Monday, November 3, 2014

kini pasti..

Bertahun lama rasanya jiwa ini hanyut...
kini baru ku sedari
semuannya hanya mimpi yang tak pasti..

aku bagaikan menari-nari dipentas keasyikan..
kelalain dan keegooan..

kali in aku ingin lari ..
aku ingin kembali..
dimana asalkan..

sujud pada yang pasti..
memeinta pada yg memeberi..
mendamba pada yang nyata..


Tuesday, August 12, 2014

BANGUN...

SAAT KAU JATUH 
BANGUN LAR KEMBALI..
MENGEJAR MIMPI..
MENCARI REALITI SAKSI..

DUNIA YANG MELEMASKAN..
JIWA YANG MENDAMBAKAN KASIH TUHAN..

Sunday, August 3, 2014

Cuma Manusia Biasa

aku manusia biasa, walaupun sudah melalui process tarbiyah..tapi jiwa ku jgk seperti orang biasa. kerna aku bermula dari manusia biasa.

rasa ingin dicintai mencintai, ingin gembira dan bahagia, ingin cantik dan menawan, ingin di dampingi dan mendampingi orang lain...aku nda lari dari perasaaan itu sebab aku manusia biasa.

bila aku melihat orang sekeliling, melihat tv membaca novel... aku tertanya jgk kenapa aku tidak seperti mereka. kenapa aku tidak cantik, tidak menarik, tidak bijak dan berkemampuan seperti mereka..

aku langsung xda ciri-ciri semua tu..kadang aku benci melihat semua tu..aku rasa diriku nie macam useless..
yup perasaan tu akan terus berkembang kalau aku nie jahil dan tiada kesedaran..

aku manusia biasa yang diberi fitrah oleh ALLAH supaya sedar dan faham akan takdir dan ketentuaN ALLAH SWT.

seperti ini...

~ tetiba masuk artis korea~...
aku manusia biasa bila melihat kecantikannya aku pun terpegun..kenapa aku tak cantik macam dia..muka lawa, berbakat..orang pandang sekali pun orang akan terpikat... ( tak lar aku fikir jauh2 cukup utk musabah diri) tapi jawapan aku tahu ada pada ALLAH.. ada sebab dia ciptakan aku begini..ini takdir ku..

~ lee min hoo yg kacak ~

lihat muka lelaki nie..perempuan mana tak cair.. terutama aku manusia biasa nie, hati xkuat..mudah sngt jatuh hati..hukhuk.. tapi adakah orang nie wujud dalam realiti hidup ku? wallahu'alam... klu wujud pun pasti xpandang aku.. siapa lar aku nie..xda aset langsung...

tapi ini lah aku...aku manusia biasa, rasa cemburu dan ingin sempurna seperti mereka.. punya angan-angan tinggi awan..cita-cita yang bisa membawa aku tinggi pergi jauh. ingin di kasih dnegan rasa CINTA yg suci dari noda...

aku manusia biasa..aku nda mampu bertahan dengan dugaan..kadang2 aku tersungkur... kadang2 aku merungut, marah dan kecewa... namun aku sedar tiada yang memahami aku melainkan DIA...

aku manusia biasa..aku tak tahu apa kah aku biasa menetukan takdir hidupku..bagaimana? mampu kah aku...?ya ALLAH aku tak tahu apa yg ada dlm otak ku...aku tak larat dan xdapat berfikir dgn baik..apa kah yg telah engkau rancangkan untukku...


aku manusia biasa, angan-anganku selalu luar biasa..fikirankan selalu terarah dgn dunia fantasi... aku selalu bermimpi..aku tidak ddk dalam dunia realitI yg telah membawah angan-angan ku pergi dari kehidupan sebenarku... apa harus aku lakukan? kemana harus aku pergi? lorong mana harus aku pilih? pintu mana harus ku ketuk untuk bertemu orng yg benar bisa membimbing ku? laluan mana? arah mana? kemana arah tuju ku? sungguh aku tiada kekuatan dan tiada petunjuk..fikiran ku kosong dan kabur..

pelayaran ini harus ku terokai lagi...mencari arah hidup untuk aku pergi menuju destinasi yang benar..


salam..kerinduan.

..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...

disebalik kesunyian tersimpan seribu kerinduan..
buat kalain insan-insan yang mendambakan syurga TUHAN

#PRAY4 GAZA
#PRAY 4 MUSLIM...

Tuesday, November 5, 2013

Penghijrahaan.. ( 4 NOV 13 <> 1 MUHARRAM 1435)

Alhamdulillah..
Tiada nikmat yang terbesar dirasai adalah ALLAH memilih Diri ini menjai seorang ISLAM.. diberikan nikmat IMAN.. untuk mencari KEREDHAAN dalam kehipan ini.

hari nie usia sudah menjangkau 26tahun 1 hari. semalam.. genap 26thn, jatuh pada hari dengan pertukaran tahun Islam tahun nie 2013(30 zulhijjah 1434 -> 1 muharram 1435).usia semakin bertambah, bermakna, telah berkurang 1 tahun untuk menuju kematian, semakin pendeknya kehidupan ini. syukran kepada sahabat2 yang memberi ucapan dan doa-doa kalian..semoga berkat doa kalian buat diri ini.

semakin meningkat usia, semakin lar diri bermuhasabah diri, muhasaba tentang kehiupan dan persiapan diri. semoga tahun yang berlalu ini..membina kedewasaan diri lebih mendekati ALLAH. diri nie manusia biasa yang sering terlupa dan lalai dengan dunia.

Sempena di hari Muharram ni..mengingat diri dengan penghijraan yg berlaku diri. Adalah proses kedewasaan mengenal agama dan mendekati Islam. Dari tidak tahu kepada tahu, dari tidak mahu kepada mahu. pengHijrahan kepada keadaan yang lebih baik dari sebelumnya. Pelbagai suka dan duka ditempuhi.. perkataan hijrah itu memang mudah untuk di ungkap. kadang-kadang orang selalu sebut dan nasihat " berubah lah.." hakikatnya dalam proses perubahan itu agak perit juga, kadang-kaang begitu sakit untuk dilalui..namun segalanya akan menjadi tenang dilalui dengan adanya Ilmu dan kefahaman, ianya menjadi penguat dengan meletakkan keyakinan pada ALLAH SWT.

Terimbau kenangan sebelum dapat sambung belajar ke bumi kenyalang. Betapa jahilnya diri nie, tidak pernah terlintas dan terfikir untuk datang ke bumi kenyalang tu. Masa tu fokus nak pergi semenanjung kebanyakan orang kampung menceritakan bumi semananjung yang mengujakan. Tapi siapa tahu atas kehendak ALLAH di tempatkan kebumi sarawak..bumi yg pada masa tu pada pandangan ku bumi yg tandus dgn kemajuan. Tiada yang menarik hati ku. Namun Bumi yang aku dfikir tandus tu lar menjadi tapak pemula kepada process penghijrahan diri. DiBumi itu lar suburnya sinar-sinar Islam dalam diri, perumpamaanya sama macam diriku..aku yang tandus dengan kefahaman agama hatiku yang jauh dari Agama, diBumi Kenyalang itu lah ALLAH tumbuhkan benih Islam sebagai tapak permulaan kehidupan menuju kedewasaan mengenal diri.





Akhir kalam.. SALAM MAAL HIJRAH, 1 MUHARRAM 1435.. buat sekalian umat ISLAM, tutup buku lama kita mulakan dengan buku baru, kehidupan baru yang lebih baik untuk tahun ni dan kita menjadi lebih baik pada tahun mendatang..Aminn...InsyaALLAH..

Abu Hurairah r.a berkata :
" setiap kali datangnya tahun baru membuat aku risau dan resah kerana ,semakin singkat umurku, semakin dekat ajalku, semakin tipisnya waktu pengampunan ALLAH terhadapku, semakin dekatnya hari perhitungkanku "





Friday, October 25, 2013

Dia Anak Kecil



Dia anak kecil..
masih mentah
masih tidak faham
tidak kenal diri

Dia anak kecil..
jiwanya meronta
hatinya meberontak
nalusinya sensitif

Dia anak kecil
dunianya unik
sukar difahami
tidak mudah di dekati

Dia anak kecil
dia rasa kuat
dia rasa hebat
ibarat raja rimba

Dia anak kecil
ingin ku selami hatinya
ingin ku santuni dirinya
ingin ku mendidiknya

Anak kecil itu...
dalam kekerasan ada kelembutan
dalam gembira ada kedukaan
dalam benci ada kasih

Anak Kecil
moga engkau jadi anak soleh..


Wednesday, October 23, 2013

Mengapai Impian


Awan kelam malam
menutupi bintang
mengaburi bulan..

langit biru indah..
menerangi siang
menyinari matahari

bintang nan tinggi
ingin dicapai
jalan berduri
ingin ditempuh

jiwa yang suci
menyuluh jalan
mengapai impian
menuju kejayaan