Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts

Tuesday, July 3, 2012

THE LAST FINAL EXAM..

Assalamualaikum..wbt..
Dalam..kesibukkan minggu final exam ini..diri nie, di panggil utk mengupdate blog nie..(^_^)..patutnya waktu nie berkepit 24jam dengan paper..tpi rasa nak sharing sesuatu yang sangast bermakna untuk diri..
Mungkin exam kali nie adalah yg 'the las final exam' utk tempoh pengajian degree,insyaALLAH..dan ada yg begitu mengujakan semasa nak start final..panggilan telefon mak di awal pagi lepas subuh..

mak :" ingat ALLAH yg bagi pandai bukan pensyarah kamu,ALLAH yg bgi ILMU..minta doa dkt ALLAH, mak pun doakan kamu cemerlang berjaya dalam hidup..".. (ingat tu dayang...)

hatiku berkata: mak..TERHARU kata-kata mak..first time periksa mak cakap mcm nie, rasa INDAH dijiwa hukhuk..

~Aamiin..kata2 MAK..sayang MAK kerana ALLAH SWT.. SEMOGA mak terus tabah dalam menempuhi hidup..~

masa-masa final nie..tangan sibuk jugak menconteng dikala letih membuat nota, ikut mood EXAM..(^_^)


..contengan semalam 3 julai 2012...

Tuntutlah ilmu, sesungguhnya menuntut ilmu adalah pendekatan diri kepada Allah Azza wajalla, dan mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sodaqoh. Sesungguhnya ilmu pengetahuan menempatkan orangnya, dalam kedudukan terhormat dan mulia (tinggi). Ilmu pengetahuan adalah keindahan bagi ahlinya di dunia dan di akhirat. (HR. Ar-rabii') 

..mood CINTA ILMU....





Tuesday, January 10, 2012

JOM EXAMMM

Assalamualaikum...

Saat nie..semua sahabat2 dan teman-teman IPT mesti sibukkan dgn ULANGKAJI,DICUSSION,revision dan macam2 la utk FINAL EXAM, ana nak ucapkan salam IMTIHAN buat semua dan JGK DIRI INI (^_^).. yg telah,sedang atau akan menhadapi EXAM.Bitaufik wannajah..semoga semuanya mendapat kemudahan dan kelapangan dri ALLAH dalam menjawab EXAM..sape yg da amik paper,tu apa lgi bykkan DOA&TAWAKAL..ye..semoga dapat result yg GEMPAK dan warna-warni (^_^)...

Disini..nak kongsi TIPS EXAM..yg ana godek2 dri laptop usang nie (mungkin agak lewat nak kongsi,tpi xpe janji kongsi kan)


Panduan hari peperiksaan

  1. pada awal pagi, hendaklah diminum air solat hajat sebelum makan apa-apa.
  2. baca selawat 3X
  3. baca ke dalam air ayat di bawah sebanyak 7X dan minum:
بسم الله الرحمن الرحيم لا تخف ولا تحزن ان الله معنا
  1. turun dengan langkah kaki kanan, jgn berpaling ke kanan, ke kiri, ke belakang.
  2. baca:  بسم الله توكلت على الله لا حولا ولا قوة الا بالله العلى العظيم
  3. sepanjang perjalanan baca ayat surah al-insyirah (alam nasyrah)

sebelum masuk dewan.

  1. baca ayat kursi 1X
  2. baca surah al-insyirah (alam nasyrah) 3X atau 7X
  3. masuk dewan dengan langkah kaki kanan, duduk dengan tenang.

Bila berada di dalam dewan.

  1. selawat
  2. bila hendak menjawab soalan baca doa penerang hati..
  3. kalau tidak dapat jawab soalan, baca:
    1. صلوات دان ربى يسر ولا تعسر ربى تمى بالخير
  4. setelah siap menjawab soalan, bacalah Alhamdulillah, bersyukur kpd Allah
  5. baca  يا لطيف 7X kemudian baca :
    1. الله لطيف بعباده يرزق من يشاء وهوالقوى العزيز
    2. Surah annur ayat 35.
    3. Tulis di kertas jawapan muka belakang sekali dengan belakang pen yang kita gunakan: انا فتحنا لك فتحا مبينا
            Tiup pada kertas jawapan dan niatkan supaya pemeriksa lembut hati serta kasihan
pada kita. insyaAllah segala usaha dan ikhtiar kita akan diperkenankan Allah.



Pada teman-teman sekalian dan DIRI INI gak, pape pun NIATkan DIRI kita menHADAPI exam nie adalah utk MERAIH KEREDHAAN dan BARAKAH dari ALLAH bukan semata-mata utk EXAM dan LULUS.. agar ILMU yg di pelajari ini HADAM dan terus bercambah.. OK...


Semoga berjaya…usaha, doa dan tawakkal… ingat, Allah tak pernah kejam… pasti ada hikmah di sebalik kejadian…. Kejayaan dunia, untuk menggapai redha Allah demi kemenangan Islam…jaminan di akhirat… wassalam....

Semoga beroleh kejayaan dalam keredhaan Allah swt.


SELAMAT STUDY SUMA BUKAN STUDO yeeee... (^_^)