Thursday, June 7, 2012

AKU CEMBURU PADA MU


Aku cemburu..
teman. aku mungkin tidak cukup mengenali mu..Cuma kita pernah merakam cerita dan persahabatan sementara. Setiap kata mu, megujakan..aku kagum terhadap mu..aku segan dgn petah kata mu..tutur kata mu, dan tingkah mu, walaupun dikau muda dri ku..aku cemburu

Cemburu ku bertambah..tika, tiap pertemuan kita lidah mu tidak lekang dri peringatan dan teguran..cerita dan pengajaran utk dikongsi bersama2 rakan2 dan teman2 di sekeliling mu.. aku tidak berminat menilai hati mu..tpi akhlak mu sudah cukup menjadikan aku menilai peribadi diri mu..

Cemburu ku tidak pernah luntur..walau berjauhan kini, namun kabar mu melalui laman sesawang..kemajuan teknologi buat aku sentiasa tatap untuk mengikuti perkembangan mu, wall mu sentiasa terisi dgn peringatan dan perkongisa menarik. Blog mu sentiasa update dengan huraian dan article yg bermanfaat….aku cemburu dng mu teman..

Namun aku xmampu jadi seperti mu..aku cuba..tpi iman dijiwa ku lemah dan hati ku kotor dng noda dunia..

Tatkala ku terbaca..invitation perkahwinan mu..teman, menitis air mataku..xsangka impian mu utk berkahwin selepas belajar tercapai..terharu kau begitu bersungguh dengan nekad dan matlamat yg telah engkau sendiri rancang..mungkin kerana hati mu suci teman..ALLAH perkenankan doa mu..

Kini engkau telah bahagian..kebahagian mu lengkap..dgn kehadiran cahaya mata dari rahimmu..bertuah dan beruntung siapa mengenali diri mu teman..aku tahu bukan aku sahaja yg merasai semua ini.pasti siapa yg mengenali mu dan berasa disamping mu merasai apa yg kurasai..sungguh aura diri @ pesona iman pada diri mu  menarik hati siapa memandangmu dri kaca mata ISLAM..



Maafkan aku teman meletakkan rasa CEMBURU ini terhadap mu..cemburu ku ini bukan utk bermaksud aku tidak suka pada mu..namun kerana cinta dan kasihnya aku padamu kerana ALLAH..xmampu ku luahkan dihadapan mu kerana engkau sungguh wanita solehah, yg kembang mewangi di depan mataku..

Biasanya aku membaca cerita dan kisah bunga2 ISLAM..zaman RASULULLAH..namun aku sendiri dapat melihat bunga ISLAM di zaman ku..iaitu DIRI MU teman..semoga bahagia dengan kebahagian yg dikurniakan dariNYA ..semoga beroleh JANNAH..duhai TEMAN..

P/S : KU harap perasaan yg hadir dalam HATI ku ini..bukan lah menjadi penyebabkan jurang dan ruang antara KITA..tpi perasaan ini agar aku sentiasa menjadikan diakau  temanku adalah cermin diri ku..utk melihat kekurangan dan keslaahan ku dalam membentuk diri menjadi seorang wanita..