Friday, August 27, 2010

PANTAS BERLALU

Assalamualaikum...wbt...

Masa sangat pantas berlalu kan, kini umat islam sudah berada di fasa ke-dua ramadhan dan ramadhan ke-19...
perubahan masa yang singkat menyababkan 1 minit menjadi sejam, sejam menjadi sehari,sehari ke seminggu,seminggu ke sebulan, sebulan ke setahun...dan seterusnya hingga la hari kiamat..dan perubahan masa itu akan berlalu berterusan atas kekuasaan ALLAH SWT...manusia juga tidak dpt menhitungnya..

tetapi berbeza dengan manusia bila mana masa berlalu setiap detik, kanak-menjadi remaja kemudian dewasa nak menjadi ibu bapa dan seterunnya menjadi nenek dan atuk tapi akhirnya mmenjadi tanah semula di liang kubur..kembali kepada awal kejadian manusia iaitu penciptaan Nabi Adam a.s...daripada tanah...

kelamarin hari sabtu dan hari nie da hari Ahad..rasa macam baru pejam kejap da tukar hari lain....
dan insyaALLAH tinggal 4 hari untuk berangkat balik kekampung halaman..rindunya, nak berbuka dan bersahur bersama2 family...da lama tak merasai kegembiraan tu...

pape pun..ada keja yang tak settle lagi..perlu di selesaikan dalam minggu nie jugak...
terutama test, quiz dan assingment yang perlu submitt minggu nie jugak...


Muhasabah diri....
"semoga ALLAH beri kelapangan dan keberkatan setiap waktu dan saat yang berlalu itu tidak.. dgn perkara sia-sia...Amiin InsyaALLAH..."


Thursday, August 26, 2010

..::Nuzul Quran: Kitab Allah Bukan Sekadar Untuk Dibaca::..

Tanggal 17 Ramadhan merupakan satu tarikh yang selalu diperingati oleh umat Islam. Pada tarikh inilah masjid-masjid dipenuhi dengan ceramah dan media massa terutamanya televisyen tidak akan terlepas menyiarkan rancangan atau kuliah sempena memperingati Nuzul (penurunan) Al-Qur’an. Majlis Tilawah Al-Qur’an juga tidak pernah ketinggalan diadakan bersempena meraikan bulan yang penuh keberkatan ini. Ratusan ribu dibelanjakan setiap tahun semata-mata untuk memperdengarkan bacaan Al-Qur’an oleh peserta-peserta yang bersaing merebut gelaran Qari atau Qari’ah.Pendek kata, pelbagai program tak putus diadakan sempena menyambut tarikh penurunan Al-Qur’an ini. Bagi kebanyakan individu pula, pada bulan inilah mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk menghabiskan bacaan 30 juzuk Al-Qur’an sebagai satu kelaziman.Alhamdulillah..indahnya...

Memang benar bahawa setiap Muslim sepatutnya memperingati tarikh penurunan Al-Qur’an. Al-Qur’an merupakan sebuah kitab yang diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam untuk disampaikan kepada umat manusia. Al-Qur’an adalah petunjuk (huda) dan pembeza (furqan).Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza (antara yang haq dan yang bathil)” [TMQ al-Baqarah(2):185].


Adakah Al-Qur’an Sekadar Untuk Diperingati dan Dibaca?


Sempena Nuzul Al-Qur’an ini, marilah kita dengan penuh iman dan taqwa memuhasabah diri kita, apakah kita selama ini telah mengambil Al-Qur’an sebagaimana yang Allah perintahkan, atau selama ini kita hanya beriman dengan sebahagian dari Al-Qur’an atau justru telah mengabaikan Al-Qur’an? Apakah selama ini Al-Qur’an telah benar-benar kita jadikan petunjuk, sumber hukum, sekaligus sebagai penyelesai segala masalah kehidupan kita? Ataukah sebaliknya, kita malah meninggalkan dan mencampakkannya? Kebanyakan kita berusaha menjaga fizik Al-Qur’an. Kita tidak akan meletakkan Al-Qur’an di lantai atau di kerusi atau lain-lain tempat yang kita rasakan tidak sesuai.

Kita akan marah jika mendapati sesiapa sahaja yang tidak‘menjaga’ Al-Qur’an. Kita turut sensitif dan merasa amat marah apabila mendengar dan melihat Al-Qur’an dipijak,dibakar atau dibuang di dalam tandas. Kita juga tidak akan berdiam diri jika Al-Qur’an dihina, diremeh atau dipermainkan di dalam apa bentuk sekalipun. Kita memangakan menjaga kemurnian Al-Qur’an dari segala bentuk penodaan dan pemalsuan. Segala usaha ini sangat baik dan memang sudah menjadi tugas dan kewajiban kita yang harus kita tunaikan. Namun, kita sering hanya berhenti sebatas ini sahaja. Umat Islam berusaha untuk menjaga fizik Al-Qur’an, tetapi tidak berusaha untuk memahami isikandungannya dan menerapkan hukum-hakamnya.

Umat Islam marah apabila Al-Qur’an dihina, tetapi mereka sendiri ‘menghina’ Al-Qur’an dengan tidak mengamalkan hukum-hukum yang terdapat di dalamnya. Umat Islam sakit hati apabila Al-Qur’an dikatakan telah ketinggalan zaman,tetapi mereka sendiri telah berzaman meninggalkan ajaran Al-Qur’an.Inilah hakikat umat Islam! Mereka mengambil Al-Qur’an hanya sebagai sebuah kitab yang ‘wajib’ dibaca tetapi melemparkan segala hukum-hakam yang ada di dalamnya.Para pemerintah kaum Muslimin membaca Al-Qur’an tetapi mereka mencampakkan segala perintah dan larangan Allah yang ada di dalamnya. Mereka mengadakan pelbagai program untuk membaca Al-Qur’an tetapi dalam masa yang sama mereka tidak berhukum dengan hukum Al-Qur’an, malah lebih buruk mereka memerangi dan menangkap sesiapa sahaja dari golongan umat Islam yang ikhlas berjuang menegakkan hukum Al-Qur’an.

Mereka kononnya menyeru kepada Al-Qur’an tetapi mereka sebenarnya cukup anti dan takut kepada golongan yang benar-benar berusaha untuk mengembalikan hukum Al-Qur’an. Bukan setakat itu, mereka malah menganggap bahawa golongan yang ingin menegakkan agama Allah sebagai penjenayah yang mesti dihapuskan. Maha Suci Allah yang memuliakan golongan yang berdakwah kejalanNya dan semoga Azab Allah menimpa golongan yang menghalang penerapan syariatNya.

Wahai kaum Muslimin!

Kami ingin mengingatkan kalian bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala menurunkan Al-Qur’an bukan sekadar untuk dibaca, malah lebih dari itu. Membaca Al-Qur’an adalah ibadah (sunat) dan InsyaAllah kita akan beroleh pahala kerananya, tetapi mengamalkan isi kandungannya adalah WAJIB dan sesiapa sahaja mengabaikannya maka ia telah berdosa besar dan Allah jualah yang Maha Membalas segala dosanya. Siapa sahaja yang yang tidak berhukum dengan apa yang Allah telah turunkan, maka azab Allah menantinya di akhirat! Bagi mereka yang tidak memikul amanat Allah yang telah diturunkanNya melalui Al-Qur’an, maka Allah telah membuat satu perumpamaan yang hina ke atas mereka.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,“Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepada mereka Taurat, kemudian mereka tidak memikulnya(tidak mengamalkan isinya), adalah seperti keledai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amat buruk perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim”. [TMQ al-Jumu‘ah (62):5].

Melalui ayat di atas, Allah menghina kaum yang tidak memikul wahyu yang diturunkanNya dengan perumpamaan seperti keldai. Bayangkanlah jika ada orang yang mengatakan kepada kita, “Anda ini seperti keledai! ”Apakah perasaan kita? Apalagi yang menyatakan seperti itu bukanlah manusia, melainkan Allah Subhanahu wa Ta’ala yang kita harapkan keredhaan dan keampunanNya.Orang yang benar-benar beriman, bertakwa dan mengharapkan redha Allah sudah tentu akan merasa takut dan gentar akan perumpamaan yang dibuat olehNya.


Kembali Kepada Al-Qur’an Dengan Cara Yang Benar


Wahai kaum Muslimin!


Marilah kita akhiri sikap yang tidak sepatutnya terhadap Al-Qur’an. Kuburkanlah segala kesalahfahaman kita tentang Al-Qur’an. Mari kita jadikan Ramadhan dan Nuzul Qur’an ini sebagai momentum untuk kembali kepada fahaman yang benar terhadap Al-Qur’an.Mari kita jadikan Ramadhan ini sebagai momentum untuk meneguhkan tekad kita untuk senantiasa memuhasabah diri kita dengan Al-Qur’an; membaca, memahami dan menghayati maknanya; mengamalkan isi kandungannya;serta menjadikannya sebagai sumber hukum untuk mengatur segala urusan kehidupan kita dan sumber penyelesaian atas seluruh masalah kita; seterusnya menerapkan segala isi kandungannya di dalam bentuk per individu, bermasyarakat dan bernegara. Al-Qur’an adalah Kalamullah yang mengandungi seluruh hukum-hakam bagi kehidupan manusia.

Di dalamnya terdapat hukum-hakam yang mengatur seluruh interaksi samada manusia dengan Al-Khaliq, manusia dengan manusia yang lain mahupun manusia dengan dirinya sendiri. Al-Qur’an mengandungi hukum-hakam tentang aqidah dan ibadah; tentang mua’malat dan uqubat;tentang akhlaq, pakaian dan makanan. Menerapkan hukum di dalam Al-Qur’an adalah wajib, meninggalkannya adalah berdosa.

Sedarlah wahai saudaraku, Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam berpesan kepada kita, siapa saja yang meletakkan Al-Quran sebagai pemimpin di depannya nescaya ia akan memimpinnya kesyurga, sebaliknya, siapa saja yang meletakkan Al-Quran di belakangnya, nescaya ia menjerumuskannya ke dalam neraka. Na'uzu billahhi minzalik...


sumber: posting seorang sahabat dekat FACEBOOK...

Wednesday, August 25, 2010

Kegembiraan orang berpuasa..(^_^)


Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal hingga tujuh ratus kali lipat. Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), “Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan karena-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kegembiraan yaitu kegembiraa ketika dia berbuka dan kegembiraan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.”“[1]

Betapa istimewanya hadits ini. Di dalamnya diterangkan amalan secara umum dan puasa secara khusus. Diuraikan pula tentang keutamaan, keistimewaan, pahala (sekarang atau kemudian hari), hikmah dan tujuan puasa. Inilah salah satu contoh betapa luas karunia dan kebaikan Allah ‘Azza wa Jalla kepada hamba-hamba-Nya yang beriman.Allah ‘Azza wa Jalla membalas satu kesalahan dan penyimpangan dengan balasan yang sesuai dengan kesalahan itu. Sedangkan ampunan Allah ‘Azza wa Jalla lebih banyak dari padanya. Adapun kebaikan, paling sedikit, satu kebaikan dibalas sepuluh kali lipat dan akan semakin bertambah sesuai dengan sebab-sebabnya.

Hadits ini juga menerangkan hikmah pengkhususan, bahwa orang yang berpuasa ketika meninggalkan semua yang disukai oleh hawa nafsunya yang memang diciptakan dengan tabiat (watak, kebiasaan) sangat menyukainya, bahkan cenderung mendahulukannya dari apapun juga, apalagi jika hal itu merupakan kebutuhan pokok namun dia justru mengedepankan kecintaannya kepada Rabb-nya diatas kesenangan tersebut. Oleh sebab itulah Allah ‘Azza wa Jalla mengkhususkan amalan ini untuk diri-Nya dan Dia sendiri yang memberi pahala orang-orang yang berpuasa.


**Ditegaskan pula bahwa puasa yang sempurna adalah ketika seseorang meninggalkan dua perkara yaitu,
Pertama, Meninggalkan semua perkara yang yang membatalkan puasa seperti makan, minum, bersetubuh dan semua yang semisalnya (dalam kategori membatalkan puasa secara dzahir).
Kedua, Meninggalkan semua yang menyebabkan berkurangnya pahala amalan itu seperti melakukan rafats (perbuatan keji), berteriak-teriak (bertengkar) dan mengerjakan atau mengucapkan kata-kata yang diharamkan, menjauhi semua bentuk kemasiatan, pertengkaran dan berbantah-bantahan yang menimbulkan permusuhan. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَصْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ

“Puasa itu adalah perisai, jika salah seorang dari kalian sedang berpuasa, maka janganlah mengucapkan ucapan kotor, dan jangan pula bertindak bodoh. Jika ada seseorang yang mencelanya atau mengganggunya, hendaklah mengucapkan: sesungguhnya aku sedang berpuasa.“[2]Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata فَلَا يَرْفُثْ (maka janganglah berkata kotor), yakni janganlah berbicara dengan kata-kata yang buruk; وَلَا يَصْخَبْ (jangan ribut bertengkar), yaitu dengan kata-kata yang menimbulkan fitnah dan pertengkaran. Sebagaimana diterangkan dalam hadits lain, dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِى أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ

“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta bahkan mengamalkannya, maka Allah tidak butuh dari rasa lapar dan haus yang dia tahan.”[3]

Maka, barangsiapa yang merealisasikan kedua hal itu, yakni meninggalkan hal-hal yang membatalkan puasa dan hal-hal yang dilarang, sempurnalah pahalanya sebagai orang yang berpuasa. Sedangkan yang tidak melaksanakan hal ini, maka janganlah mencela siapapun kecuali dirinya sendiri.

Kemudian beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam membimbing orang yang berpuasa jika ada seseorang yang mengajaknya bertengkar atau mencacinya, hendaknya dia mengatakan kepada orang tersebut :إِنِّي صَائِمٌ (saya sedang berpuasa).

Adapun manfaatnya ialah seakan-akan dia ingin mengatakan, “Ketahuilah, bukannya saya tidak mampu menghadapi perbuatanmu, akan tetapi saya sedang berpuasa. Saya menghormati dan menjaga kesempurnaan puasa saya. Inilah yang diperintahkan Allah’Azza wa Jalla dan Rasul-Nya. Ketahuilah, bahwa puasa mengajakku untuk tidak mengimbangi perbuatanmu, tetapi menganjurkan aku agar bersabar. Maka, apa yang aku lakukan jauh lebih baik daripada apa yang kamu kerjakan terhadapku.”

Sabda Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam,

لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ

(untuk orang yang berpuasa ada dua kegembiraan; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu dengan Rabb-nya). Keduanya adalah pahala yang diberikan Allah ‘Azza wa Jalla yang disegerakan atau ditunda di akhirat.

p/s: sumber dari messege dari kawan dalam FB..(^_^)

Tuesday, August 24, 2010

10 TIPS MAKAN DI BULAN RAMADHAN





1. Berbuka dengan membaca doa.

2. Mulakan dengan minum jus buah-buahan (tanpa gula) atau air yang sedikit manis dan buah kurma 1-2

biji disusuli dengan sembahyang maghrib dan sunat awwabin mengikut kemampuan masing-masing.

3. Bolehlah makan nasi & "noodles"

Nasi "Noodles"

Nasi putih Mee/ Bihun} Berkuah/ Sup

Nasi ulam Koayteow }

Nasi keraBU

4. Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.

5. Lebihkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.

6. Kunyahlah makanan dengan perlahan-lahan.

7. Berhenti makan sebelum kenyang.

8. Lebihkan minum air.

9. Selepas sembahyang terawih, bolehlah menjamu 1-2 potong kuih, buah-buah atau jus buah-buahan.

10. Bersahurlah dengan memakan makanan yang tidak berminyak dan berlemak. Pilihan yang disyorkan , adalah seperti berikut:

Nasi putih

Oats/ Nestum

Roti/ Ban

Buah-buahan/ Kurma

Lebihkan ikan, ayam tanpa lemak, daging pepejal (tanpa lemak), hadkan telur dan makanan laut.


Friday, August 13, 2010

"SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK.."

....... السلام عليكم

SELAMAT MENYAMBUT RAMDAHAN AL-MUBARAK....kepada seluruh umat islam di seluruh dunia... semogan kita beroleh keberkatan dan keRAHMATAN dari ALLAH SWT... di bulan yang barakah ini..insyaALLAH...

"LAMA MENYEPI..."

ASSALAMUALAIKUM...

betapa..kerdilnya diri ini..dan lemahnya diri ini sebagai seorang manusia...walaupun telah diberi nikmat IMAN dan ISLAM....ditambah dengan ilmu pengetahuan dan pemahaman ISLAM...namun masih leka dan alpha dengan DUNIA yang sifatnya hanya sementara... sedangkan syurga telah menjanjikan pelbagai kehidupan yang mewah dan lebih besar nikmatnya berbanding dengan dunia... tapi mengapa, diri ini masih leka..dan seperti buta mata melihat dengan segala yang ALLAH SWT..janjikan pada hambaNYA....

adakah kebutaan ini desebabkan..HATI ini sudah MATI..?
adakah kelekaan ini disebabkan..keasyikkan dengan dunia yang begitu indah pada pandangan mata?
adakah kebutaan ini disebabkan..MATA yang tidak dapat melihat realiti SYURGA..yang digambarkan..?
wallahu'alam...

semua ini ada jawapanya pada diri masing2 dalam diri setiap muslim...

andai celik...bukan saja mata tapi hati juga mampu melihat dengan apa yang terkandung dalam AL-QURAN...ia itu segala janji2 ALLAH..dan balasan pada orang2 yang ingkar...

* sedikit coretan luahan perasaan dan renungan diri sebagai permulaan, untuk sebuah perhentian yang panjang.....

********************************************************************************** SETELAH singgah di sebuah perhentian, kini ingin ku mulakan perjalan ini semula.. untuk kembali mencari makna kehidupan..yang telah tercipta untuk ku...

Telah LAMA ku MENYEPI... dari perjalan ini, dan kini ku ingin kembali meneruskan... semula perjalanan ini..kerana pelbagai perkara lagi ingin ku lihat dan renung...sesungguhnya alam ini sungguh luas untuk ku terokai..demi mencari REDHA ILAHI...

Pada mulanya...diperhentian ini ingin saja aku berhenti dari meneruskan perjalanan..tapi di perhentian itu ku belajar perlabai erti kehidupan, mengenal dan merasai nilai kehidupan... dan perhentian itu jugak mengajak ku untuk mengkoreksi diri..pembaiki segala kelemahan diri, agar aku faham dan tahu erti kehidupan yang sebenar...biar ku belajar semula untuk memahami dan melihat semula...AlhamdulilLAH, dibulan ramadhan ini..membuka ruang dan mengerakkan HATI ku untuk menerukan dan mencetuskan...idea pemikiran ku di blog ini...

Aku bukan lah..pakar atau pun bijak pandai atau pun cendikiawan dan pemikir.. tapi aku adalah manusia biasa..yang KERDIL...manusia biasa yang punya hati dan jiwa...untuk menyatakan sesuatu..tapi adakalanya...aku lemah dan tak berdayah untuk bangkit..biarlah, itu masa silam ku..dan masa lalu ku yang berlalu.. Kini aku ingin memulakkankehidupan yang baru dalam hidupku...

Semoga di bulan RAMADHAN yang mulia dan berkat ini..dapat mendidik diriku..agar menjadi manusia yang mendekatkkan diri padaNYA...serta menjadi bulan TARBIYAH buat ku. untuk memimpin dan mendidikku...menjadi MUSLIMAH SOLEHAH insyaALLAH..."

AHLAN WAH SAHLAN YA RAMDHAN...(^_^)