Wednesday, December 14, 2011

AYAT-AYAT CINTA

"Barang siapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk),Dia akan membukkan dadanya untuk menerima Islam. Dan barang siapa dikehendaki-NYA menjadi sesat,Dia jadikan dadanya sempit dan sesak,seakan-akan dia(sedang) mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman" (surah Al-An'am: ayat 125)



Subhanallah..
Maha suci Tuhan sekalian Alam..
terlalu indah kata dan teguranNYA..

adakala tika diri leka dan alpha DIA la penegur..
dikala hati teluka DIA memberi ubatNYA..
dikala diri lemah DIA la penguat jiwa..
dikala diri ini berduka DIA sentiasa disisi..
dikala diri ini dalam kegelapan DIA memberi Cahaya..

Subhanallah...
Maha Pengasih dan Penyayang
ALLAH yg disembah... 
ENGKAU Maha ESA..
Aku meminta agar jangan ENGKAU cabut HIDAYAH ini..
jangan lah ENGKAU sesatkan aku..
kerana pada ENGkau saja tempat ku bergantung..
pada ENGKAU saja tempat ku berlindung..
dan hanya ENGKAU saja YA ALLAH...
padaMU berserah DIRI..


Aku hamba MU yg kerdil lgi Hina...
(T_T)

Wednesday, November 30, 2011

Tips Study @ Al-Quran

engan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM



Final Exam Membuka Tirai

Alhamdulillah, UTP bakal membuka dewannya khusus bagi menempatkan pelajar-pelajar menjalani peperiksaan akhir semester ini bermula 5 May 2011 sehingga 15 May 2011. Seperti tempat yang lain, buah jadual peperiksaan yang berbeza-beza dari pokok jurusan yang berbeza-beza, ada yang mula lebih awal, ada yang lebih lewat bermula, ada pula habis awal, dan ada pula awal habisnya. Bagi saya, berada di pertengahan, bermula dari 7 May 2011 sehingga 12 May 2011. Mohon doa dari semua untuk kejayaan menjawab dengan tenang dan benar pada peperiksaan yang bakal menerpa.

Sudah tentu di tempat yang lain, ada yang sudah heboh dengan final exam yang sudah menutupkan tirainya. Bagi UTP, memang hampir sering antara yang lambat bermula, dan natijahnya semestinya habis lebih lewat berbanding IPT lainnya. Namun, ianya bukan masalah yang utama untuk dipedebatkan, lebih utama sentiasa bersedia menghadapinya. Indikator mudah untuk melihat persiapan kita adalah dengan membayangkan jika Final Exam bermula HARI INI, adakah kita akan mampu menjawab soalan yang diberikan dengan cemerlang? Begitu juga kepada adik-adik di luar sana yang mengambil UPSR, PMR mahupun SPM, bayangkan bermula HARI INI, pasti tergeletek adik-adik menjawab tidak tentu hala (bukan semua)..^.^..pengajarannya, sentiasa bersedia ya.

Jangan Hanya Pandang Ke Barat

InsyaAllah, pada kesempatan kali ini, saya ingin berkongsi suatu alternatif bagi kita mendapatkan motivasi dan tips belajar berdasarkan sumber yang jarang diketengahkan. Kebiasaan bagi manusia zaman ini hanya mencari tips kejayaan dan kecemerlangan berpaksikan sumber kajian dari negara barat, mahupun negara-negara maju lainnya. Ianya memang amat baik bagi menyingkap dan mengutip mutiara-mutiara ilmu dimana-mana, kerana ia sebenarnya berasal dari umat Islam sendiri, namun mengapa pada hari ini kita lebih menaikkan dan mengutamakan sumber di sana berbanding sumber yang wajib kita pegangi, Al-Quran. Kerana 'Al-Quran Ummul 'Ilmi' [Ibnu Mas'ud], Al-Quran ibu/induk kepada ilmu. InsyaAllah, kali ini kita membelek ilmu pada topik tips belajar dan berjaya dalam Al-Quran.

Sebelum kita mulakan perkongsian perlu kita yakini dan sedari bahawa kecemerlangan dan kejayaan adalah tuntutan bagi seorang yang ingin beriman. Orang-orang yang beriman sepatutnya menjadi yang paling tinggi dalam pelbagai aspek, samada pendidikan, kerjaya, rumah tangga, sosial, ekonomi dan sebagainya, kerana inilah batu-bata yang bakal menguatkan binaan umat Islam.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, sedangkan kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."[QS al-Imran, 3:139]

Janganlah kita jatuh motivasi atau bersikap lemah, apatah lagi bersedih hati sehingga merapuhkan kejayaan, kerana jika kita mengaku orang-orang beriman, sepatutnya kita yang paling tinggi darjatnya tidak kira dalam apa jua aspek dan keadaan. Maka ayuh kita buktikan kepada dunia, orang-orang beriman paling tinggi kedudukannya. Kerana memang berjaya orang-orang yang beriman.

"Sesungguhnya berjaya-lah orang-orang yang beriman,"[QS al-Mukminum, 23:1] 


Tips Belajar @ Al-Quran

Sebenarnya terlalu banyak tips dalam al-Quran yang mampu kita manfaatkan dalam kehidupan, kita perlu menjadi orang-orang yang berakal, berfikir, menghayati dan mengkaji ayat-ayat Allah yang mengandungi pelbagai hikmah kepada semua status manusia. Antara tips yang ingin saya kongsikan pada kali ini adalah:

  1. Asking!
  2. Revision!
  3. Proactive!
  4. Effort & Determination!
  5. Time Discipline!
  6. Focus!
  7. Team Work!
  8. Visual, Auditory & Kinesthetic!
  9. Never Give-Up!
  10. Self Motivation!
1. Asking:

"maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui,"[QS an-Nahl, 16:43]

Allah nyatakan kepada kita, jika kita tidak tahu, maka bertanyalah. Namun, ada sisi lain yang ditekankan dalam bertanya, kita perlu bertanya kepada orang yang mempunyai pengetahuan terhadap sesuatu perkara itu. Jangan bertanya subjek Biologi kepada guru kaunselor, atau bertanya soalan kimia kepada guru bahasa, apatah lagi bertanya dengan kawan yang tidak tahu, nanti yang keluar dari mulutnya "kamu tak tahu?aku lagi tak tahu..huhu"..syarat nak bertanya, bertanya dengan orang yang tahu. Sedih kita lihat ketika guru/pensyarah bertanya kepada kita "ada apa-apa soalan? semuanya faham?"..hampir semua diam membisu, kerana kebiasaan ada 3 jenis manusia jika dia tiada soalan.
  1. dia memang faham, maka tiada apa yang ingin ditanya
  2. dia memang tak faham, maka tidak tahu apa yang ingin ditanya
  3. dia buat-buat faham, dia tidak faham, tapi buat-buat faham kerana.....(masing2 tahu ya)
2. Revision!

"Dan sesungguhnya dalam Al Quran ini Kami telah ulang-ulangi (peringatan-peringatan), agar mereka selalu ingat."[QS al-Isra', 17:41]

Diulang-ulang agar kita ingat. Inilah ulang kaji yang perlu kita praktikan. Kita pasti sedia maklum bahawa 'Practise Makes Perfect", begitu juga yang diajarkan Allah kepada kita, teruslah mengulang sehingga ia akan jadi kebiasaan. Psychological term kita gelar sebagai 'Repetition Power', suatu perkara yang jika terus diulang, akan membuatkan ia menjadi kebiasaan yang dengan lancar dan mudah untuk kita lakukan pada masa hadapan.

3. Proactive!

"..lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan diantara mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah karunia yang amat besar."[QS al-Fathiir, 35:32]

Ayat ini menerangkan 3 jenis golongan manusia. Ada yang menzalimi diri sendiri, sudah tahu exam dah dekat, tapi masih tidak mahu belajar. Ada pula pertengahan atau sedang-sedang, golongan ini biasa-biasa ja, dia belajar bila ada test atau exam, esok ada quiz baru belajar, minggu depan ingin exam, baru mula belajar. Ada pula proaktif/lebih dahulu/keterdepan, golongan ini membuat persedian jauh lebih awal berbanding golongan lain, persediaan dia juga lebih mencukupi bahkan terlebih-lebih berbanding yang lain, orang lain baru chapter 1, dia dah belajar sampai chapter 12..hehe..maksudnya dia memang proaktif kehadapan. Saya yakin kita semua ketika exam tinggal seminggu, sudah tentu belajar dengan bersungguh-sungguh, cuba bayangkan jika mode belajar sunguh-sungguh bagai minggu depan nak exam tu kita bawa pada awal sem lagi, bagaimana hasilnya?

4. Effort & Determination!

"dan bahawasanya, seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya,"[QS an-Najm, 53:39]

"Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya."[QS ath-Thur, 52:21]

Man Jadda, wa jadda. Inilah kata yang sering kita dengarkan, memang benar siapa yang usaha, dia akan dapat hasilnya. Begitu juga konsep kita belajar, cuba ingat kembali keputusan exam kita yang lepas, kemudian bandingkan dengan usaha kita, nescaya kita akan lihat perkara yang perlu dipertingkatkan. Kejayaan yang kita impikan dan angan-angankan, perlu dibuktikan dengan usaha dan kesungguhan. Inilah yang diajarkan Allah kepada kita, berusaha dengan bersungguh-sungguh.

"Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik."[QS al-Isra', 17:19]


5. Time Discipline!

"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok, "[QS al-Hasyr, 59:18]

Jika kita gagal merancang, kita meracang untuk gagal. Perhatikan hari esok, bersedia dan rancang apa yang akan kita lakukan hari esok, apa susunan masa untuk kita belajar, subjek apa, topik apa ingin dihabiskan, dan sebagainya. Lebih indah jika kita mampu membuat jadual waktu belajar kita, agar lebih tersusun dan teratur urusan kita. Namun masalah bagi kebanyakan pengguna jadual waktu ini, adalah masalah disiplin terhadap jadual yang diri sendiri tetapkan..ish3..Allah mengingatkan kita agar ikuti waktu yang telah ditetapkan

"Sesungguhnya shalat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman"[QS an-Nisa', 4:103]


Orang-orang beriman sepatutnya seorang yang disiplin akan waktunya, latihan yang diberikan Allah agar solat tepat pada waktunya perlu kita praktikkan dalam perkara lainnya. Mana mungkin kita ingin solat subuh pada waktu isyak, atau solat maghrib pada waktu zohor, kita akan disiplin mengikut masa yang telah ditetapkan.

6. Focus!

"(yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya,"[QS al-Mukminum, 23:2]

Fokus dalam beribadat memang dituntut kepada kita. Jangan ketika solat kita tidak fokus untuk beribadat kepada Allah, sehingga ingat benda-benda lainnya. Kita harus fokus dalam apa jua perkara yang kita lakukan. Cuba tanyakan pada diri kita, pernah atau tidak kita terlupa di mana barang yang kita letakkan? Pasti ramai antara kita sering bahkan selalu mengalaminya, kerana kita tidak fokus ketika kita meletakkan barang tersebut. Begitu juga ketika belajar, kita perlu fokus ketika membaca atau membuat latihan, terkadang kita belajar tapi fikiran dan minda kita tidak fokus terhadapnya, maka percentage ilmu yang kita pelajari berkurang berbanding jika kita fokus melakukannya. Selain itu, perkara-perkara yang mengganggu atau yang tiada manfaat perlulah kita tinggalkan sahaja.

"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,"[QS al-Mukminun, 23:3]


Perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat tidak perlu kita lakukan, perkara-perkara yang mendatangkan mudarat perlu kita tinggalkan.

7. Team Work!

"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya."[QS al-Maidah, 5:2]

Dalam menngusahakan perkara kebaikan seperti pelajaran, kita dianjurkan untuk saling tolong menolong ke arahnya. Masalah sekarang kita dapat lihat betapa ramai manusia yang mementingkan dirinya sendiri berbanding menolong orang lain? Ingin berjaya dan kaya sendiri-sendiri, melupakan kegagalan dan kesusahan orang lain, tiada langsung semangat ukhuwah yang perlu djalinkan sesama kita dalam perkara yang mampu kita usahakan bersama. Adakah kita ingin menjadi seperti ini? Namun, di sisi yang lebih utama, kita sendiri yang kena mulakan percikkan kerjasama kepada orang lain, bukan hanya mengharap orang lain yang menolong. Kerjasama dalam belajar amat membantu sesama kita, seperti kosep 'Study Group' yang pasti mampu meringankan beban sesama kita. Bahagikan beberapa topik kepada ahli kumpulan untuk masing-masing belajar dan memahami lebih mendalam, kemudian baru masing-masing present topik masing-masing. Lakukan juga diskusi-diskusi bagi menyelesaikan masalah atau ketidakfahaman terhadap beberapa topik.

"dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya."[QS al-Imran, 3:159]


8. Visual, Auditory & Kinesthetic!

"karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya."[QS al-Imran, 3:79]

Proses belajar yang diajarkan dalam ayat diatas adalah kita bukan hanya sekadar belajar sendiri, namun cuba mengajari juga apa yang telah kita pelajari. Ini akan membuatkan kita lebih faham dan lebih ingat bahkan memberikan kebaikan bukan pada diri sendiri, tapi juga kepada orang lain. Kita mengetahui 3 jenis manusia dalam aspek daya ingatan, ada yang mampu dan lebih ingat apa yang dilihat (Visual), ada yang apa yang didengar (Auditory) dan ada yang melalui pergerakan (kinesthetic). Kita jika ingin tahu kita jenis yang mana, memang ada questionnaire yang dibuat, tapi ada kaedah yang lain, cuba kita ketika exam berlangsung, kita ingin mengingat sesuatu formula atau fakta, adakah kita lebih ingat buku/nota yang kita lihat dan baca (visual)? atau lebih mampu ingat suara guru/pensyarah yang mengajar(auditory)?atau lebih ingat apa yang kita contengkan/tuliskan dalam nota atau latihan kita(kinesthetic)?


Namun, ia semestinya sudah terlambat jika masa exam baru mau tahu kita jenis yang mana..makanya, kita harus menggunakan kesemua daya ingatan ketika belajar. Membaca sambil mengeluarkan suara lalu mencatat juga dengan tangan, dan semua ini boleh dilakukan dengan method yang diajarkan ayat di atas, belajar dan mengajarkan, satu penggabungan kaedah belajar yang pasti memberikan impak yang positif. 


9. Never Give Up!

"Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir."[QS Yusuf, 12:87]

Hanya kaum kafir yang ada perkataan putus asa dalam kamus hidupnya. Maka jangan pernah memberikan kesempatan perkataan putus asa tertulis dalam kamus kita. Kita pasti pernah melalui keadaan dimana setelah berusaha sekali, dua kali, tiga kali, kemudian sudah tidak sanggup teruskan kerana gagal berterusan. Bagi kita, jika kita gagal 100 kali, maka teruskanlah mencuba, kerana mungkin kejayaan adalah yang kali ke 101 itu. Sepertiman Thomas Edison yang terkenal dengan menghasilkan lampu mentol yang menyala, beliau melalui 10,000 reka bentuk sebelum berjaya menghasilkan mentol elektrik yang menyala.

Begitu juga Colonel Sanders (Pengasas KFC) yang pasti kita semua sedia kenali dengan kejayaan resepi ayamnya yang pada hari ini KFC hampir berada di seluruh dunia. Beliau pada awal mula bisnesnya hanya ingin menawarkan resepi ayam gorengnya kepada beberapa restoran, tapi cuba kita bayangkan, sebanyak 1007 restoran yang menolak tawaran beliau. Mungkin jika kita, restoran yang ke 5 pun sudah tidak lalu untuk teruskan, tapi bagi Colonel Sanders kita bayangkan kali 1008 barulah ada restoran yang menerima resepinya, baru menerima, belum lagi berkembang..namun akhirnya, kita lihat apa hasil kejayaannya pada hari ini. Bukan untuk promosi KFC. tapi untuk ambil nilai murni untuk kita amati. Ayuh umat Islam semua, kita kena buktikan dengan semangat yang tinggi, jangan lagi terlalu mudah untuk berputus asa, teruskanlah usaha dengan gigih, bagi mencapai kejayaan yang tidak akan datang dengan sendiri.


10. Self Motivation!

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."[QS ar-Ra'd, 13:11]

Tiada gunanya kursus yang kita hadiri, motivasi-motivasi yang kita dapati atau tips-tips yang diberi, jika perubahan bukan atas kehendak diri sendiri. Kita yang harus sedar dan mendorong diri sendiri untuk mencapai kejayaan yang kita impikan. Kita yang harus dengan semangat dan kesungguhan memotivasi diri untuk merealisasikan kegemilangan yang kita angankan. Kerana orang lain hanya mampu menasihati apa yang tersurat pada diri kita, tapi diri kita sendiri yang mampu menasihati apa yang tersirat dalam diri kita.

Jangan Lupa Penentu Segala

InsyaAllah, sedikit perkongsia bagi kita menambah lagi usaha dalam mencapai kejayaan, namun sama-sama kita yakini, kira merancang, Allah juga merancang, dan sebaik-baik Perancang adalah Allah SWT. Jagalah Allah, nescaya dia akan menjaga kita kelak. Jaga hubungan dan hak kita kepada Allah, ini adalah sisi yang paling utama perlu kita amalkan. Memang usaha tangga kejayaan, tapi mari kita hiasi lagi tangga itu dengan carpet doa dan tawakkal, serta meletakkan atap redha dari-Nya. Inilah perbezaan yang perlu kita ketengahkan, jangan membuatkan kita sama sahaja dengan mereka yang tidak mengharapkan pertolongan dari Allah, sombong dalam memohon pertolongan dari Allah.

Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina." [QS al-Mu'min, 40:60]

Selain itu, teruslah memohon keampunan kepada Allah, jangan biarkan kegelapan dosa maksiat menjadi penghalang kepada cahaya ilmu memasuki akal dan hati kita. Jika terkadang kita merasa lemah, mohonlah keampunan kepada Allah, nescaya Allah akan memberikan kekuatan kepada kita.

Dan (dia berkata): "Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertobatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa." [QS Hud, 11:52]

Semoga kita melahirkan generasi umat Islam yang mencapai dan mengembalikan kegemilangan umat. Kita harus bangkit menguasai semua gedung ilmu dan kemahiran, cukuplah umat Islam selalu jatuh jauh kebelakang. Perubahan tersebut akan berlaku, jika kita mulakan perubahan pada diri kita dahulu. Semoga Allah memberikan kejayaan kepada kita semua dalam apa jua yang kita usahakan untuk kita memanfaatkan kejayaan bagi membantu lagi agama Allah.

Monday, November 28, 2011

MABROOK-congratulation to U

Cuti mid-sem yang lepas aku di hujani dgn jemputan kahwin dari sahabat-sahabat..dan lebih terharunya jemputan tu pada hari yang sama.dan di negeri yang berbeza-beza. ikut rasa hati nak jugak pegi semua tpi apalah termampu oleh badan nie hanya satu..kenderaan pun xde so pegi mana yang paling dekat j.

Memandangkan waktu cuti mid-sem tu pegi ke Terengganu, so tempat walimah terdekat masa tu adalah KELANTAN..(^_^)... dipendekkan cerita, pegi la jemputan walimah sahabat di kelantan. dan memang da perancang kesana sebab tiket da beli awal before cuti lagi.

Sebelum pegi majlis sahabat malam tu, kami sempat lagi singgah majlis kawan kepada sahabat yg menjadi co-pilot dekat kelantan hari tu..memang seronok la masa tu.sampai j dri Terengganu, gi raound bazar TG dulu. lepas tu gi sebelah malam lepas maghrib baru gi majlis nikah sahabat. Masa tu ingat da terlewat dari majlis akad nikah..alhmadulillah sempat jugak la tgk sahabat nak angkat nikah.

Masa dalam majlis tu diri nie yg rasa teruja dan gementar pulak hehe..lawak pulak, sebabnya nie kira first time la dapat tengok depan mata sendiri sahabat kawin..subahanallah, memang berseri dan lembut terpancar dari wajah sahabat walaupun tanpa mekap tpi keserian wajah tu memang terserlah (^_^)...tapi apa perasaan sahabat masa tu..huhu..belum berkesempatan lagi nak soal siasat..(^_^)..
bila lihat kebahagian  di wajah sahabat kebahagian juga menerpa dalam diri ini..sebabnya terlaksana sunah Rasullah s.a.w..subahanallah semoga sahabat ku ini beroleh sakinah,mawaddah ,wa rahmah dalam masjid yg dibina..

MABROOK wahai sahabat2ku (ANIS ZUBIR&pasangan, ZULAIKHA dan IMJ dan Ustaz Mahmud&pasangan)..

Dan lepas balik cuti mid sem tu..di buai pulak oleh lagu IRFAN MAKKI-MABROOK, memang layan habis la.. dan lagu nie memang best sesuai sangat utk sahabat2 yang berkahwin..
so lagu nie nak tujukan buat sahabat yang baru j mendirikan masjid..dan tak lupa jugak classmate masa sekolah menengah(NASRA NAWIR) yg bakal menyusul bulan disember ini..dan kepada sesiapa yg bakal medirikan rumah tangga..lagu nie di tujukan buat kalian...(^_^) MABROOK CONGRATULATION TO U




today, smile all around
close to you, shining with faces so bright
memories, always remains..
deep in my heart,
brightening the darkest night

we always pray, your everyday
will be bless with joys
and all dreams come true

look now happiness is all around
your love is lightning up the night sky
your loved ones all gathered here just to say
oh !! CONGRATULATIONS

Ya Allah, berkati pasangan ini
bahgia hidup berkasih sayang
Rasulullah indahnya sunnahmu
dunia terasa bagai di Syurga

oh !! CONGRATULATIONS

mabrook .. mabrook .. mabrook .. congratulations to you !

MUHARAM kali ini..1433H

Alhamdulillah..2 muharram 1433hijrah, memandangkan hari nie cuti..aktiviti hari nie relax sambil tu cuba utk menbaca reseach utk FYP.sem nie jadual  x la pack,tapi sem nie agak sibuk dengan amanah yg diberikan namun ini la tarbiyah utkk diri agak, dimasa akan datang boleh dimanfaatkan dan diaplikasikan pada masyarakat..Alhamdulillah kesyukuran pada ALLAH kerana diri  nie masih di beri kesempatan utk melalui sau pengalaman yg first time ana lalu utk sambutan tahun baru ISLAM..dan mungkin nie pengalaman terindah pada diri ana kerana buat diri ini terasa tiada nikma terbesar selain ISLAM dan Iman yg di pasakkkan dalam hai nie, namun diri yang kerdil ini tidak lari dengan perlbagai ujian dan ujian terbesar adalah hawa nafsu diri itu sendiri.  walau pun dari segi study nampak macam buzy namun ruang-ruang kebuzy tu diri ini tidak lari dari kelalaian dan kelekaan dengan hawa nafsu Dunia.

Walaupun hamba yang kerdil dan hina sering lalai dan alpah dalam mengingatinya namun DIA MAHA PEMURAH masih juga memberi pada diri ini...SUBAHANNALLAH...Muharram kali nie mengajar diri ini erti kehidupan erti kasih sayang  yg sebenar dari yang MAHA PENYAYANG..erti persaudaraan dan UKHWAHFILLAH..subahannalLAH..

Semoga permulaan Tahun ini memberikan seribu pengajaran dan kekuatan utk diri yg kerdil ini menempuhi kehidupan pada hari-hari yang mendatang. membina transformasi hasanah dalam diri menjadikan Rasullullah SAW..qudwah dalam kehidupan seharian, al-quran dan ilmu sebagai panduan dan di terjemahkan dalam IBADAH..utk mendekatkan lagi rasa keCINTAAN kepada MAHA ESA...
 
firman ALLAH SWT dalam surah AL-An'am ayat 162, yang bermaksud...: 

"...Sesungguhnya SOLATku,IBADAHku,HIDUPku dan MATIku hanyalah untuk ALLAH, Tuhan seluruh alam"  

  
Ya  ALLAH..sesungguhnya aku berharap agar aku bisa meletakkan seluruh kehidupan ku ini utk MU..tapi hamba mu ini masih rapuh HATINYA dan taksub dengan dunia..

YA ALLAH...andai bisa aku merayu dan megharap..agar ENGKAU pegang la hati ku ini..genggam la ia..dan aku ingin seluruh jiwa ku ini sentiasa dalam peraturan MU..kerana hambaMU mu ini masih lalai dan leka dengan kefanaan dunia .. 

YA ALLAH...aku pohon ya ALLAH letakkan dunia di tanggan ku jangan ENGKAU biarkan ia bermukim di HATI...kerana aku hanya ingin HATI ini sentiasa di penuhi dengan rasa KERINDUAN dan KECINTAAN kepasa MU...
YA ALLAH TIADA TUHAN yang kusembah melainkan ENGKAU...(T_T)...
dari hasutan syaitan dan nafsu yang melalaikan...
Sesungguhnya ENGAKAU la tempat ku berlindung dan memohon pertolongan 
dan ENGAKAULAH yang MAHA MENDEGAR lagi MAHA mengetahui apa terbaik buat ku dan semoga aku menjadi orang yang sentiasa merasai KEREDHAAN dalam setiap KETENTUANMU

firman ALLAH dalam surah AL-BAQARAH ayat 286 bermaksud...
"ALLAH tidak membebani seseorang melaikan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakan dan dia mendapat siksaan dari kejahaan yang diperlakukannya...."

 

Thursday, November 24, 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433 HIJRAH




ASSALAMUALAIKUM...


setelah lama blog ini di tinggalkan usang, diri yg kerdil ini kembli menapak semula utk mencari kebahagian yg hakiki, mengatur langkah mencari kekuatan dalam diri... membentuk diri uk menjadi seorang muslimah..


Perjalan yang di lalui dan ranjau yang di tempuh adakala menjadi penguat diri dan adakalanya menjadi penguji jiwa..sungguh diri ini manusia yg kerdil sering leka dan alpha,sering hanyut dengan nafsu dunia... kerna diri ini hamba yang hina..kerdinya diri...


Kala,bulan berganti bulan, dikala musim bertukar musim..
diri ini juga melalui transformasi usia, kehidupan (insyaALLAH semoga jdi lebih matang(^_^))..
dan kini menanti detik pertukaran TAHUN BARU...1433 hijrah...


Semoga,pertukaran tahun baru ini menjadikan diri yang kerdil ini menjadi TABAH dan dewasa dalam menghadapi ujian dan dugaan di masa akan datang...


SALAM MAAL HIJRAH BUAT SAHABAT-SAHABAT SEPERJUANGAN, dari sekolah tadika,sekolah rendah,sekolah menangah..kawan-kawan di kampung .MAK,BAPAK,ABANG,ADIK@.pakcik/makcik..seluruh UMAT ISLAM sedunia...


SALAM PENGHIJRAHAAN jugak buat diri ini 
want to be :HIJRAH HASANAH:

:ORANG YANG SANGGUP MELAWAN HAWA NAFSU ADALAH ORANG YANG PERCAYA KEPADA HARI PEMBALASAN DAN SANGGUP MENGENEPIKAN KESERONOKAN DUNIAWI DEMI MENDAPATKAN REDHA ILAHI...


Jom kita bina AZAM tahun baru ini agar PERJALANAN HIDUP DI SULUH REDHA ILAHI sepanjang jalan.... InsayaALLAH...(^_^)


wallahu'alam

Muslimah Memang Tak Guna...

SUMBER :iluvislam.com
Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu anda  bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan. Mari Membaca!
Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, nyatakan komen anda secara terbuka.
1. Perempuan yang bergelar muslimah memang tak gunakain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.
2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.
3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur.Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.
4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.
5. Perempuan muslimah tak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.
Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12  surah al-Hujurat.
6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tak guna tudung tiga segi yang apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.

7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.
8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang tak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?
9. Perempuan islam tak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.
10. Jadilah perempuan islam & muslimah yang  B E R G U N A
وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب
Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati"
(Surah Al-Hajj 22: 32) 
Oleh: Afdhal87  - Rujuklah Eksiklopedia Larangan Bagi Muslimah sebagai panduan