Thursday, May 20, 2010

Satu Amanah-Hijjaz



c/oDengan Bismillah
ku bermula
Bingkisan hati buatmu teman
Yang dikasihi....
Kita bersama dalam satu ikatan

Bermula episod hidup di dunia ini....
Ku harap hanyalah di dunia
Dirahmati dan diredhai Selamat sejahtera
di Syurgawi....

Oh.... Tuhan
satukanlah Hati kami dalam men...cintai
Redha atas ujian diberi..
Jauhkanlah kami...

Dari rakus mengejar duniawi
Hidup mati biarlah untukMu
Harap dunia hanya di tangan
Bukannya di hati
‘tuk dicintai.....

Kita dicipta sebagai khalifah
Bersama kita hidup untukNya
Kita dicipta di dunia fana..
Ada amanah yang tersedia ..

“Oh Tuhan.. Kita laksana bersama
Amanah dariNya demi Memburu cinta dan harapan”
Tuhan itu harus diutama
Dari segala kepentingan dunia
Bergandingan kita untuk
Memburu cintaNya Oh cintaNya
c/o

“Tuhan .. Kau satukanlah hati-hati
Memohon kasihMu
oh Tuhan
Dalam mengharap redha DariMu..”
“Hanya di dunia
Kita harapkan, kita dambakan
Selamat sejahtera, bahagia..”


Lagu: Faizal Os
Lirik: Faizal Os
Video hasil kreativiti: M.A.Uswah
http://tamanulama.blogspot.com/2010/05/satu-amanah-hijjaz.html

Monday, May 17, 2010

ISTANA di laut...

Istana ini terletak di pulau Mont Saint Michel, Perancis. Pulau yang cukup dikenali dan terkenal dek kerana gelombang tinggi (9 m) disekelilingnya, sehingga menjadikan tempat berdirinya istana ini

Macam mana istanan ini mampu menarik perhatian kita di sana? Mari kita lihat paparan seeterusnya tentang kemegahan istana ini.

Thursday, May 13, 2010

Kehebatan Cinta Manusia...

Ana menerima email yang di forwordkan oleh sahabat ana.. melihat tajuk agak menarik hati..namun bila membuka box email dan membacanya kepiluan pada hati ini melihat foto-foto dan membaca kata-kata yang di nukilkan sedih sangat..mari kita sama-sama renungan...(-_-)

Adik cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya? cinta Feb

Bu, adik Cuma ingin bertanya…
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...
Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu

Benarkah bu?

Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu

Benarkah bu?


Ibu terkhayal dengan bujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?

Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?


Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?


Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?

Mengapa ibu?



Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?

Benarkah ibu?
Benarkah begitu?

adik cuma nak tanya je bu.....



Renung renung kanlah !!!

-Bila seronok, aku cari....
pasanganku
-Bila sedih, aku cari....
Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada....
pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada...
.Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat....
pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat....
Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa....
pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada
pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan
"Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat
pasanganku
-Selalu....
Mak ingat kat aku
-Bila-bila... aku akan talipon
pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon
Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk
pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
Emak
-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untuk
Mak?
-
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

-Berderai air mata jika kita mendengarnya........

-Tapi kalau Mak sudah tiada..........
-
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

-Berapa ramai yang sanggup
menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup
mencuci muntah ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup.
mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup.....
membersihkan najis ibunya.......
-berapa ramai yang sanggup.......
membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup
berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......???


*sebagai hamba kepada-NYA, sebagai umat Rasulullah S.A.W, sebagai anak kepada kedua ibu bapa kita.. bersyukur kerana diberikan nikmat untuk terus hidup....jika kita diberi peluang untuk melihat dunia kenapa kita tidak memberi peluang kepada insan lain dimana nilai kemanausian..???


semoga ALLAH sentiasa memlihara kita dan hati-hati kita dalam genggamannya...