tersebut,dari sekolah rendah sampai menengah..dan ingat lagi masa sesi ujian sungguh-sungguh hafal buku fardhu ain..tapi dimana AMALAN ana selepas menghafal?sejauh mana ana beriman dan memahami suma tu?langsung TIADA....sumanya kosong.baru ana sedar ceteknya pemahaman agama ana,tiada pun perasaan dalam memahami ISLAM.Yang ana tahu ana sorang Islam dan berasa sudah memahai islam tapi hakikatnya adalah sebaliknya....
Tiada penghayatan ISLAM dalam jiwa nie...dalam diri ini masih kosong...
YA ALLAH..kerdil sangat diri ini...

Disinilah permulaan ana dalam melayar kehidupan dan mencari redha ALLAH.Di bumi kenyalang ini, ana belajar erti makna ISLAM yang sebenar..
syukran wat ukhti-ukhti yang banyak membantu diri ini,ana kagum dengan kalian..ingin ana menjadi seperti kalian..semoga ukhwaha ini kekal hingga kesyurga...
Buat mak dan bapa yang ana cintai,terima kasih banyak2 kerana membesarkana ana yang telah banyak melakukkan dosa ini..syukur ana kepada kalian walaupun tidak dapat memberi didikan agama yang sempurna pada diri ini,namun kalianlah telah mengajar erti kehidupan nie telah menjadikan ana lebih dewasa,tiada apa yg dapat ana balas segala pengorbanan kalian pada anak ini...doakan anak ini menjadi anak yang soleh yg sentiasa mendoakan mak dan bapa di akhirat kelak...
Buat junjungan NABI MUHAMMAD SAW yg tercinta..kerana Baginda ana merasai nikmat hidup Islam,kerana baginda Islam dapat sampai tempat ini,dan berana Baginda ana belajar tentang pengorbanan dan perjuangan..
Dan pertama-pertama sekali syukur pada YANG ESA..atas limpah dan kurnianya ana menikmati semua ini...sesungguhnya HIDAYAH itu milikMU ya RABBI, ku berdoa semoga diri ini sentiasa mendapat RAHMAT dan HIDAYAH dari sisiMU...

Kalau dulu kedatangan ana kemari atas dasar mencari ilmu dan memenuhi impian...
Namun kini ana sentiasa dalam pengharapan pada ILAHI..semoga diri ini sentiasa dalam REDHANYA...

**************************************************************************************

insyaALLAH...tidak akan pernah hadir rasa penyesalan atau keterpaksaan dalam diri ini menuntut Ilmu di bumi kenyalang ini..semoga ilmu yang diperolehi ini dapat memberi maanfaat yang berpanjangan kepada diri,keluarga,negara dan pertama-tama sekali kepada seluruh umat ISLAM...wallahu'alam....(^_^)

ISLAM IS WAY OF THE LIFE.....

Pemuda Bergunalah...!!!

SUMBER:HALAQAH-ONLINE
WRITTEN BY:www.masfahri.blogspot.com

Dalam setiap peradaban dan tamadun didunia ini tidak dapat tidak terpaksa diakui bahawa ada satu golongan yang tidak kurang peri penting peranan mereka dalam menyumbang kepada pembangunan tamadun tersebut, sebutlah apa saja zaman tamadun maka generasi ini, golongan inilah yang menjadi nadi dan tulang belakangnya, tanpa keterlibatan generasi ini maka lumpuhlah seluruh organisasi ketamadunan tersebut, generasi ini iaitulah generasi pemuda. Generasi pemudalah yang hakikatnya yang menggerakkan sesuatu tamadun tersebut walaupun ia dipimpin oleh generasi tua dalam pada waktu yang sama.

Hal ini tidak terlepas juga dalam ketamadunan islam , jika kita berbicara tentang kemunculan islam, pembangunan islam, dan seterusnya ketamadunan islam maka pastilah terngiang-ngiang di telinga kita nama seperti umar al-khattab, ali k.w, bilal bin rabah, khalid al-walid, salman al-farisi dan nama lainnya, maka semua ini simbol kepada pemuda islam yang muncul pada zaman ketamadunan islam dahulu, hal ini sesuai dengan sabda baginda s.a.w :

“Aku pesankan kepada kalian agar memperlakukan kaum muda dengan
baik. Sebab, hati mereka lebih lembut. Ketahuilah, sesungguhnya Allah
mengutusku sebagai saksi, pemberi kabar gembira dan pemberi peringatan.
Ternyata orang-orang mudalah yang menyambutku dan orang-orang tualah yang
menentangku.”


Lalu orang-orang mengatakan masalah ini dalam sebuah syair.

Sesungguhnya ranting-ranting muda

bila kauluruskan dengan Lembut, luruslah ia

Tetapi tidak demikian halnya

bila kayu yang kauluruskan


“Sesungguhnya mereka adalah Pemuda-pemuda
yang beriman kepada Rabb mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk.
“(QS. aI-Kahfi,18:13)


Adalah jelas kepada kita akan hal ini bahawa pemudalah yang berperanan dalam membangunkan sesebuah ummah tersebut, makanya islam juga justeru seharusnya begitu malahan lebih lagi kerana ia membekalkan pemuda-pemuda yang beriman dan yang mempunyai jiwa yang kental kerana akidah yang kukuh kepada Allah s.w.t. Pemuda mempunyai suatu tenaga yang sangat tinggi yang perlu digali untuk pembangunan ummah ini, jadinya sesuatu perlu dilakukan agar mereka lebih berdaya guna untuk ummah ini dan bukannya untuk diri sendiri sahaja. Pemuda yang benar-benar mempunyai akidah yang kukuh, jiwa yang kental, iman yang terjaga sahajalah yang dapat melakukan segala hal yang diimpikan ini, selain dari itu adalah susah walaupun tidak mustahil sama sekali.

Persepsi Pemuda Zaman Ini.
Jika membandingkan antara tamadun yang terdahulu maka jauhlah sangkaan kita kepada nilai pemuda di zaman kini, baik yang berpelajaran atau sebaliknya, kerana hampir semuanya terlarut dengan kerosakan yang telah me"wabak" (lihat artikel lepas), pemuda yang ada hari ini adalah pemuda yang letih, lesu, songsang, naif, daif, jahil, kosong, lompong dan keliru. Hakikatnya masing - masing antara mereka sedang mencari sesuatu untuk diisi, bukan sahaja mengisi keperluan perut malah lebih dari itu mengisi jiwa mereka yang kekosongan, dan ada pula yang mengisi dengan tuntutan hawa nafsu yang melampau dan natijahnya sebuah peradaban itu juga turut lesu, lemah, longlai dan sakit hingga membawa kepada tenat.
Pemuda hakikatnya harus mengetahui dan mengenalpasti wabak yang sedang melanda mereka sekarang dengan meng"scan" iman mereka dan seterusnya di"heal" dengan amal islami yang sepatutnya dan selengkapnya. Jika sesuatu tidak dilakukan makanya kesan yang sangat besar kepada generasi akan datang yang tidak pernah diimpikan kita kedasyatan kehancurannya, pemuda-pemuda lelaki dan perempuan harus disedarkan akan perkara yang benar dan perkara yang tidak benar yang mereka lakukan, kalau dalam sebuah ungkapan dari seorang ustaz ia menyebut

" kenalkan mereka dengan maksiat "

yang bermaksud supaya setiap pemuda itu kenal akan sesuatu maksiat yang mereka tidak sedari itu adalah maksiat.

Keadaan sudah cukup membimbangkan dan tenat yang mana hal-hal yang melibatkan keruntuhan moral pemuda sedang rakcak berlangsung dan terus berlangsung, pemikiran ananiyyah yang dikenali sebagai sifat keakuan haruslah dibuang sepenuhnya dari kita semua, bagi mereka yang belajar dan akan menamatkan pelajaran dengan segulung sijil pengiktirafan dari manusia, sifat aku akan kerja besar, bergaji besar,berumah besar, berkereta besar dan beristeri besar tanpa memikirkan keadaan ummat dan terus membiarkan ummat berada dalam kehancuran sangatlah dikesalkan dan wajib dibuang jauh-jauh. Selain itu sikap aku "enjoy" sepuas-suasnya dengan duniaku juga perlu dibuang jauh-jauh. Persoalannya sampai bila? ya sampai bila saudara-saudaraku lelaki dan perempuan, adakah tujuan hidup ini untuk semua untuk dihabiskan dengan kepentingan diri sendiri? adakah kita diajar untuk mengabdikan diri kepada dunia ini seluruhnya hingga pengabduan kita kepada allah bagai "hidup segan mati tak mahu" bukanlah islam menyuruh meninggalkan dunia ini dan kemudiannya mengambikan seluruh kepada akhirah , akan tetapi " ambillah seluruh hidup dunia ini untuk dibawa keakhirat kelak " ia ibarat kita membawa perbekalan ke suatu tempat lain, jika kita dari malaysia contohnya dan kita ke amerika , tidakkah ringgit kita tidak laku untuk dinilaikan disana dan dollar juga pilihan kita namun kita perlu ada ringgit yang cukup banyak untuk dolar tersebut, ya! begitulah juga akhirat, ambillah seluruh kekayaan dan apa sahaja yang ada dibumi ini lalu kita berikan seluruhnya kepada islam, kita sumbangkan kepada islam, baik harta, tenaga , buah fikiran malahan jiwa kita kitaberi pada islam, kalau sebuah kata-kata yang sesuai untuk renungan kita ,

" Letakkanlah islam dihatimu dan dunia di tanganmu, kelak jika diminta duniamu rela kau beri dengan mudahnya untuk akhiratmu, dan jika diminta akhiratmu sanggup kau bermatian kerananya"

ya, sudah pasti kita seharusnya kena kembali kepada islam , kita sumbangkan seluruhnya hidup kita ini untuk islam, di mana pun ada yang bermanfaat untuk islam kita pasti akan berada disitu untuk menyumbangnya, malah jiwa kita kita sanggup berikan apabila kita diminta untuknya. Saudaraku, seorang yang bermanfaat adalah seseorang yang dapat memberikan sesuatu untuk keperluan uummatnya , itulah yang dicontohkan oleh para rasul dan sahabat r.a, setiap detik masa mereka memikirkan untuk kepentingan ummat, setiap denyutan nadi mereka adalah untuk ummat, setiap hela hafas mereka untuk ummat, maka seluruh hartanya apatah lagi untuk ummat, kerana bagi mereka kenikmatan sebenar ialah apabila bertemu tuhannya iaitu tuhan yang esa, tuhan yang menjadikan yang hidup dan tuhan yang mematikan yang hidup, tuhan yang maha berkuasa atas segala sesuatu.

Saudaraku, justeru itu kusarankan kembalilah, kembali lah dari duniamu yang dikau fikirkan bermanfaat itu namun hakikatnya mengkhayalkanmu dari jalan tuhanmu, buangkanlah karat-karat jahiliyyahmu, jauhkanlah karat-karat maksiatmu yang hakikat hati kecilmu mengakuinya dan mengiyakannya, saudaraku, bergabunglah dan sertailah siapa sahaja golongan mereka yang bersama-sama untuk menegakkan islam dimuka bumi ini. Saudaraku belum terlambat untukmu menggunakan seluruh kekuatanmu untuk bersatu untuk islam, kerana dikau pemuda, tenagamu masih membenarkanmu, jiwamu masih membara, fikiranmu masih tajam, saudaraku belum terlambat lagi, ayuh gapailah tangan-tangan mereka yang terhampir untuk diselamatkan dari kelelahan dunia ini. BERDAYALAH!

***********************************************************************************
PEMUDA ITU ADALAH MASA DEPAN NEGARA...JIKA ROSAK PEMUDANYA ROSAKLAH NEGARA YANG AKAN DIPIMPIM DI MASA AKAN DATANG....
SEMOGA KITA PARA PEMUDA DAN PEMUDI SENTIASA DALAM PERSEDIA MENHADAPI KEHIDUPAN DUNIA yang HANYA BERSIFAT SEMNTARA INI UNTUK AKHIRAT HAKIKI.....(^_^)

IBNU ATHAILLAH...

Ibnu AthailLAH..:
"LA YUKHRIJU ASY SYAHWATA ILLA KHAUFU MUZ'IJUN AW SYAUQUN MUQLIQUN"!!!
maksudnya: tiada yang dapt mengusir syahwat atau kecintaan pada dunia,selain rasa takut kepada ALLAH yg menggetarkan HATI dan rasa RINDU kpd ALLAH yg membuat HATI MERANA......"

LEBURKANLAH CINTA KU PADA DUNIA YANG SEMENTARA INI DENGAN CINTA YANG HAKIKI PADA YG ESA DISALUTI IMAN DAN TAQWA AGAR KU TIDAK LAGI LEKA PADA DUNIA.....

Friday, April 3, 2009

5 Tips Berurusan Dengan Lelaki

Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati...

1. Elakkan berurusan dengan lelaki - Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.

2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.

Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya keraskan suara!(baca: bukan keraskan tapi tegas & jelas serta buat intonasi suara yang mendatar) Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 :"Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik." Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best kan ???

3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa “ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan.”

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar bisa berlaku.

Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah Al-Ahzab, ayat 53 :"…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…". Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke..

Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai cik _____, tundukkanlah pandangan..". Isk,isk..tak layaknya..

5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go.

Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya. Jagalah diri, hiasi peribadi. Wassalam.

sumber :
http://www.iluvislam.com/v1/index.php

Friday, March 27, 2009

Coretan Buat Muslimah...

SUMBER:http://www.youtube.com/watch?v=H41Bg-fuMqs

*Sekadar coretan dan perkongsian buat muslimah ~wanita adalah hiasan dunia.. seindah-indah wanita adalah wanita solehah~ (^,^) p/s: penghargaan buat erni yang menyumbangkan cerita ini



Thursday, March 26, 2009

Pedoman hidup remaja islam

"Wahai pemuda pemudi Islam,
Bangkitlah dari tidurmu,
Sedarlah dari mimpi yang
menghanyutkan,
Bersiaplah kerana ada cabaran hebat
akan mendatang

Ketahuilah,
Dunia sekarang mengharapkanmu,
Islam meletakkan padamu satu amanah,
Ketika saat umat dalam kelemahan,
Justeru itu bangunlah,
Wahai pemuda pemudi Islam.

Carilah identiti dirimu yang sebenar,
Sebagai remaja Islam,
Berbanggalah kerana engkau seorang
muslim,
Miskipun sering diserang pemikiran Barat
dan Yahudi,

Namun beristiqamahlah,
Teguhkanlah pendirianmu,
Janganlah langkahmu berundur
walaupun setapak.

Wahai pemuda Islam,
Berjuanglah,
Sebagai pemuda gagah berani,
Tetap utuh disaf pertama dimedan
perjuangan,
Rela dirinya dikorbankan demi jihad
fisabilillah.

Wahai srikandi Islam,
Ketahuilah,
Dirimu umpama peniup semangat,
Dalam sebuah perjuangan,
Miskipun dalam kelembutan,
Engkau mampu memberi fikiran yang
tajam.

Kerana itu, dirimu amat bernilai disisi
Islam.

Di tulis oleh :putridurriyah