Friday, April 17, 2009

Catatan Hati Nik Nur Madihah - kesusahan bukan penghalang kejayaan

Nie nak promosi buku keluaran HIJJAZ RECORD,catatan hati NIK NUR MADIHAH...




Si ayah bergelut dengan gelombang.
Si ibu bergelumang dengan perit harian.
Lantas si anak menyemat tekad untuk terus berjuang melepaskan mereka dari kesengsaraan.
Kesempitan hidup yang menyesakkan nafas tidak pernah sekalipun mematahkan semangatnya untuk berjaya. Malah itulah tangkal dan azimat yang menjadi bekalan untuknya mengatur langkah, mencari permata yang tak ternilai harganya – ILMU! Menyalin semula sebuah kamus dengan tulisan tangan sendiri kerana tak punya wang untuk membelinya. Sering berpuasa menahan lapar dan dahaga demi untuk menjimatkan belanja. Menahan keinginan hati untuk memiliki barang-barang sendiri. Bukan senang mencapai bintang. Namun, tiada yang mustahil dalam kehidupan. Kepada Allah dia menyandarkan harapan. Agar diberi kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan cabaran hidup. Semoga diberi kesempatan untuk membalas keringat dan jasa ayah bonda.
Tekad si anak bukan mainan kerana di hujungnya adalah permulaan kepada sebuah KEJAYAAN!


PELAJAR SPM TERBAIK MALAYSIA 2008-20A


**************************************************************************************
PERINCIAN BUKU 8 :
Penerbit / Editor Urusan : Mohd Faizal Osman | Penulis : Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal & Ummu Hani Abu Hassan | Editor / Pruf / Rekaletak / Aturhuruf Dalaman : Zuryati Isa | Konsep Kulit Buku : Abaios/Bert | Rekabentuk Kulit : Fadly Halim | Muka Surat : 130 | Terbitan : Hijjaz Records Publishing | Edaran : Marketing Dept. HRSB | Tarikh diPasarkan : April 2009 | Harga Semenanjung : RM25.90 | Harga Sabah / Serawak : RM27.90 | Harga Singapore / Brunei : $15.00

ADIK NIK NUR MADIHAH permata UMAT...

Hari nie ana terdetik utk mebuat posting tentang adik NIK NUR MADIHAH BINTI MOHD KAMAL..yang telah menjadi pelajar terbaik kebangsaan SPM 2008... mungkin ana orng yang agak terbelakang tuk mengupas citer adik madihah..namun hati nie terpanggil jugak utk mengupas citer adik madihah dalam blog nie sebagai tatapan dimasa akan datang.

Apa yang telak menarik diri ana tuk bercerita tentang kisah adik Madihah adalah perjalan hidup di sebalik kejayaan adik nie...terharu dan tersentuh hati..bila baru saja hari ini ana mendengar dokumentari tentang adik madihah di radio IKIM...dan kelmarin ana terbaca posting tentang adik Madihah dari blog seorang yang ana singgah..

Sungguh kehidupan yang susah bukan penghalang tuk berjaya..malah kesusah hidup tu lah mengajar diri tuk mengorak langkah dan mencipta irama kejayaan utk diraih utk diraih sebagai hadiah buat kedua ibu bapanya....

Semoga kisah hidup dan kejayaan adik Madihah menjadi ikut buat diri ini...utk kejayaan dimasa akan datang,klu utk SPM mngkin saja ana da lama meniggalkan sesi persekolahan namun..tetapi menjadi motivasi dan inspirasi tuk masa akan datang..

Terasa malu dengan adik Madihah diri ini, yang kadang-kadang malas nak mengulangkaji pelajaran sedang menuntut ilmu itu adalah kewajipan yang perlu ditunaikan.Dan tidak patut jugak diri ini menyerah kalah dengan masalah yang menimpa diri, sedangkan ujian itulah adalah latihan dan tarbiyah dari ALLAH SWT, pada setiap hambaNYA..owh tak boleh diri nie mesti bangkit dan bangun, perlu pandang kehadapan dan lihat kisah hidup para NABI dan Ulamak yang telah memartabatkan ILMU dan AGAMA...

Doa ana buat adik NIK NUR MADIHAH semoga sentiasa berjaya dan terus gemilang.. mengangkat ilmu utk menjulang agama dan ummah..insyaALLAH...

Nie posting adik NIK MADIHAH yang ana copy dari blog nie LINK

*************************************************************************************

Kemiskinan Bukan Alasan..


* Author: Mohd Al-Amin Daud




“Adik Nur Madihah bersama ibu dan ayahnya di teratak kediaman mereka”

Sebak hati membaca kisah perjalanan dan menatap pondok kediaman adik Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal yang dinobatkan sebagai pelajar paling cemerlang SPM 2008 yang mendapat 20A. 19 A1 dan 1 A2. Tanpa disedari air mata membasahi pipi mengungkap setiap bait kata-katanya yang membahasakan diri sebagai kakak. Betapa kemiskinan dan kesusahan itu bukanlah suatu alasan untuk kita gagal bahkan ia menjadi pendorong yang sangat luar biasa untuk meraih sebuah kejayaan.

Adik Nik Nur Madihah yang belajar di sekolah Maahad Muhammadi Lilbanat di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan merupakan anak sulung daripada 4 beradik ini merupakan anak kepada seorang nelayan dan ibunya bekerja sebagai tukang cuci di Universiti Malaysia Kelantan. Beliau tinggal di Kampung Parang Puting di mana sekolah rendah saya dahulu dan kampung saya membesar tapi saya tidak pernah mengenali adik ini sehinggalah kejayaan ini menjadikan beliau selebriti yang mendapat liputan media cetak dan elektronik.

Mabruk alfu mabruk diucapkan buat adik Nik Nur Madihah.

Beliau yang menjadikan sunnah berpuasa isnin dan khamis semenjak darjah enam kerana tidak ada duit untuk membeli makanan dan menjadikan roti sebagai makanan kegemaran. Hayati luahan seorang ibu.

“Kadang-kadang saya menitiskan air mata sebab kakak terpaksa berpuasa sebab tidak ada wang untuk beli makanan.

“Tetapi alhamdulillah, kakak memahami keadaan keluarga. Malah kakak menjadikan ibadah itu sebagai rutin pada setiap hari Khamis dan Isnin sejak berumur 12 tahun.”

Katanya, biar susah bagaimana sekali pun, anak sulung daripada empat beradik itu tidak pernah merungut.

Malah Nik Nur Madihah, menurutnya, melalui semua kepayahan itu dengan tabah dan menerimanya sebagai cabaran untuk berusaha dengan lebih keras.

“Disebabkan tak ada wang poket, kakak akan makan roti di sekolah dan kerana terlalu banyak makan roti, ia jadi kegemarannya. Malah dia bercita-cita belajar cara buat roti. Kata kakak, dia hendak buat roti banyak-banyak.

“Ibu mana yang tidak tersentuh apabila melihat keadaan anak begitu. Tetapi saya bersyukur kerana dia menerima kekurangan ini,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.




“Wajah penuh kematangan yang tampak di raut wajahnya”

Beliau membuktikan kesusahan keluarga bukan tembok penghalang untuk mencapai kecemerlangan dengan mengambil sebanyak mungkin mata pelajaran bagi menguji keupayaan dirinya dalam menghadapi cabaran hidup sebagai pelajar.

Mariani berkata, sejak kecil anaknya itu gemar membaca buku dan setiap masa terluang tidak pernah dibiarkan begitu saja.

“Memang dari kecil lagi dia minat benar dengan buku. Saya dan suami tidak pernah paksa kakak membaca buku, kadang-kadang paksa dia suruh berhenti sebab sudah masuk Maghrib.

“Sifat ulat buku ini turun kepada tiga adiknya,” tambahnya.

Menurut Mariani, seorang lagi anaknya kini menuntut dalam tingkatan empat di Sekolah Menengah Teknik Bachok, seorang dalam tingkatan tiga di bawah tajaan Permodalan Nasional Berhad di Bandar Salak Tinggi dan yang bongsu di tahun lima Sekolah Kebangsaan Parang Puting di sini.

Ujarnya, sekiranya Nik Nur Madihah meminta wang untuk membeli buku, dia dan suami akan berusaha mencari wang tersebut tetapi selalunya ia tidak diberi serta-merta kerana kesempitan hidup.

“Kakak tidak banyak kerenah dan agak pendiam. Dia pun tidak beritahu kami dia ambil 20 mata pelajaran dalam SPM sehinggalah saat-saat akhir,” ujarnya.



muka_hadapan

Hayati luahan hati beliau ketika ditemuramah oleh wartawan Utusan Malaysia Azran Fitri Rahim. Apakah resipi kejayaan yang beliau perolehi.

Bagaimana timbulnya idea untuk mengambil 20 mata pelajaran dalam peperiksaan SPM tahun lepas?

NIK NUR MADIHAH: Sebelum ini jika dilihat kebanyakan pelajar cemerlang datang dari keluarga yang senang seperti anak guru, pegawai bank, oleh itu, timbul idea saya mahu buktikan kepada masyarakat bahawa anak nelayan juga mampu mencatatkan kejayaan yang cemerlang seperti orang lain.

Jadi, saya mencabar diri sendiri supaya mencatat sejarah dengan 20A.


Apakah resipi kejayaan dan bagaimana saudari belajar sehingga mencatatkan keputusan cemerlang ini?

Keputusan ini adalah di luar jangkaan, saya sasarkan hanya 18A. Paling penting ialah banyak berusaha dan belajar secara strategik, sekiranya timbul masalah cepat bertanya kepada guru dan selebihnya bertawakal.

Strategi yang saya maksudkan ialah memberi tumpuan sepenuhnya ketika belajar kerana saya tidak mempunyai jadual belajar yang khusus seperti orang lain. Saya belajar ketika terasa mahu belajar sahaja tetapi ia berterusan.

Siapakah di sebalik kejayaan ini dan bagaimana mereka membantu untuk kejayaan ini?

Ibu bapa dan guru-guru banyak memberi dorongan, tanpa mereka saya mungkin tidak mencapai kejayaan ini.

Saya sebenarnya merahsiakan kepada ibu bapa bahawa saya mengambil 20 mata pelajaran dalam SPM sehinggalah keputusan peperiksaan percubaan keluar baru saya beritahu kedudukan sebenar dan mereka memberikan sokongan malah ayah memberi cabaran tambahan.

Saya rahsiakan sebab saya mahu membuat kejutan. Jadi keputusan ini adalah sumbangan kecil saya kepada ibu bapa yang banyak berjasa untuk membesarkan saya.

Dorongan guru-guru di Sekolah Menengah Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) bagaimana?

Amat baik, malah guru yang menyelia saya, Mohd. Razali Konok mencadangkan supaya saya berhubung dengan bekas pelajar terbaik SPM 2006, Siti Fatimah Mukhtar, selepas itu saya sentiasa berhubung dengannya untuk mendapatkan nasihat.

Sebagai anak nelayan, bagaimana kehidupan saudari?

Kehidupan kami sekeluarga amat sukar, kadang-kadang tidak ada makanan. Oleh itu, sejak tahun enam saya mengamalkan puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis.

Secara purata saya akan membawa wang poket tidak sampai RM1 malah kadang-kadang tiada wang untuk makan di sekolah kerana wang yang diberikan oleh ayah hanya cukup untuk tambang bas ke sekolah kira-kira RM4 untuk pergi dan balik.

Di sekolah saya hanya makan roti atau bawa bekal nasi goreng. Saya menerima semua ini dengan reda kerana faham ayah tidak mempunyai pendapatan tetap secara purata sekitar RM500 - RM700 sebulan.


Bagaimana saudari belajar dengan keadaan rumah yang sempit dan kurang selesa ini?

Saya belajar di ruang tamu, Alhamdulillah tiada gangguan kerana tiga adik saya sudah besar dan dua daripadanya tinggal di asrama.

Adakah saudari merasa rendah diri berbanding rakan-rakan lain yang lebih selesa dan mewah di sekolah?

Tidak, malah saya menjadikan ia satu cabaran untuk mengubah kehidupan keluarga kami.

Kehidupan yang sukar terutama ketika musim tengkujuh atau bot ayah rosak menjadikan saya lebih insaf untuk berusaha bersungguh-sungguh. Pada ketika ayah tidak dapat ke laut, kami hanya makan nasi berlauk telur goreng.


Kenapa tidak tinggal di asrama dan adakah saudari mendapat kemudahan biasiswa?

Kalau tinggal di asrama kos lebih tinggi, lagi pun saya lebih selesa dan tenang belajar di rumah kerana tiada gangguan walaupun rumah tidak sebesar mana.

Saya tidak pernah mendapat biasiswa dari mana-mana agensi cuma sumbangan yang diberikan oleh guru-guru melalui Cikgu Razali sebanyak RM200 sebulan.


Adakah saudari mendapat tuisyen daripada pusat tuisyen di luar sekolah bagi mata pelajaran yang tidak diajar di sekolah?

Tidak, ayah tidak mampu. Saya beruntung kerana sekolah menyediakan guru lain untuk lapan mata pelajaran yang tidak diajar di sekolah, saya bersama rakan-rakan akan belajar subjek tersebut pada kelas tambahan ketika cuti hujung minggu tetapi bagi mata pelajaran sastera saya belajar sendiri dan tidak pernah mengikuti kelas secara formal.

Lapan subjek ini, Pendidikan Agama Islam, Prinsip Akaun, Perdagangan, Ekonomi, Tasawur Islam, Geografi, Sains dan Sastera saya belajar ketika tingkatan lima.

Bagaimana dalam tempoh setahun saudari mempelajari semua subjek-subjek ini?

Seperti saya jelaskan tadi, banyak berusaha dan bertanya. Idea untuk menambah lagi mata pelajaran hanya timbul ketika tingkatan lima kerana pada tingkatan empat saya terpaksa menumpukan pada 24 mata pelajaran termasuk 12 subjek agama untuk peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU).

Adakah saudari menjawab semua soalan mata pelajaran Sains dan Matematik seperti Fizik dan Kimia dalam bahasa Inggeris?

Ya, sebab lagi mudah dan ditekan oleh guru sejak awal lagi.

Apakah hobi dan cita-cita saudari?

Hobi saya ialah membaca, kalau ada masa lapang saya akan membaca terutama novel tulisan Faisal Tehrani. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang ahli fizik, disebabkan tidak ramai orang Melayu menjadi ahli fizik.

Di mana mahu melanjutkan pelajaran?

Di luar negara tetapi tempat khusus atau universiti mana saya tidak kisah.

Semoga kejayaan adik Nur Madihah menjadi teladan kepada kita semua dalam meniti kejayaan dunia yang menjadi wasilah kepada kejayaan di akhirat sana. Benarlah firman Allah “Boleh Jadi apa yang kamu benci itu lebih baik buat kamu dan kemungkinan apa yang kamu suka itu sesuatu yang tidak baik untuk kamu” Sesungguhnya hanya Allah mengetahui apa yang terbaik untuk kita kerana Dia Maha mengetahui segalanya.

Wednesday, April 15, 2009

SALAM PERJUANGAN....

Afwan... tiada,tajuk yang sesuai tuk di ungkapankan..
hanya salam perjuangan sebagai lontaoran kata-kata semangat utk diri ana dan sahabat2 yang akan sama-sama menghadapi perjuangan di medan peperiksaan akan datang ini...
semoga berjaya DUNIA dan AKHIRAT..
Semoga perjuangan ini berterusan bukan saja di dalam menuntut ilmu tapi jugak dalam medan DAKWAH..insyaALLAH..(^_^)

MA'ATAUFIQ WANNAJAH FIL IMTIHAN....






Sunday, April 12, 2009

kerdil sangat diri ini...

ALHAMDULILLAH....kuliah utk sem nie da berakhir pada 9 april 2009, minggu lepas dan insyaALLAH...ini sem terakhir ana utk study di bumi yang menemukan ana suatu pada keindahan islam sehingga membawa diri ini pada keasyikkan tuk mencari REDHA dan CINTA yang HAKIKI dari yang ESA....

************************************************************************************

Kalau dulu ana datang utk memenuhi impian kedua ibu bapa..menutut ilmu di pusat pengajian tinggi.walau hati berat melangkah tapi digagah juga sebab tak mahu mengecewakan kedua-dua insan yang begitu di cintai.. kalau dulu kata-kata cinta dan sayang wat mak dan bapa sukar dilafazkan..entah mengapa begitu janggal tapi sekarang nie seperti air sungai yang mengalir dengan derasnya dan takkan putus..ssampai bila.....

Kalau dulu fikiran ana masih sempit,bagi ana datang keIPT nie akan membebankan ke-2 orng tua dan dalam masa yg sama menjadi kebanggaan mereka,tapi setelah ana sampai disini dan bergelar seorang pelajar..baru ana tahu ini telah menjadi tren(setiap pelajar akan ke-universit), susah atau senang itu yg terakhir apa yang penting menuntut ilmu...

Bagi ana juga menuntut kesini(UNIVERSITI) ibarat sebuah mimpi yang tak sudah buat diri ana tak pernah terfikir..sebab dulu ia hanya catat cita-cita yg tak pasti buat diri ini..ia hanya catat suka-suka dalam biodata,kerana ana tak pernah yakin pada diri,apa yg dilakukkan hanya mengikut gerak langkah,bukan dari hati dan fikiran yg matang....

Kerana fikiran ini..ana akui ana sukar tu menguasai pelajaran..sebab ana masih terasa ia hanya mimpi dan memenuhi impian ke dua ibu bapa...terasa berat juga diri nie menanggung perasaan beban nie..namun langkah tetap diteruskan dan tak kan berundur....
tapi siapalah ana hanya sebaris kata itu tidak mampu bertahan pada hati yang sering berada dalam delema dan masih rapuh ini....

Dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar,menuntut ilmu di sini...ana terjumpa pula tempat penyucian hati(ilmu mengenal ALLAH,ilmu megenal erti cinta dan kasih sayang pada yg HAK) terharunya hati nie..bila kali pertama mengikuti program ISLAMI nie..terasa satu ketenangan yg tak pernah dirasai lagi sebelum nie,bukannya di sekolah tiada majlis ilmu...ada tapi kurang dan kebanyakkannya lebih kepada benda basic,tiada penekanan dan pemahaman yg mendalam...

Pertemuan kali ini...memberi kesan yang lagi dalam
ketika ana mengikuti PROGRAM PEMANTAPAN IBADAH..satu ayat yg begitu berkesan pada diri ana semasa mengikuti PROGRAM PEMANTAPAN IBADAH(sem-1)..di mana program dijalankan ketika bulan puasa....
seorang moderator program bertanya satu soalan pada peserta
"ADAKAH KAMU MUSLIM?....buktikan dan jawapan semasa sesi wida'"...

"ADAKAH AKU MUSLIM..?"..soalan nie berlegar-legar dikepala otak nie..dan cuba mencari jawapan.dgn yakin ana menjawab dalam hati.."YA AKU MUSLIM..!! tapi apa bukti ku seorang muslim?adakah kerana ibu bapa ku islam?kerana IC ISLAM?atau apa?..
hanya menjadi tanda soal..ana tiada jawapan yg pasti tu soalan nie...
namun ana masih still..mencari jawapan,sbb bimbang jika di soal semasa sesi wida' esok hari.tapi tiadajawapan tuk itu,yang ana tahu hanya adalah seorang ISLAM utk bukti tak tahu..soalan nie memang melekat pada hati..hingga tak sabar tuk sesi wida'.. apa kah jawapannya....
semasa sesi wida' dijalankan moderator mengulang soalan yg sama dan meminta sesiapA peserta yang dgn confident ingin jawab soalan nie...
insyaALLAH pelbagai jawapan yang diberikan..dan suma jawaban itu betul..
Bila tiba moderator menjawab soalan tu..begitu ringkas dan padat iaitu RUKUN IMAN DAN RUKUN ISLAM.

Masa tu soalan nie sentiaa membuat diri ini gelisah..
Ana mula sedar diri..ana mula mencari jawapan pada diri ini...adakah ana telah BERIMAN@MELAKSANAKAN RUKUN ISLAM..yg telah disyariatkan.waktu tu ana baru sedar selama ini ana belajar sudah belajar kedua-dua RUKUN tersebut,dari sekolah rendah sampai menengah..dan ingat lagi masa sesi ujian sungguh-sungguh hafal buku fardhu ain..tapi dimana AMALAN ana selepas menghafal?sejauh mana ana beriman dan memahami suma tu?langsung TIADA....sumanya kosong.baru ana sedar ceteknya pemahaman agama ana,tiada pun perasaan dalam memahami ISLAM.Yang ana tahu ana sorang Islam dan berasa sudah memahai islam tapi hakikatnya adalah sebaliknya....
Tiada penghayatan ISLAM dalam jiwa nie...dalam diri ini masih kosong...
YA ALLAH..kerdil sangat diri ini...

Disinilah permulaan ana dalam melayar kehidupan dan mencari redha ALLAH.Di bumi kenyalang ini, ana belajar erti makna ISLAM yang sebenar..
syukran wat ukhti-ukhti yang banyak membantu diri ini,ana kagum dengan kalian..ingin ana menjadi seperti kalian..semoga ukhwaha ini kekal hingga kesyurga...
Buat mak dan bapa yang ana cintai,terima kasih banyak2 kerana membesarkana ana yang telah banyak melakukkan dosa ini..syukur ana kepada kalian walaupun tidak dapat memberi didikan agama yang sempurna pada diri ini,namun kalianlah telah mengajar erti kehidupan nie telah menjadikan ana lebih dewasa,tiada apa yg dapat ana balas segala pengorbanan kalian pada anak ini...doakan anak ini menjadi anak yang soleh yg sentiasa mendoakan mak dan bapa di akhirat kelak...
Buat junjungan NABI MUHAMMAD SAW yg tercinta..kerana Baginda ana merasai nikmat hidup Islam,kerana baginda Islam dapat sampai tempat ini,dan berana Baginda ana belajar tentang pengorbanan dan perjuangan..
Dan pertama-pertama sekali syukur pada YANG ESA..atas limpah dan kurnianya ana menikmati semua ini...sesungguhnya HIDAYAH itu milikMU ya RABBI, ku berdoa semoga diri ini sentiasa mendapat RAHMAT dan HIDAYAH dari sisiMU...

Kalau dulu kedatangan ana kemari atas dasar mencari ilmu dan memenuhi impian...
Namun kini ana sentiasa dalam pengharapan pada ILAHI..semoga diri ini sentiasa dalam REDHANYA...

**************************************************************************************

insyaALLAH...tidak akan pernah hadir rasa penyesalan atau keterpaksaan dalam diri ini menuntut Ilmu di bumi kenyalang ini..semoga ilmu yang diperolehi ini dapat memberi maanfaat yang berpanjangan kepada diri,keluarga,negara dan pertama-tama sekali kepada seluruh umat ISLAM...wallahu'alam....(^_^)

ISLAM IS WAY OF THE LIFE.....

Pemuda Bergunalah...!!!

SUMBER:HALAQAH-ONLINE
WRITTEN BY:www.masfahri.blogspot.com

Dalam setiap peradaban dan tamadun didunia ini tidak dapat tidak terpaksa diakui bahawa ada satu golongan yang tidak kurang peri penting peranan mereka dalam menyumbang kepada pembangunan tamadun tersebut, sebutlah apa saja zaman tamadun maka generasi ini, golongan inilah yang menjadi nadi dan tulang belakangnya, tanpa keterlibatan generasi ini maka lumpuhlah seluruh organisasi ketamadunan tersebut, generasi ini iaitulah generasi pemuda. Generasi pemudalah yang hakikatnya yang menggerakkan sesuatu tamadun tersebut walaupun ia dipimpin oleh generasi tua dalam pada waktu yang sama.

Hal ini tidak terlepas juga dalam ketamadunan islam , jika kita berbicara tentang kemunculan islam, pembangunan islam, dan seterusnya ketamadunan islam maka pastilah terngiang-ngiang di telinga kita nama seperti umar al-khattab, ali k.w, bilal bin rabah, khalid al-walid, salman al-farisi dan nama lainnya, maka semua ini simbol kepada pemuda islam yang muncul pada zaman ketamadunan islam dahulu, hal ini sesuai dengan sabda baginda s.a.w :

“Aku pesankan kepada kalian agar memperlakukan kaum muda dengan
baik. Sebab, hati mereka lebih lembut. Ketahuilah, sesungguhnya Allah
mengutusku sebagai saksi, pemberi kabar gembira dan pemberi peringatan.
Ternyata orang-orang mudalah yang menyambutku dan orang-orang tualah yang
menentangku.”


Lalu orang-orang mengatakan masalah ini dalam sebuah syair.

Sesungguhnya ranting-ranting muda

bila kauluruskan dengan Lembut, luruslah ia

Tetapi tidak demikian halnya

bila kayu yang kauluruskan


“Sesungguhnya mereka adalah Pemuda-pemuda
yang beriman kepada Rabb mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk.
“(QS. aI-Kahfi,18:13)


Adalah jelas kepada kita akan hal ini bahawa pemudalah yang berperanan dalam membangunkan sesebuah ummah tersebut, makanya islam juga justeru seharusnya begitu malahan lebih lagi kerana ia membekalkan pemuda-pemuda yang beriman dan yang mempunyai jiwa yang kental kerana akidah yang kukuh kepada Allah s.w.t. Pemuda mempunyai suatu tenaga yang sangat tinggi yang perlu digali untuk pembangunan ummah ini, jadinya sesuatu perlu dilakukan agar mereka lebih berdaya guna untuk ummah ini dan bukannya untuk diri sendiri sahaja. Pemuda yang benar-benar mempunyai akidah yang kukuh, jiwa yang kental, iman yang terjaga sahajalah yang dapat melakukan segala hal yang diimpikan ini, selain dari itu adalah susah walaupun tidak mustahil sama sekali.

Persepsi Pemuda Zaman Ini.
Jika membandingkan antara tamadun yang terdahulu maka jauhlah sangkaan kita kepada nilai pemuda di zaman kini, baik yang berpelajaran atau sebaliknya, kerana hampir semuanya terlarut dengan kerosakan yang telah me"wabak" (lihat artikel lepas), pemuda yang ada hari ini adalah pemuda yang letih, lesu, songsang, naif, daif, jahil, kosong, lompong dan keliru. Hakikatnya masing - masing antara mereka sedang mencari sesuatu untuk diisi, bukan sahaja mengisi keperluan perut malah lebih dari itu mengisi jiwa mereka yang kekosongan, dan ada pula yang mengisi dengan tuntutan hawa nafsu yang melampau dan natijahnya sebuah peradaban itu juga turut lesu, lemah, longlai dan sakit hingga membawa kepada tenat.
Pemuda hakikatnya harus mengetahui dan mengenalpasti wabak yang sedang melanda mereka sekarang dengan meng"scan" iman mereka dan seterusnya di"heal" dengan amal islami yang sepatutnya dan selengkapnya. Jika sesuatu tidak dilakukan makanya kesan yang sangat besar kepada generasi akan datang yang tidak pernah diimpikan kita kedasyatan kehancurannya, pemuda-pemuda lelaki dan perempuan harus disedarkan akan perkara yang benar dan perkara yang tidak benar yang mereka lakukan, kalau dalam sebuah ungkapan dari seorang ustaz ia menyebut

" kenalkan mereka dengan maksiat "

yang bermaksud supaya setiap pemuda itu kenal akan sesuatu maksiat yang mereka tidak sedari itu adalah maksiat.

Keadaan sudah cukup membimbangkan dan tenat yang mana hal-hal yang melibatkan keruntuhan moral pemuda sedang rakcak berlangsung dan terus berlangsung, pemikiran ananiyyah yang dikenali sebagai sifat keakuan haruslah dibuang sepenuhnya dari kita semua, bagi mereka yang belajar dan akan menamatkan pelajaran dengan segulung sijil pengiktirafan dari manusia, sifat aku akan kerja besar, bergaji besar,berumah besar, berkereta besar dan beristeri besar tanpa memikirkan keadaan ummat dan terus membiarkan ummat berada dalam kehancuran sangatlah dikesalkan dan wajib dibuang jauh-jauh. Selain itu sikap aku "enjoy" sepuas-suasnya dengan duniaku juga perlu dibuang jauh-jauh. Persoalannya sampai bila? ya sampai bila saudara-saudaraku lelaki dan perempuan, adakah tujuan hidup ini untuk semua untuk dihabiskan dengan kepentingan diri sendiri? adakah kita diajar untuk mengabdikan diri kepada dunia ini seluruhnya hingga pengabduan kita kepada allah bagai "hidup segan mati tak mahu" bukanlah islam menyuruh meninggalkan dunia ini dan kemudiannya mengambikan seluruh kepada akhirah , akan tetapi " ambillah seluruh hidup dunia ini untuk dibawa keakhirat kelak " ia ibarat kita membawa perbekalan ke suatu tempat lain, jika kita dari malaysia contohnya dan kita ke amerika , tidakkah ringgit kita tidak laku untuk dinilaikan disana dan dollar juga pilihan kita namun kita perlu ada ringgit yang cukup banyak untuk dolar tersebut, ya! begitulah juga akhirat, ambillah seluruh kekayaan dan apa sahaja yang ada dibumi ini lalu kita berikan seluruhnya kepada islam, kita sumbangkan kepada islam, baik harta, tenaga , buah fikiran malahan jiwa kita kitaberi pada islam, kalau sebuah kata-kata yang sesuai untuk renungan kita ,

" Letakkanlah islam dihatimu dan dunia di tanganmu, kelak jika diminta duniamu rela kau beri dengan mudahnya untuk akhiratmu, dan jika diminta akhiratmu sanggup kau bermatian kerananya"

ya, sudah pasti kita seharusnya kena kembali kepada islam , kita sumbangkan seluruhnya hidup kita ini untuk islam, di mana pun ada yang bermanfaat untuk islam kita pasti akan berada disitu untuk menyumbangnya, malah jiwa kita kita sanggup berikan apabila kita diminta untuknya. Saudaraku, seorang yang bermanfaat adalah seseorang yang dapat memberikan sesuatu untuk keperluan uummatnya , itulah yang dicontohkan oleh para rasul dan sahabat r.a, setiap detik masa mereka memikirkan untuk kepentingan ummat, setiap denyutan nadi mereka adalah untuk ummat, setiap hela hafas mereka untuk ummat, maka seluruh hartanya apatah lagi untuk ummat, kerana bagi mereka kenikmatan sebenar ialah apabila bertemu tuhannya iaitu tuhan yang esa, tuhan yang menjadikan yang hidup dan tuhan yang mematikan yang hidup, tuhan yang maha berkuasa atas segala sesuatu.

Saudaraku, justeru itu kusarankan kembalilah, kembali lah dari duniamu yang dikau fikirkan bermanfaat itu namun hakikatnya mengkhayalkanmu dari jalan tuhanmu, buangkanlah karat-karat jahiliyyahmu, jauhkanlah karat-karat maksiatmu yang hakikat hati kecilmu mengakuinya dan mengiyakannya, saudaraku, bergabunglah dan sertailah siapa sahaja golongan mereka yang bersama-sama untuk menegakkan islam dimuka bumi ini. Saudaraku belum terlambat untukmu menggunakan seluruh kekuatanmu untuk bersatu untuk islam, kerana dikau pemuda, tenagamu masih membenarkanmu, jiwamu masih membara, fikiranmu masih tajam, saudaraku belum terlambat lagi, ayuh gapailah tangan-tangan mereka yang terhampir untuk diselamatkan dari kelelahan dunia ini. BERDAYALAH!

***********************************************************************************
PEMUDA ITU ADALAH MASA DEPAN NEGARA...JIKA ROSAK PEMUDANYA ROSAKLAH NEGARA YANG AKAN DIPIMPIM DI MASA AKAN DATANG....
SEMOGA KITA PARA PEMUDA DAN PEMUDI SENTIASA DALAM PERSEDIA MENHADAPI KEHIDUPAN DUNIA yang HANYA BERSIFAT SEMNTARA INI UNTUK AKHIRAT HAKIKI.....(^_^)

IBNU ATHAILLAH...

Ibnu AthailLAH..:
"LA YUKHRIJU ASY SYAHWATA ILLA KHAUFU MUZ'IJUN AW SYAUQUN MUQLIQUN"!!!
maksudnya: tiada yang dapt mengusir syahwat atau kecintaan pada dunia,selain rasa takut kepada ALLAH yg menggetarkan HATI dan rasa RINDU kpd ALLAH yg membuat HATI MERANA......"

LEBURKANLAH CINTA KU PADA DUNIA YANG SEMENTARA INI DENGAN CINTA YANG HAKIKI PADA YG ESA DISALUTI IMAN DAN TAQWA AGAR KU TIDAK LAGI LEKA PADA DUNIA.....

Friday, April 3, 2009

5 Tips Berurusan Dengan Lelaki

Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati...

1. Elakkan berurusan dengan lelaki - Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.

2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.

Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya keraskan suara!(baca: bukan keraskan tapi tegas & jelas serta buat intonasi suara yang mendatar) Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 :"Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik." Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best kan ???

3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa “ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan.”

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar bisa berlaku.

Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah Al-Ahzab, ayat 53 :"…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…". Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke..

Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai cik _____, tundukkanlah pandangan..". Isk,isk..tak layaknya..

5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go.

Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya. Jagalah diri, hiasi peribadi. Wassalam.

sumber :
http://www.iluvislam.com/v1/index.php