Wednesday, May 30, 2012

makna DIRI


apa MAKNA DIRI...
dalam kepingaan kehidupan ini aku mencari makna DIRI
makin aku cuba terokai semakin AKU mula mengenal diri..
menyedari kekurangan dan kesilapan
menimbulkan penyesalan dan kegusaran..

jiwa menjadi kendur dan lelah..
mencari MAKNA DIRI utk kesekian kalinya
terasa KOSONG..

apakah MAKNA DIRI..
aku makin mencari..BINGUNG..
kemana untuk mencari kemana harus pergi..

duhai angin lalu..bawah lah aku pergi..
seperti debu-debu yg engkau terbangkan ..
bawah aku jauh..jauh melepas langi biru..
untuk ku mencari MAKNA DIRI..

Tuesday, May 15, 2012

Nakba Day 15 MAY..

ASSALAMUALAIKUM...
Apa yg diperjuankan diPALESTINE pada tarikh 15 MAY? jom baca utk dptkan inform dri sumber ILUVISLAM.COM..

*********************************************

Nakba Day 15 May. After 64 years under occupation, the Palestinians and all humanity continue struggle for freedom. No more wait! Act Now! Dua and pray! InsyaAllah!

60 tahun yang lalu, lebih daripada 700,000 rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal, harta benda, ladang, perniagaan, serta pekan dan bandar yang mereka diami. Militia Yahudi berusaha untuk mewujudkan sebuah negara dengan majoriti Yahudi di Palestin, tentera Israel telah menghalau rakyat palestin keluar dari tanah mereka. Israel pula dengan pesat memindahkan orang yahudi masuk ke dalam rumah Palestin yang baru dikosongkan. Nakba bermaksud "malapetaka" dalam bahasa Arab. Palestin merujuk Nakba “malapetaka”, sebagai kemusnahan masyarakat mereka dan sebagai rampasan tanah air mereka.

Sepuluh Fakta tentang Nakba

1. Nakba adalah punca masalah Israel / Palestin.

Nakba ditanda pada 15 Mei, hari selepas Israel mengisytiharkan kemerdekaan mereka pada tahun 1948 ke atas tanah haram palestin.

2. Peristiwa traumatic ini mewujudkan krisis pelarian Palestin.

Dua pertiga daripada penduduk Palestin telah dibuang negeri menjelang akhir tahun 1948. Adalah dianggarkan bahawa lebih daripada 50% telah dihalau keluar di bawah serangan ketenteraan secara langsung. Selebihnya melarikan diri kerana penyebaran berita bahawa pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh militia Yahudi di kampung-kampung Palestin seperti Deir Yassin dan Tantura.

3. Pemimpin Yahudi melihat "pemindahan" sebagai satu langkah penting dalam penubuhan Israel.

Pemimpin Yahudi bercakap secara terbuka bahawa keperluan menggunakan pertempuran tentera untuk mengusir seberapa ramai rakyat Palestin yang boleh sebelum negara-negara Arab yang lain datang untuk menyerang.

‘The Haganah militia’s Plan Dalet’ adalah pelan tindakan yang dikuatkuasakan Israel untuk pembersihan etnik ini. Perdana Menteri Israel yang pertama, David Ben Gurion, berkata "Kita mesti menggunakan keganasan, pembunuhan, ancaman, rampasan tanah, dan memotong semua perkhidmatan sosial untuk menghapuskan penduduk Arab di Galilee (Galilee adalah sebuah tasik yang dipanggil sebagai Laut Galilee)."

4. Ratusan kampung dan bandar Palestin telah musnah.

Tentera Yahudi telah mengosongkan lebih daripada 450 bandar-bandar dan kampung-kampung di Palestin. Sebahagian besar telah dirobohkan.

5. Harta dan barang milik rakyat Palestin diambil sesuka hati.

Kerajaan baru yang ditubuhkan Israel telah merampas tanah pelarian dan harta benda milik rakyat palestin tanpa keinginan untuk memberi peluang kepada rakyat palestin untuk kembali ke rumah masing-masing.

Sejarawan Israel, Tom Segev, melaporkan bahawa: “Entire cities and hundreds of villages left empty were repopulated with new [Jewish] immigrants… Free people – Arabs – had gone into exile and become destitute refugees; destitute refugees – Jews – took the exiles’ places in the first step in their lives as free people. One group [Palestinians] lost all they had while the other [Jews] found everything they needed – tables, chairs, closets, pots, pans, plates, sometimes clothes, family albums, books radios, pets…. “

6. Sebahagian rakyat palestin masih kekal atau tinggal di dalam apa yang dikenali sebagai Israel.

Sementara kebanyakan rakyat Palestin dihalau keluar, ada yang masih kekal di dalam Israel. Walaupun mereka (rakyat palestin) adalah rakyat negeri baru, mereka tertakluk kepada peraturan tentera Israel sehingga 1966.

Hari ini, penduduk Palestin di Israel terdiri daripada hampir 20 peratus daripada keseluruhan penduduk Israel. Mereka mempunyai hak untuk mengundi dan bertanding untuk mendapat jawatan.
Tetapi, lebih daripada 20 undang-undang keistimewaan diwujudkan untuk dinikmati oleh orang yahudi melebihi keatas orang bukan yahudi. Juga, hampir satu perempat rakyat Palestin yang menetap di dalam Israel telahpun "dipindahkan", dan mereka tidak dapat lagi untuk kembali ke rumah dan tanah mereka yang telah diambil Israel.

7. Kini, terdapat berjuta pelarian Palestin yang tersebar di seluruh dunia.

Hari ini, terdapat 4.4 juta pelarian Palestin yang berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan dianggarkan masih ada sekurang-kurangnya 1 juta lagi yang masih belum didaftarkan.

8. Pelarian mempunyai hak yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Semua pelarian mempunyai hak-hak yang diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk kembali ke kawasan yang telah mereka larikan diri ataupun dipaksa keluar, untuk menerima pampasan bagi kerosakan yang telah berlaku, dan sama ada untuk mendapatkan kembali harta benda mereka ataupun menerima pampasan dan sokongan untuk penempatan semula secara sukarela. Hak ini telah jelas diakui dalam perjanjian damai terkini di Kemboja, Rwanda, Croatia, Bosnia-Herzegovina, Guatemala, Ireland Utara, Kosovo, Sierra Leone, Burundi, dan Darfur. Hak ini walaupun telah diperakui untuk rakyat Palestin oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam Resolusi 194 tahun 1948, Israel, bagaimanapun, masih tidak membenarkan pelarian Palestin untuk kembali, tetapi seorang Yahudi dari mana-mana tempat di dunia boleh menetap dan tinggal di Israel dengan sewenangnya.

9. Keadilan dalam menyelesaikan hak pelarian adalah penting untuk keamanan di Timur Tengah.

Majoriti besar rakyat Palestin percaya bahawa hak sebagai pelarian perlu dipenuhi bagi mengekalkan keamanan antara Palestin dan Israel. Mengikut tinjauan pada bulan Ogos 2007 oleh Jurusalem Media and Communications Center, hampir 70 peratus yakin bahawa pelarian perlu dibenarkan kembali kepada "tanah asal mereka".

10. Nakba mempunyai implikasi terhadap rakyat Amerika.

Israel berterusan menafikan hak rakyat Palestin melalui bantuan kewangan serta sokongan diplomatik tanpa syarat oleh Amerika Syarikat. Satu tinjauan telah dilakukan oleh Zogby di lapan buah negara Arab pada tahun 2002 menunjukkan bahawa "persepsi negatif terhadap Amerika Syarikat adalah disebabkan kerana dasar Amerika itu sendiri, dan bukan kerana tidak suka akan Barat." Tinjauan yang sama juga menunjukkan bahawa "isu Palestin telah disenaraikan oleh kebanyakan orang-orang Arab antara isu politik yang memberi kesan kepada diri mereka secara peribadi. “ Resolusi terhadap isu pelarian Palestin tidak syak lagi akan meningkatkan imej Amerika diperingkat antarabangsa, dengan membuktikan bahawa kerajaan AS menyokong segala usaha keganasan dan ketidakadilan dalam isu negara haram Israel terhadap Palestin.

HUNGER STRIKE

(nie gambar profile pic FB )

Assalamualaikum...
 saat nie kesibukkan dengan pelbagai perkara yg merumitkan fikiran..shingga la malam tadi, menjeguk keFB melihat profile picture yg hampir sama namun pelbagai rupa..pada mulanya hanya melihat. kemudian jawapan nya ditemui hari ini bila melihat aritikel dan apa isu semasa yg berlaku..
 diri nie jauh dari isu semasa mmg agak ketinggalan namun melihat pada papar gambar2 tu diri nie berharap apa yg kita lakukan tu biarlah kerana pengetahuan kita bukan sekadar ikut-ikutan..peringakat utk diri..(^_^)
diri nak konsi beberapa gambar yang diri nie download dari FB..



 (gambar nie menarik tpi tak tahu maksud dia )



(gambar nie yang mula-mula di sebarkan )

p/s: apa yang penting kita bukan semata meletakkan profile pic gambar sebagai tanda sokongan pada tahan palestine...tpi apa yg terutama sekali kita mendoakan supaya kebenaran akan tertegak atas nama KEBENARAN bukan penindasan yang berpnajangan..
dan kita juga sebagai seorang muslim harus sentiasa MUHASABAH diri apakah kita telah melaksanakan tanggungjawab sebenar kita sebagai HAMBA ALLAH...wallahu'alam...


Thursday, February 16, 2012

Dulu kini dan selamanya

Tika usia meningkat dengan pantasnya, tanpa sedar dulu kanak-kanak bermain di jambatan rumah, kemudian meningkat remaja dengan pakaian seragam sekolah bersama-sama kawan-kawan dan teman2 sekelas bergurau, jenaka. Kini menjadi dewasa fikiran sudah berubah,style pun da pandai melawa. Namun ada yg masih sama dulu dan kini, aku masih dialam menuntut ilmu masih lagi mengadap kepapan putih utk mendegar dan cuba utk memahami tiap butir kata, pensyarah.
Add caption
Mungkin pada usia ku ini, rakan2 sekolah di persekolah dulu ada yg sudah menggantikan guru-guru ku. ada yang menjadi Polis, bekerja awam dan sebagainya yg sudah mengumpul wang utk di labor kepada ibu bapak utk membalas jasa mereka semula. Tpi aku masih disini,adakal tertanya bilakah pulak masa ku utk membalas kembali keringat kedua ibu bapa ku. Ada juga teman-teman yang ketika ini sedang mendodoi anak2 sendiri mendewasakan mereka agar menjadi insane yg berguna, tatkala ini jugak, menyedari bagaimana ibu bapa mendewakan dan membesarkan kita dulu..putaran kehidupan sedang bermula…




masing-masing berada dibidang sendiri

Disaat ini, kenangan semalam menjadi igauan saat suka,duka,tangis tawa, luka dan sebagainya menerawang di fikiran..sedangkan ia adalah sejarah silam, kenagan yg tidak mungkin akan kembali…  kerana perkara paling jauh adalah perkara yag sudah berlalu..dan sukar utk di temui lagi.
Namun disitu la dari kelemahan diri adakalanya sejarah silam itu menjadi ukuran dengan masa yg dilalui kini. Duka semalam menjadi tangisan kini sedangkan ianya sudah berlalu..
Perlukah utk melihat masa itu andainya ia sukar utk diulang kembali, kerana apa yg dilalui kini dan masa hadapan ada suatu penentuan yg telah ditetapkan. Tapi kita boleh merancang dan mengatur..Cuma penentu sesuatu kehidupan adalah di atas kuasa yg MAHA BERKUASA, ALLAH SWT..

Mengapa perlu mencari titik kelemahan diri ,sedangkan titik kekuatan sentiasa ada utk di bangunkan. Mengapa perlu menangisi kesilapan semalam sedangakan pintu taubat dan pengampunan ada dihadapan. Mengapa perlu melihat kebelakang sedang jalan yg harus ditempuhi berada dihadapan.,
Kegagalan masa lampau bukan penentu kegagalan masa kini.. namun kegagalan masa kini ada lah penentu masa akan datang.. sedarlah dan fokuslah apa yg berada dihadapan.. agar kita sentisa berda dijalan yang benar..kerana andai kita melihat kebelankang bImbing kita akan tersilap jalan kerana kita tidak melihat arah jalan yg dituju ibarat… orng buta mengemudi sampan di lautan. Tidak dapat mengenal arah sampannya dan tidak dapa mengenal pasti daratan.
Yakinlah dan bersabarlah dengan setiap liku-liku perjalanan kerana orang yg beriman tidak akan lari dari ujian kerana ujian itu la menjadi bunga-bunga dalam kehidupan dan ujian itu juga la yg menjadi penentu adakah kita beriman atau tidak. Sesungguhnya bersabarlah kerana dalam setiap kejadian ada hikmah yg tersimpan bersabarlah..dan terus bersabar kerana orang yg bersabar itu dekat pada ALLAH swt dan sentiasalah redha l=kerana ada hikmah kejadian itu akan terpampang di hari kemudian jika bukan di dunia di akhirat kelak insyaALLAH..
MIFTHUL JANNAH
10 DEC 2011, SABTU (12.09 PG)

Tuesday, January 10, 2012

JOM EXAMMM

Assalamualaikum...

Saat nie..semua sahabat2 dan teman-teman IPT mesti sibukkan dgn ULANGKAJI,DICUSSION,revision dan macam2 la utk FINAL EXAM, ana nak ucapkan salam IMTIHAN buat semua dan JGK DIRI INI (^_^).. yg telah,sedang atau akan menhadapi EXAM.Bitaufik wannajah..semoga semuanya mendapat kemudahan dan kelapangan dri ALLAH dalam menjawab EXAM..sape yg da amik paper,tu apa lgi bykkan DOA&TAWAKAL..ye..semoga dapat result yg GEMPAK dan warna-warni (^_^)...

Disini..nak kongsi TIPS EXAM..yg ana godek2 dri laptop usang nie (mungkin agak lewat nak kongsi,tpi xpe janji kongsi kan)


Panduan hari peperiksaan

  1. pada awal pagi, hendaklah diminum air solat hajat sebelum makan apa-apa.
  2. baca selawat 3X
  3. baca ke dalam air ayat di bawah sebanyak 7X dan minum:
بسم الله الرحمن الرحيم لا تخف ولا تحزن ان الله معنا
  1. turun dengan langkah kaki kanan, jgn berpaling ke kanan, ke kiri, ke belakang.
  2. baca:  بسم الله توكلت على الله لا حولا ولا قوة الا بالله العلى العظيم
  3. sepanjang perjalanan baca ayat surah al-insyirah (alam nasyrah)

sebelum masuk dewan.

  1. baca ayat kursi 1X
  2. baca surah al-insyirah (alam nasyrah) 3X atau 7X
  3. masuk dewan dengan langkah kaki kanan, duduk dengan tenang.

Bila berada di dalam dewan.

  1. selawat
  2. bila hendak menjawab soalan baca doa penerang hati..
  3. kalau tidak dapat jawab soalan, baca:
    1. صلوات دان ربى يسر ولا تعسر ربى تمى بالخير
  4. setelah siap menjawab soalan, bacalah Alhamdulillah, bersyukur kpd Allah
  5. baca  يا لطيف 7X kemudian baca :
    1. الله لطيف بعباده يرزق من يشاء وهوالقوى العزيز
    2. Surah annur ayat 35.
    3. Tulis di kertas jawapan muka belakang sekali dengan belakang pen yang kita gunakan: انا فتحنا لك فتحا مبينا
            Tiup pada kertas jawapan dan niatkan supaya pemeriksa lembut hati serta kasihan
pada kita. insyaAllah segala usaha dan ikhtiar kita akan diperkenankan Allah.



Pada teman-teman sekalian dan DIRI INI gak, pape pun NIATkan DIRI kita menHADAPI exam nie adalah utk MERAIH KEREDHAAN dan BARAKAH dari ALLAH bukan semata-mata utk EXAM dan LULUS.. agar ILMU yg di pelajari ini HADAM dan terus bercambah.. OK...


Semoga berjaya…usaha, doa dan tawakkal… ingat, Allah tak pernah kejam… pasti ada hikmah di sebalik kejadian…. Kejayaan dunia, untuk menggapai redha Allah demi kemenangan Islam…jaminan di akhirat… wassalam....

Semoga beroleh kejayaan dalam keredhaan Allah swt.


SELAMAT STUDY SUMA BUKAN STUDO yeeee... (^_^)

Wednesday, December 14, 2011

AYAT-AYAT CINTA

"Barang siapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk),Dia akan membukkan dadanya untuk menerima Islam. Dan barang siapa dikehendaki-NYA menjadi sesat,Dia jadikan dadanya sempit dan sesak,seakan-akan dia(sedang) mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman" (surah Al-An'am: ayat 125)



Subhanallah..
Maha suci Tuhan sekalian Alam..
terlalu indah kata dan teguranNYA..

adakala tika diri leka dan alpha DIA la penegur..
dikala hati teluka DIA memberi ubatNYA..
dikala diri lemah DIA la penguat jiwa..
dikala diri ini berduka DIA sentiasa disisi..
dikala diri ini dalam kegelapan DIA memberi Cahaya..

Subhanallah...
Maha Pengasih dan Penyayang
ALLAH yg disembah... 
ENGKAU Maha ESA..
Aku meminta agar jangan ENGKAU cabut HIDAYAH ini..
jangan lah ENGKAU sesatkan aku..
kerana pada ENGkau saja tempat ku bergantung..
pada ENGKAU saja tempat ku berlindung..
dan hanya ENGKAU saja YA ALLAH...
padaMU berserah DIRI..


Aku hamba MU yg kerdil lgi Hina...
(T_T)

Wednesday, November 30, 2011

Tips Study @ Al-Quran

engan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM



Final Exam Membuka Tirai

Alhamdulillah, UTP bakal membuka dewannya khusus bagi menempatkan pelajar-pelajar menjalani peperiksaan akhir semester ini bermula 5 May 2011 sehingga 15 May 2011. Seperti tempat yang lain, buah jadual peperiksaan yang berbeza-beza dari pokok jurusan yang berbeza-beza, ada yang mula lebih awal, ada yang lebih lewat bermula, ada pula habis awal, dan ada pula awal habisnya. Bagi saya, berada di pertengahan, bermula dari 7 May 2011 sehingga 12 May 2011. Mohon doa dari semua untuk kejayaan menjawab dengan tenang dan benar pada peperiksaan yang bakal menerpa.

Sudah tentu di tempat yang lain, ada yang sudah heboh dengan final exam yang sudah menutupkan tirainya. Bagi UTP, memang hampir sering antara yang lambat bermula, dan natijahnya semestinya habis lebih lewat berbanding IPT lainnya. Namun, ianya bukan masalah yang utama untuk dipedebatkan, lebih utama sentiasa bersedia menghadapinya. Indikator mudah untuk melihat persiapan kita adalah dengan membayangkan jika Final Exam bermula HARI INI, adakah kita akan mampu menjawab soalan yang diberikan dengan cemerlang? Begitu juga kepada adik-adik di luar sana yang mengambil UPSR, PMR mahupun SPM, bayangkan bermula HARI INI, pasti tergeletek adik-adik menjawab tidak tentu hala (bukan semua)..^.^..pengajarannya, sentiasa bersedia ya.

Jangan Hanya Pandang Ke Barat

InsyaAllah, pada kesempatan kali ini, saya ingin berkongsi suatu alternatif bagi kita mendapatkan motivasi dan tips belajar berdasarkan sumber yang jarang diketengahkan. Kebiasaan bagi manusia zaman ini hanya mencari tips kejayaan dan kecemerlangan berpaksikan sumber kajian dari negara barat, mahupun negara-negara maju lainnya. Ianya memang amat baik bagi menyingkap dan mengutip mutiara-mutiara ilmu dimana-mana, kerana ia sebenarnya berasal dari umat Islam sendiri, namun mengapa pada hari ini kita lebih menaikkan dan mengutamakan sumber di sana berbanding sumber yang wajib kita pegangi, Al-Quran. Kerana 'Al-Quran Ummul 'Ilmi' [Ibnu Mas'ud], Al-Quran ibu/induk kepada ilmu. InsyaAllah, kali ini kita membelek ilmu pada topik tips belajar dan berjaya dalam Al-Quran.

Sebelum kita mulakan perkongsian perlu kita yakini dan sedari bahawa kecemerlangan dan kejayaan adalah tuntutan bagi seorang yang ingin beriman. Orang-orang yang beriman sepatutnya menjadi yang paling tinggi dalam pelbagai aspek, samada pendidikan, kerjaya, rumah tangga, sosial, ekonomi dan sebagainya, kerana inilah batu-bata yang bakal menguatkan binaan umat Islam.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, sedangkan kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."[QS al-Imran, 3:139]

Janganlah kita jatuh motivasi atau bersikap lemah, apatah lagi bersedih hati sehingga merapuhkan kejayaan, kerana jika kita mengaku orang-orang beriman, sepatutnya kita yang paling tinggi darjatnya tidak kira dalam apa jua aspek dan keadaan. Maka ayuh kita buktikan kepada dunia, orang-orang beriman paling tinggi kedudukannya. Kerana memang berjaya orang-orang yang beriman.

"Sesungguhnya berjaya-lah orang-orang yang beriman,"[QS al-Mukminum, 23:1] 


Tips Belajar @ Al-Quran

Sebenarnya terlalu banyak tips dalam al-Quran yang mampu kita manfaatkan dalam kehidupan, kita perlu menjadi orang-orang yang berakal, berfikir, menghayati dan mengkaji ayat-ayat Allah yang mengandungi pelbagai hikmah kepada semua status manusia. Antara tips yang ingin saya kongsikan pada kali ini adalah:

  1. Asking!
  2. Revision!
  3. Proactive!
  4. Effort & Determination!
  5. Time Discipline!
  6. Focus!
  7. Team Work!
  8. Visual, Auditory & Kinesthetic!
  9. Never Give-Up!
  10. Self Motivation!
1. Asking:

"maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui,"[QS an-Nahl, 16:43]

Allah nyatakan kepada kita, jika kita tidak tahu, maka bertanyalah. Namun, ada sisi lain yang ditekankan dalam bertanya, kita perlu bertanya kepada orang yang mempunyai pengetahuan terhadap sesuatu perkara itu. Jangan bertanya subjek Biologi kepada guru kaunselor, atau bertanya soalan kimia kepada guru bahasa, apatah lagi bertanya dengan kawan yang tidak tahu, nanti yang keluar dari mulutnya "kamu tak tahu?aku lagi tak tahu..huhu"..syarat nak bertanya, bertanya dengan orang yang tahu. Sedih kita lihat ketika guru/pensyarah bertanya kepada kita "ada apa-apa soalan? semuanya faham?"..hampir semua diam membisu, kerana kebiasaan ada 3 jenis manusia jika dia tiada soalan.
  1. dia memang faham, maka tiada apa yang ingin ditanya
  2. dia memang tak faham, maka tidak tahu apa yang ingin ditanya
  3. dia buat-buat faham, dia tidak faham, tapi buat-buat faham kerana.....(masing2 tahu ya)
2. Revision!

"Dan sesungguhnya dalam Al Quran ini Kami telah ulang-ulangi (peringatan-peringatan), agar mereka selalu ingat."[QS al-Isra', 17:41]

Diulang-ulang agar kita ingat. Inilah ulang kaji yang perlu kita praktikan. Kita pasti sedia maklum bahawa 'Practise Makes Perfect", begitu juga yang diajarkan Allah kepada kita, teruslah mengulang sehingga ia akan jadi kebiasaan. Psychological term kita gelar sebagai 'Repetition Power', suatu perkara yang jika terus diulang, akan membuatkan ia menjadi kebiasaan yang dengan lancar dan mudah untuk kita lakukan pada masa hadapan.

3. Proactive!

"..lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan diantara mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah karunia yang amat besar."[QS al-Fathiir, 35:32]

Ayat ini menerangkan 3 jenis golongan manusia. Ada yang menzalimi diri sendiri, sudah tahu exam dah dekat, tapi masih tidak mahu belajar. Ada pula pertengahan atau sedang-sedang, golongan ini biasa-biasa ja, dia belajar bila ada test atau exam, esok ada quiz baru belajar, minggu depan ingin exam, baru mula belajar. Ada pula proaktif/lebih dahulu/keterdepan, golongan ini membuat persedian jauh lebih awal berbanding golongan lain, persediaan dia juga lebih mencukupi bahkan terlebih-lebih berbanding yang lain, orang lain baru chapter 1, dia dah belajar sampai chapter 12..hehe..maksudnya dia memang proaktif kehadapan. Saya yakin kita semua ketika exam tinggal seminggu, sudah tentu belajar dengan bersungguh-sungguh, cuba bayangkan jika mode belajar sunguh-sungguh bagai minggu depan nak exam tu kita bawa pada awal sem lagi, bagaimana hasilnya?

4. Effort & Determination!

"dan bahawasanya, seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya,"[QS an-Najm, 53:39]

"Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya."[QS ath-Thur, 52:21]

Man Jadda, wa jadda. Inilah kata yang sering kita dengarkan, memang benar siapa yang usaha, dia akan dapat hasilnya. Begitu juga konsep kita belajar, cuba ingat kembali keputusan exam kita yang lepas, kemudian bandingkan dengan usaha kita, nescaya kita akan lihat perkara yang perlu dipertingkatkan. Kejayaan yang kita impikan dan angan-angankan, perlu dibuktikan dengan usaha dan kesungguhan. Inilah yang diajarkan Allah kepada kita, berusaha dengan bersungguh-sungguh.

"Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik."[QS al-Isra', 17:19]


5. Time Discipline!

"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok, "[QS al-Hasyr, 59:18]

Jika kita gagal merancang, kita meracang untuk gagal. Perhatikan hari esok, bersedia dan rancang apa yang akan kita lakukan hari esok, apa susunan masa untuk kita belajar, subjek apa, topik apa ingin dihabiskan, dan sebagainya. Lebih indah jika kita mampu membuat jadual waktu belajar kita, agar lebih tersusun dan teratur urusan kita. Namun masalah bagi kebanyakan pengguna jadual waktu ini, adalah masalah disiplin terhadap jadual yang diri sendiri tetapkan..ish3..Allah mengingatkan kita agar ikuti waktu yang telah ditetapkan

"Sesungguhnya shalat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman"[QS an-Nisa', 4:103]


Orang-orang beriman sepatutnya seorang yang disiplin akan waktunya, latihan yang diberikan Allah agar solat tepat pada waktunya perlu kita praktikkan dalam perkara lainnya. Mana mungkin kita ingin solat subuh pada waktu isyak, atau solat maghrib pada waktu zohor, kita akan disiplin mengikut masa yang telah ditetapkan.

6. Focus!

"(yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya,"[QS al-Mukminum, 23:2]

Fokus dalam beribadat memang dituntut kepada kita. Jangan ketika solat kita tidak fokus untuk beribadat kepada Allah, sehingga ingat benda-benda lainnya. Kita harus fokus dalam apa jua perkara yang kita lakukan. Cuba tanyakan pada diri kita, pernah atau tidak kita terlupa di mana barang yang kita letakkan? Pasti ramai antara kita sering bahkan selalu mengalaminya, kerana kita tidak fokus ketika kita meletakkan barang tersebut. Begitu juga ketika belajar, kita perlu fokus ketika membaca atau membuat latihan, terkadang kita belajar tapi fikiran dan minda kita tidak fokus terhadapnya, maka percentage ilmu yang kita pelajari berkurang berbanding jika kita fokus melakukannya. Selain itu, perkara-perkara yang mengganggu atau yang tiada manfaat perlulah kita tinggalkan sahaja.

"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,"[QS al-Mukminun, 23:3]


Perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat tidak perlu kita lakukan, perkara-perkara yang mendatangkan mudarat perlu kita tinggalkan.

7. Team Work!

"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya."[QS al-Maidah, 5:2]

Dalam menngusahakan perkara kebaikan seperti pelajaran, kita dianjurkan untuk saling tolong menolong ke arahnya. Masalah sekarang kita dapat lihat betapa ramai manusia yang mementingkan dirinya sendiri berbanding menolong orang lain? Ingin berjaya dan kaya sendiri-sendiri, melupakan kegagalan dan kesusahan orang lain, tiada langsung semangat ukhuwah yang perlu djalinkan sesama kita dalam perkara yang mampu kita usahakan bersama. Adakah kita ingin menjadi seperti ini? Namun, di sisi yang lebih utama, kita sendiri yang kena mulakan percikkan kerjasama kepada orang lain, bukan hanya mengharap orang lain yang menolong. Kerjasama dalam belajar amat membantu sesama kita, seperti kosep 'Study Group' yang pasti mampu meringankan beban sesama kita. Bahagikan beberapa topik kepada ahli kumpulan untuk masing-masing belajar dan memahami lebih mendalam, kemudian baru masing-masing present topik masing-masing. Lakukan juga diskusi-diskusi bagi menyelesaikan masalah atau ketidakfahaman terhadap beberapa topik.

"dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya."[QS al-Imran, 3:159]


8. Visual, Auditory & Kinesthetic!

"karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya."[QS al-Imran, 3:79]

Proses belajar yang diajarkan dalam ayat diatas adalah kita bukan hanya sekadar belajar sendiri, namun cuba mengajari juga apa yang telah kita pelajari. Ini akan membuatkan kita lebih faham dan lebih ingat bahkan memberikan kebaikan bukan pada diri sendiri, tapi juga kepada orang lain. Kita mengetahui 3 jenis manusia dalam aspek daya ingatan, ada yang mampu dan lebih ingat apa yang dilihat (Visual), ada yang apa yang didengar (Auditory) dan ada yang melalui pergerakan (kinesthetic). Kita jika ingin tahu kita jenis yang mana, memang ada questionnaire yang dibuat, tapi ada kaedah yang lain, cuba kita ketika exam berlangsung, kita ingin mengingat sesuatu formula atau fakta, adakah kita lebih ingat buku/nota yang kita lihat dan baca (visual)? atau lebih mampu ingat suara guru/pensyarah yang mengajar(auditory)?atau lebih ingat apa yang kita contengkan/tuliskan dalam nota atau latihan kita(kinesthetic)?


Namun, ia semestinya sudah terlambat jika masa exam baru mau tahu kita jenis yang mana..makanya, kita harus menggunakan kesemua daya ingatan ketika belajar. Membaca sambil mengeluarkan suara lalu mencatat juga dengan tangan, dan semua ini boleh dilakukan dengan method yang diajarkan ayat di atas, belajar dan mengajarkan, satu penggabungan kaedah belajar yang pasti memberikan impak yang positif. 


9. Never Give Up!

"Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir."[QS Yusuf, 12:87]

Hanya kaum kafir yang ada perkataan putus asa dalam kamus hidupnya. Maka jangan pernah memberikan kesempatan perkataan putus asa tertulis dalam kamus kita. Kita pasti pernah melalui keadaan dimana setelah berusaha sekali, dua kali, tiga kali, kemudian sudah tidak sanggup teruskan kerana gagal berterusan. Bagi kita, jika kita gagal 100 kali, maka teruskanlah mencuba, kerana mungkin kejayaan adalah yang kali ke 101 itu. Sepertiman Thomas Edison yang terkenal dengan menghasilkan lampu mentol yang menyala, beliau melalui 10,000 reka bentuk sebelum berjaya menghasilkan mentol elektrik yang menyala.

Begitu juga Colonel Sanders (Pengasas KFC) yang pasti kita semua sedia kenali dengan kejayaan resepi ayamnya yang pada hari ini KFC hampir berada di seluruh dunia. Beliau pada awal mula bisnesnya hanya ingin menawarkan resepi ayam gorengnya kepada beberapa restoran, tapi cuba kita bayangkan, sebanyak 1007 restoran yang menolak tawaran beliau. Mungkin jika kita, restoran yang ke 5 pun sudah tidak lalu untuk teruskan, tapi bagi Colonel Sanders kita bayangkan kali 1008 barulah ada restoran yang menerima resepinya, baru menerima, belum lagi berkembang..namun akhirnya, kita lihat apa hasil kejayaannya pada hari ini. Bukan untuk promosi KFC. tapi untuk ambil nilai murni untuk kita amati. Ayuh umat Islam semua, kita kena buktikan dengan semangat yang tinggi, jangan lagi terlalu mudah untuk berputus asa, teruskanlah usaha dengan gigih, bagi mencapai kejayaan yang tidak akan datang dengan sendiri.


10. Self Motivation!

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."[QS ar-Ra'd, 13:11]

Tiada gunanya kursus yang kita hadiri, motivasi-motivasi yang kita dapati atau tips-tips yang diberi, jika perubahan bukan atas kehendak diri sendiri. Kita yang harus sedar dan mendorong diri sendiri untuk mencapai kejayaan yang kita impikan. Kita yang harus dengan semangat dan kesungguhan memotivasi diri untuk merealisasikan kegemilangan yang kita angankan. Kerana orang lain hanya mampu menasihati apa yang tersurat pada diri kita, tapi diri kita sendiri yang mampu menasihati apa yang tersirat dalam diri kita.

Jangan Lupa Penentu Segala

InsyaAllah, sedikit perkongsia bagi kita menambah lagi usaha dalam mencapai kejayaan, namun sama-sama kita yakini, kira merancang, Allah juga merancang, dan sebaik-baik Perancang adalah Allah SWT. Jagalah Allah, nescaya dia akan menjaga kita kelak. Jaga hubungan dan hak kita kepada Allah, ini adalah sisi yang paling utama perlu kita amalkan. Memang usaha tangga kejayaan, tapi mari kita hiasi lagi tangga itu dengan carpet doa dan tawakkal, serta meletakkan atap redha dari-Nya. Inilah perbezaan yang perlu kita ketengahkan, jangan membuatkan kita sama sahaja dengan mereka yang tidak mengharapkan pertolongan dari Allah, sombong dalam memohon pertolongan dari Allah.

Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina." [QS al-Mu'min, 40:60]

Selain itu, teruslah memohon keampunan kepada Allah, jangan biarkan kegelapan dosa maksiat menjadi penghalang kepada cahaya ilmu memasuki akal dan hati kita. Jika terkadang kita merasa lemah, mohonlah keampunan kepada Allah, nescaya Allah akan memberikan kekuatan kepada kita.

Dan (dia berkata): "Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertobatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa." [QS Hud, 11:52]

Semoga kita melahirkan generasi umat Islam yang mencapai dan mengembalikan kegemilangan umat. Kita harus bangkit menguasai semua gedung ilmu dan kemahiran, cukuplah umat Islam selalu jatuh jauh kebelakang. Perubahan tersebut akan berlaku, jika kita mulakan perubahan pada diri kita dahulu. Semoga Allah memberikan kejayaan kepada kita semua dalam apa jua yang kita usahakan untuk kita memanfaatkan kejayaan bagi membantu lagi agama Allah.