Tuesday, November 5, 2013

Penghijrahaan.. ( 4 NOV 13 <> 1 MUHARRAM 1435)

Alhamdulillah..
Tiada nikmat yang terbesar dirasai adalah ALLAH memilih Diri ini menjai seorang ISLAM.. diberikan nikmat IMAN.. untuk mencari KEREDHAAN dalam kehipan ini.

hari nie usia sudah menjangkau 26tahun 1 hari. semalam.. genap 26thn, jatuh pada hari dengan pertukaran tahun Islam tahun nie 2013(30 zulhijjah 1434 -> 1 muharram 1435).usia semakin bertambah, bermakna, telah berkurang 1 tahun untuk menuju kematian, semakin pendeknya kehidupan ini. syukran kepada sahabat2 yang memberi ucapan dan doa-doa kalian..semoga berkat doa kalian buat diri ini.

semakin meningkat usia, semakin lar diri bermuhasabah diri, muhasaba tentang kehiupan dan persiapan diri. semoga tahun yang berlalu ini..membina kedewasaan diri lebih mendekati ALLAH. diri nie manusia biasa yang sering terlupa dan lalai dengan dunia.

Sempena di hari Muharram ni..mengingat diri dengan penghijraan yg berlaku diri. Adalah proses kedewasaan mengenal agama dan mendekati Islam. Dari tidak tahu kepada tahu, dari tidak mahu kepada mahu. pengHijrahan kepada keadaan yang lebih baik dari sebelumnya. Pelbagai suka dan duka ditempuhi.. perkataan hijrah itu memang mudah untuk di ungkap. kadang-kadang orang selalu sebut dan nasihat " berubah lah.." hakikatnya dalam proses perubahan itu agak perit juga, kadang-kaang begitu sakit untuk dilalui..namun segalanya akan menjadi tenang dilalui dengan adanya Ilmu dan kefahaman, ianya menjadi penguat dengan meletakkan keyakinan pada ALLAH SWT.

Terimbau kenangan sebelum dapat sambung belajar ke bumi kenyalang. Betapa jahilnya diri nie, tidak pernah terlintas dan terfikir untuk datang ke bumi kenyalang tu. Masa tu fokus nak pergi semenanjung kebanyakan orang kampung menceritakan bumi semananjung yang mengujakan. Tapi siapa tahu atas kehendak ALLAH di tempatkan kebumi sarawak..bumi yg pada masa tu pada pandangan ku bumi yg tandus dgn kemajuan. Tiada yang menarik hati ku. Namun Bumi yang aku dfikir tandus tu lar menjadi tapak pemula kepada process penghijrahan diri. DiBumi itu lar suburnya sinar-sinar Islam dalam diri, perumpamaanya sama macam diriku..aku yang tandus dengan kefahaman agama hatiku yang jauh dari Agama, diBumi Kenyalang itu lah ALLAH tumbuhkan benih Islam sebagai tapak permulaan kehidupan menuju kedewasaan mengenal diri.





Akhir kalam.. SALAM MAAL HIJRAH, 1 MUHARRAM 1435.. buat sekalian umat ISLAM, tutup buku lama kita mulakan dengan buku baru, kehidupan baru yang lebih baik untuk tahun ni dan kita menjadi lebih baik pada tahun mendatang..Aminn...InsyaALLAH..

Abu Hurairah r.a berkata :
" setiap kali datangnya tahun baru membuat aku risau dan resah kerana ,semakin singkat umurku, semakin dekat ajalku, semakin tipisnya waktu pengampunan ALLAH terhadapku, semakin dekatnya hari perhitungkanku "





Friday, October 25, 2013

Dia Anak Kecil



Dia anak kecil..
masih mentah
masih tidak faham
tidak kenal diri

Dia anak kecil..
jiwanya meronta
hatinya meberontak
nalusinya sensitif

Dia anak kecil
dunianya unik
sukar difahami
tidak mudah di dekati

Dia anak kecil
dia rasa kuat
dia rasa hebat
ibarat raja rimba

Dia anak kecil
ingin ku selami hatinya
ingin ku santuni dirinya
ingin ku mendidiknya

Anak kecil itu...
dalam kekerasan ada kelembutan
dalam gembira ada kedukaan
dalam benci ada kasih

Anak Kecil
moga engkau jadi anak soleh..


Wednesday, October 23, 2013

Mengapai Impian


Awan kelam malam
menutupi bintang
mengaburi bulan..

langit biru indah..
menerangi siang
menyinari matahari

bintang nan tinggi
ingin dicapai
jalan berduri
ingin ditempuh

jiwa yang suci
menyuluh jalan
mengapai impian
menuju kejayaan



Thursday, October 17, 2013

Pertemuan di AIDILADHA..2013


Selamat HARI RAYA AIDILADHA 1434

 Aku xda rezeki lagi nak berkorban insyaALLAH semoga ALLAH kurniakan rezeki untuk ku di masa akan datang aminn..(^_^)

Alhamdulillah..hari raya aidiladha (10 zulhijjah 1434) aku sambut bersama teman-teman old school. walaupun berada diperantauan tapi dapat jgk besama teman sekampung dan macam raya di Sabah pula.

Syukran buat tuan rumah (Anggola) teman ku dari sekolah rendah lgi, rezeki dapat makan 'burasak' &tumbuk (nasi dan pulut yang dimasak dalam daun pisang) yang lama sudah aku mengidam mau makan. Masa balik kampung ke kunak Raya Aidilfitri bulan 8 baru-baru nie harap dapat makan burasak buatan makcie tpi sayangnya makcie da tua dia tak larat da nak masak..sepupu ku pula tiada yang mewarisi kepakaran tu.
aku kagum dgn makcie ku, walaupun kami bukan lar berketurunan bangsa Bugis tapi dia mampu adapt budaya dan makan bangsa bugis nie..aku pun suka bergaul dan berkawan dgn kawan2 berbangsa bugis..

Raya aidiladha baru nie, menemukan aku dengan Darlina, Anggola dan Shani..kami berempat jak berkesempatan bertemu di Klang selangor. Darlina masih study di ALAM Melaka, Anggola dan berkerja di Klang dan dia bersama family nya sudah pindah ke sini. Shani pula bekerja di Port Klang.. ada 2 , 3orng lgi fren old-school ku cuma xberkesempatan berkumpul dgn mereka. Rumah Anggola jdi port kami makan burasak, mak dia yang baik hati dan adik beradik dia yg sangat mengalu-alukan buat kami nda segan untuk ddk bersermbang dan berkongsi cerita bersama lepak di rumahnya sampai petang.

Aidiladha kali nie penuh dengan memory old-school, suka duka dikongsi, kisah dulu dan kini kami cuba untuk singkap, setiap sorang kawan-kawan di sekolah kami ungkit..hehe.. lucu dan seronok bila buka cerita zaman sekolah. tak sangka sudah 9 tahun kami meninggalakan zaman tu dan pelbagai kenangan yang masih kami ingati..

Mungkin nie tahun terakhir aku dapat merasai kemeriah nie dinnegeri perantauan..tak tahu lagi di tahun akan datang bagaimana.. tapi bagi ku AIDILADHA tahun nie lebih dari sebuah perayaan tpi penuh dengan pengajaran dan pemahaman.. semoga ALLAH menerima korban orang-orang yang berkorban pada tahun nie..insyaALLAH in future aku pun nak berkorban walaupun sebahagian..



firman ALLAH SWT dalam AL-QURAN bermaksud :
"Daging (hewan kurban) dan darahnya itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya adalah ketakwaan kamu. Demikianlah Dia menundukkannya untukmu agar kamu mengagungkan Allah atas petunjuk yang Dia berikan kepadamu. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik." (surah Al-hajj :ayat 37)



Saturday, October 12, 2013

Mosyuki Borhan - PencariMu (Malam Puisi Riong)




pencariMu  

terlahirnya aku
dengan janji mengesakanMu.
tak mungkin tertulis di pasir pantai--dipukul hilang ombak dan badai.
tak mungkin terlakar di langit tinggi--dipudar angin dibawa pergi.

tapi
terpaku tepat di hati--sampai mati.

ketika
terus-terus menghitung senja
bergaduh-gaduh mengejar dunia
berbalah-balah dengan hidup merebut harta membeli nyawa
aku takkan pernah ragu
memikir tentangMu yg selalu ada.

disetiap lajunya bergulir waktu
disetiap hela rongga nafasku
aku kan selalu memujaMu.

jadikan aku sang pencariMu
aku mahu teguh disetiap tajamnya bicara membunuh
aku tak mahu rapuh bila berjuta yg datang melumpuh.

ketika
semakin jauh berjalan, Kau kan jatuhkan aku
untuk nanti aku bangun lalu berlari.
dan ketika
semakin jauh berlari, Kau kan jatuhkan aku lagi
untuk nanti aku bangun kembali lalu terbang tinggi.

indah
caturanMu itu--terlalu.
bak bau harum membekas hati
hingga aku takkan pernah ragu
memikir tentangMu yg selalu disisi.

jadikan aku sang pencariMu
biar disetiap tajamnya bicara membunuh
aku semakin teguh.
biar berjuta yg datang melumpuh
aku takkan bisa rapuh
aku takkan bisa rapuh.

dunia manapun yang aku kejarkan
syurga manapun yang aku mahukan
aku tetap
lari menuju Tuhan.

kredit tu author ; MOSYUKI BORHAN
***************

~puisi yang menyentuh hati...
tatkala hati dan akal mencari jalan
DIA menemukan kita pada sesuatu
menyentuh HATI, agar kita beroleh pengajaran..


Mengejar MU kembali...





ya ALLAH..
ujian yang ENGKAU datangkan 
bagaikan teguran halus engkau utk ku..
dan ENGKAU beri jawapan 
dan memberi jalan 
agar aku KEMBALI mengejar MU
ya ALLAH...

Tuesday, October 8, 2013

Mengejar CINTA



CINTA.. (^_^)

Rasa Malu untuk mereka cerita CINTA, sebab aku bukan lar seorang penCINTA atau minah jiwang..
tapi apa yang ingin ku tulis nie cuma tetiba terlintas tajuk nie..

Masa aku dok tengok cerita, housmate ku sibuk kemas2 barang. insyaALLAH esok dia nak punggah barang kerumah baru..(^_^).. rumah pengantin baru..

sejak tahu dia nak kahwin beberapa bulan lepas dan melihat dia buat persiapan perkahwinannya.. aku tak terasa  lagi dia nak kahwin. sampai lar malam nie, baru terasa sangat aura orng nak kahwin nie..huhu..sebab lepas nie sunyi..hukhuk..(T_T)..

Tetiba..aku bertanyakan persoalan hhuu..

"tak takut kah nak kahwin..?'

lagi pun sepanjang serumah dengan dia perlbagai berkongsi cerita dan rasa, pasti lar aku orng yang dekat dengan dia rasa takut.

aku bertanya soalan nie sebab tak lama lagi dia akan tinggal bersama orng yg dia tak kenali, dengan tempoh ikatan pertunangan yang singkat dan semuanya menggunakan orng tengah..
mesti lar dia xkenal pasanganya dengan baikkan

dengan soalan tu aku yang dirambat rasa takut pulak, iya lar mcm mana nak sesuaikan diri dan menhadapi keluarga 2 belah pihak..huhu..da malas nak fikir detail..(*-*) kong!!!!

***************
bila fikir balik, apa yg aku cuba persoalankan sahabat ku ini, aku balik tanya soalan tu pada diri ku saat nie..

'aku mcm mana plk, da sedia belum...?'

lepas tu macam plk flash back dlm kepala ku.masa balik raya tahun 2013.. soalan bertubi-tubi  dari mak, makcie-makcie ku..ya RABBI, sepanjang pergi berziarah raya pertamat soalan sama aku kena tanya.. aku ingat nie semua hanya dlm novel last2 kena balik dkt aku.. aku nak jawap apa?


Tak pasal-pasal sekarang nie mak plk...asal aku call rumah, mmg tak sah klu xsebut pasal kahwin2 nie..
 ya ALLAH aku da mcam fobia plk pasal sebut kahwin2 nie, semua tu ketetapan ALLAH..jawapannya hanya ALLAH...

sendangkan CINTA ALLAH aku sendiri masih tersekat utk MERAIHnya..bagaiman utk aku mengejar2 CINTA manusia..

so sekarang nie apa ku nak buat mengejar CINTA..huhu..
andai di takdirkan aku jatuh CINTA kepada makhlukNYA
biarlah CINTA itu membawa aku kepada CINTA ILAHI... (>_<)


sape nak jdi mangsa CINTA itu?...

Thursday, October 3, 2013

sEbeluM mATA terLena

 sebelum nak tidur aku layan lagu lama dari hijjaz nie..rindu rasanya mendengar lagu-lagu lama dan nostalgia mcm nie, sbb lebih berkesan dekat ahati..jom layan..

semoga tidur lena..





Sebelum mata terlena 

Di buaian malam gelita 
Tafakurku di pembaringan 
Mengenangkan nasib diri 



Yang kerdil lemah yang bersalut dosa 
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti 
Membawa dosa yang menggunung tinggi 
Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu 



Agar terlerai kesangsian hati ini 
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini 



Sebelum mata terlena 
Dengarlah rintihan hati ini 
Tuhan beratnya dosa ku 
Tak daya ku pikul sendiri 



Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu 
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu 
Andainya esok bukan milik ku lagi 
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi 



Sebnelum berangkat ke daerah sana 
Lepaskan beban ini 
Yang mencengkam jiwa dan raga ku 



Selimut diri ku 
Dengan sutra kasih sayang Mu 
Agar lena nanti ku mimpikan 
Syurga yang indah abadi 



Pabila ku terjaga 
Dapat lagi ku rasai 
Betapa harumnya 
Wangian syurga firdausi oh Ilahi 



Disepertiga malam 
Sujud ku menghambakan diri 

Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu

Bumi Anbiya..



Satu ketika dulu..hati ku pernah terdetik untuk pergi kesana. Melalui laman-laman islamic (cth iluislam) aku dpt mengenali insan-insan dan berkawan yang dipilih ALLAH utk pergi kebumi anbiya dan menuntut ilmu disana. dapat mengenali dan berkongsi cerita, membaca komentar-komentar mereka sangat menarik dan macam ada tarikan magnet aku tertarik untuk menyimpan angan-angan ku. Seorang junior sekolah pulak ambil medic dekat egypt lepas tu kawan masa diploma continue study bidang dentistry dkt Al-Azhar..Subhanallah bertuahnya mereka, sungguh merekalah insan dipilh ALLAH..sehingga timbul rasa cemburu terhadap mereka.

Aku juga menyimpan angan-angan itu, kalau pun aku tiada rezeki menuntut ilmu (sbb aku bukan budak sekolah agama), tapi aku berharap dapat datang kesana walaupun sekali, aku ingin sekali melihat bumi itu, di mana disitulah bermulanya penyebaran ISLAM, disitu jgk tempat Baginda SAW, di lahirkan dan dibesarkan dan terdapat makam Baginda dan banyak tinggalan sejarah islam untuk di lihat tinggalannya. Aku tahu jgk bumi tu barakah.. bila aku tgk orng yang tinggal disana atau menuntut ilmu disana bgi ku mereka bertuah sebab menjadi orgn yg dekat dgn para anbiya.

insyaALLAH dengan izin ALLAH.. satu masa nanti aku juga akan menjadi tetamu di bumi anbiya..(^_^)




Tuesday, October 1, 2013

Menanti SABAR..

Penantian itu bukan lar satu penyeksaan tapi mengajar erti KESABARAN..
memberi nilai untuk menhargai dan menerima segala dengan REDHA..
semua itu akan terjawap setelah tiba waktunya..
 
BETAPA INDAH PADA WAKTUNYA
(^_^)
 
 


Monday, September 30, 2013

belayar membawah impian...

aku ingin menuju kedestinasi impian ku..
mengapai cita-cita yang terlakar..
mengamit segala pahit manis kenangan

membawah cita kelayar impian
untuk dipersembahlkan segala contengan
disisip bersama sayap kegigihan dan semngat..
agar lakaran itu menjadi satu destinasi yg lengkap...

KERINDUAN...

Lama tidak berkunjung kesini..
tiba-tiba kerinduan menerpa untuk muncul dan bercerita..(^_^)
berkongsi rasa dan bicara..
Moga ada yg  sudah mendengar..(^_^)

Friday, June 28, 2013

JEREBU DI JIWA SIAPA YANG TAHU?

Alhamdulillah..

syukur kepada ILAHI..kerna memberi peluang dan ruang untuk melihat dunia untuk menhirup udara saat nie..pelajar2 yang bercuti dan kembali kesekolah..riuh jadinya..(^_^),terubat kerinduan terhadap mereka.
Jerebu yang melanda bumi malaysia menimbulkan kerisauan setiap orang,(tapi aku tgk orng selamber je kuar jalan2 shopping)..

namu hikmah disebalik musim jerebu nie byk pada ALLAH beri petunjuk..satu-satu apa yang telah berlaku keatas aku selama ini...SUBHANALLAH...

Titis..airmata mengalir..(T_T), bagai halilintar yg mengejutkan aku, satu-satu cerita dan memory silap kembali menerawang di otak..ALHAMDULILLAH..ALLAH kejutkan aku dan beri kesedaran..

Sedikit-sedikit..ALLAH tunjukkan jalan..sesungguhnya ALLAH itu MAHA PENGASIH dan PENYAYANG.. apa lagi yang aku inginkan?

pengajarannya..SABAR..

~Alhamdulillah..JEREBU DIJIWA sedikit2 ALLAH lenyapkan dgn titisan AIRMATA&DOA..
sebagaimana JEREBU yg melanda dgn datangnya AIRHUJAN& TAWAKAL manusia pada ALLAH..~




Tuesday, June 25, 2013

JEREBU DI JIWA...

Alhamdulillah..
hanya itu mampu diucapkan, bukan aku sorang tapi seantero selangor da sewaktu dengannya saat mendengar dentuman dan hujan di langit tatkala petang tadi.. setelah beberapa hari cuaca yang menyesakkan pernafasan, kepala sakit menggila..pape pun ALHAMDULILLAH..

~semoga diri ini mengambil pengajaran dalam apa yg berlaku dan mengambil ibrah pengajaran tersebut.. banyak yg ALLAH nak tunjuk, sebagai manusia nie, pandang dan lihatlar apa hikmah disebaliknya jgn cepat melatah..(^_^)~

Saturday, June 22, 2013

sElaMat hARI gUrU


"selamat hari guru"

23/5/2013... SAMBUTAN HARI GURU utk Pasti As-Syakirin...

pengalaman indah baut diri, first time walaupun bukan nak jadi guru sangat, tapi adalah list senarai cita-cita masa dulu. apa yg menarik..tak sangka budak tadika nie pun excited dengan hari guru, siap ada nanggis sbb tak dpt nak bagi hADIAH..yang teruja tu ibu bapa..yang memberi support dan dorongan utk tadika sahabat saya. sempena hari guru tu..macam makana ak ayah kirim..terutama kek dan hadiah...

syukran jiddan kepada semua ibu bapa yg memberi...rasa terharu sbb dpt hadiah..klu ingat masa zaman sekolah dlu tak ada perasaan pun dengan hari guru..kecuali masa sekolah menengah..mmg zaman sekolah rendah tu xsemengah sungguh huhu.. syukran jiddan.. semua terima lah lagu upin&ipin khas untuk semua guru   -guru yg telah mendidik diri ini sehingga berjaya..(^_^)..


~HADIAH DARI PELAJAR2 PASTI..~



malam sambutan tu pun dpt hadia jugak..siap hadiah bertuah jugak..wah teruja sangat sesungguhnya ALLAH itu MAHA PEMURAH memberikan sifat pemurah itu kepada semua insan..alhamdulillah sejak ddk pasti nie rezeki ada je...(^_^)

~ HADIAH BERTUAH~


~HADIAH DARI PASTI SHAH ALAM~

Pandang Pada Diri

diri memang tak boleh jadi yang terbaik pada pandangan orang..
tapi diri ni kena tetap sentiasa baiki diri..
jangan duk fikir&risau pandangan manusia mmg tak mampu dek akal, 
 tapi kena sntiasa fikir&risau apa pandang ALLAH  terhadap diri ini..

Friday, June 14, 2013

kekurangan diri


dalam diri ada kekurangan, ada kelemahan ada yang menjengkelkan.
diri bukan sempurna, tiada apa yg orang lain boleh pandang.
namun ada terselit inginan dan angan-angan..
impian dan harapan agar diri ini bisa menjadi orang lain.
bukan lar kesempurnaan yang diharapakan..
namun harapan agar ada kehidupan yg lebih baik
disatu masa dan ketika nnt..

KOSONG

~perjalan menuju~
mengosongkan hati dari karat-karat jahiliah
kosong dari kotoran-kotoran maksiat
kosong dari noda-noda DOSA LALU

kisah silam..

hati ku terusik mengibau kisah silam,adakalanya tawa adakalanya sedih..
namun kisah bermulanya kehidupan diBUMI kenyalang, yang banyak memberi aku makna erti hidup sebnar.
disanalah bermula kehidupan mencari sinar ISLAM..

YA ALLAH, besarnya nikmat itu, sehingga saat ini dapat dirasai..namun aku sia-saikan segalanya.
aku tewas..tewas dgn hawa nafsu sendiri, sehingga aku lupa dgn jalan-jalan, lorong-lorong yang pernah aku lalui dulu..

adakalanya aku tertanya kenapa aku tidak seperti dulu,mengapa aku memilih jalan ini
aku jgk bertanya pada diriku, kenapa aku begitu mudah tewas dgn diriku sendiri.. ya ALLAH.
pada saat ini peritnya ku lalui..peritnya menahan dan berlawan dgn hawa nafsu dan sifat-sifat mazmumah yang menguasai diri..ya ALLAH  berilah kekuatan untukku menjalani dan mengharungi semua ini..

lembutkan lar hati ku yang keras ini..
pujuklah lar ia untuk kembali kepada jalanMU ya RABB...


ANAK KECIL...

 
Dah masuk empat bulan bekerja menjadi pembantu PASTI..mengasuh anak-anak kecil, menyediakan makan untuk mereka..dari tak tahu masak da pandai (da test resepi from google), dari tak tahu da semakin tahu..
hinggakan tumbesaran anak-anak kecil ini juga buat diri ini peka... pelbagai karenah dan gelagat, namun semua itu adalah penawar..mereka anak2 kecil yang masih bersih dan terhindar dari DOSA.. jiwa mereka suci dan luhur.
bagi mereka hidup ini indah, bertemu kawan-kawan adalah keseronokan walaupun asyik2 mengadu orang nie buat dia lar, orang ttu buat dia lar...tapi xpernah serik, pastu main jgk betapa suci nya hati mereka xda dendam...(^_^)...

hakikatnya..bukan sahaja mengenal jiwa mereka tpi pengalaman ini sangat berharga dalam menguji kesabaran dan memdidik diri utk mendidik anak2 di masa akan datang. bukan mudah untuk memujuk tatkala sedih, xnak makan, bila dia tak mahu nie, tak nak yang tu dan macam lagi..semua itu perlu dgn psikologi dan kekuatan hati.. buat diri nie kadang2 gelak, dari seorang yang kasar, kepada pemujuk dari seorang yg kekok dengan kanak-kanak..mendidik jiwa untuk sifat lembut dengan anak-anak kecil ini...

setiap kata dan perlakuan orang dewasa menjadi ikutan mereka dan tahap ingat mereka sangat tinggi dalam sesuatu perkara yang pernah kita cakap dekat dia @ janji.. sebab tu lar disarankan semasa kecil kanak-kanak kecil ini perlu didik dengan surah kecil dan doa-doa harian... diri ini akui, kagum dengan anak-anak kecil yang akan baca doa dan maksudnya...beruntunglar ibu bapa yang membina aset dari anak-anak mereka...

semoga ANAK-ANAK KECIL ini menjadi soleh/solehah...(^_^)
nama saya ADI.. (^_^)

Monday, May 13, 2013

jalan kembali...

terasa kerdilnya diri..bila mana kita menhadap TUHAN...
meminta-minta dan merayu kepadanya..tapi atas dasar kehendak..

ya ALLAH..bawahlah aku kembali kejalan orang2 yang menagih cinta dan kasih MU.. 

Saturday, April 27, 2013

Ingin Pulang...

tatkala seruan jiHYad dan pengorbanan mengiang-giang di telinga ku saat pergi ke ceramah di sek18, betapa kuat perasaan ku ingin pulang ke kampung halaman untuk melaksanakan tanggungjawab..

pada awalnya aku ambil keputusan yang lewaT sbb masalah kewangan..namun aku sedar ALLAH da tunjuk jalan dan beri kemudahan buatku...

mungkin ini pertama buat ku, dan ini lah peluang terbesar untuk aku mambantu perjuangan yang ku pilih selama ini. andai tidak kan aku hanya membiarkan diri ku hebat berkata,tapi tidak yakin pada ALLAH...

Alhamdulillah syukur pada MU ya ALLAH..besar ujian MU buatku.. andai ini jalan yang membawah aku untuk sedar dan kembalikan aku..permudahkan diri ku ya ALLAH..

Saturday, February 9, 2013

titik-titik...

saat nie kesunyian menerjah..
taatkala..aku memilih untuk pergi meninggakan keluarga jauh ke seberang..
bukan lar suatu yang mudah..namun diri ini gagahkan jgk,agar perjalan diri ini diberi petunjuk oleh ALLAH.
agar diri ini boleh terus istiqamah..
terasa ingin menolak ketentuan ini, terselit dihati kenapa aku tak jdi macam orang lain,
ddk kampung tak kenal dunia luar, xkenal sape2 tak merantau jauh2,
namun ini lah yg ALLAH telah gerakkan dkt hati untuk memilih jalan ini..
 agar aku bisa belajar tentang kehidupan

tapi kesusahan dan penderitaan yang mencengkam diri ini tidak mampu diluah pada sape2..
walau berjalan berbatu-batu, walau mengenala beribu-ribu manusia...
tidak mampu untuk meluah rasa..diserah segalanya buat dia..mencari kekuatan dan pentujuk pedoman sepanjang perjalan..

tatkala diri teruji dgn kerinduan dan kesusahan tiada sape yg bertanya..
diri ini cukup tahu ini adalah lah percaturan ALLAH, namun hati dan jiwa ini lemah..
tidak mampu meluah rasa dan berani untuk berkongsi cerita..
kerana hati ini terlalu keras, hati ini terkurung dgn perasaan dijiwa..

perit untuk di lalui..walau pun ada teman yang berada disisi, namun hati tetap menangisi.
ya ALLAH utusankan seseorang yg boleh memimpin diri ini, mendidik diri ini dan menerima diri ini seadanya.
dalam melayari kehidupan. agar hilang rasa kelemhan dijiwa...

Thursday, February 7, 2013

INGIN DEKAT DENGAN MU SELALU..

..Kalau nak DIA dekat dengan kita, kita kena dekat dengan DIA..
Since kita dekat dgn DIA..beribu-ribu kali dia dekat dengan kita...
bila DIA da dekat dgn kita..kasih sayang nyer melimpah ruah,
terjentik je sedikit keinginan di hati..dia beri,
bila hati kita resah jiwa kita lalai..sentiasa ingatkan kita
bila kita kecewa dan merana dia hadiahkan sifat sabar dan tawakal..
agar diri kita jdi orng tabah dan redha..

DIA sentiasa memberi, dia sentiasa menerima kita..
walaupun kita sering lupa akan DIA..
walaupun xpernah kenal dia..
namun kita dpt rasau DIA..
kerana keyakinan dan kepercayaan kita
adalah bukti akan kekuasaan NYA...

semoga kita menjadi pendamping setiaNYA..
~ALLAHU RABBI~