Monday, May 13, 2013

jalan kembali...

terasa kerdilnya diri..bila mana kita menhadap TUHAN...
meminta-minta dan merayu kepadanya..tapi atas dasar kehendak..

ya ALLAH..bawahlah aku kembali kejalan orang2 yang menagih cinta dan kasih MU.. 

Saturday, April 27, 2013

Ingin Pulang...

tatkala seruan jiHYad dan pengorbanan mengiang-giang di telinga ku saat pergi ke ceramah di sek18, betapa kuat perasaan ku ingin pulang ke kampung halaman untuk melaksanakan tanggungjawab..

pada awalnya aku ambil keputusan yang lewaT sbb masalah kewangan..namun aku sedar ALLAH da tunjuk jalan dan beri kemudahan buatku...

mungkin ini pertama buat ku, dan ini lah peluang terbesar untuk aku mambantu perjuangan yang ku pilih selama ini. andai tidak kan aku hanya membiarkan diri ku hebat berkata,tapi tidak yakin pada ALLAH...

Alhamdulillah syukur pada MU ya ALLAH..besar ujian MU buatku.. andai ini jalan yang membawah aku untuk sedar dan kembalikan aku..permudahkan diri ku ya ALLAH..

Saturday, February 9, 2013

titik-titik...

saat nie kesunyian menerjah..
taatkala..aku memilih untuk pergi meninggakan keluarga jauh ke seberang..
bukan lar suatu yang mudah..namun diri ini gagahkan jgk,agar perjalan diri ini diberi petunjuk oleh ALLAH.
agar diri ini boleh terus istiqamah..
terasa ingin menolak ketentuan ini, terselit dihati kenapa aku tak jdi macam orang lain,
ddk kampung tak kenal dunia luar, xkenal sape2 tak merantau jauh2,
namun ini lah yg ALLAH telah gerakkan dkt hati untuk memilih jalan ini..
 agar aku bisa belajar tentang kehidupan

tapi kesusahan dan penderitaan yang mencengkam diri ini tidak mampu diluah pada sape2..
walau berjalan berbatu-batu, walau mengenala beribu-ribu manusia...
tidak mampu untuk meluah rasa..diserah segalanya buat dia..mencari kekuatan dan pentujuk pedoman sepanjang perjalan..

tatkala diri teruji dgn kerinduan dan kesusahan tiada sape yg bertanya..
diri ini cukup tahu ini adalah lah percaturan ALLAH, namun hati dan jiwa ini lemah..
tidak mampu meluah rasa dan berani untuk berkongsi cerita..
kerana hati ini terlalu keras, hati ini terkurung dgn perasaan dijiwa..

perit untuk di lalui..walau pun ada teman yang berada disisi, namun hati tetap menangisi.
ya ALLAH utusankan seseorang yg boleh memimpin diri ini, mendidik diri ini dan menerima diri ini seadanya.
dalam melayari kehidupan. agar hilang rasa kelemhan dijiwa...

Thursday, February 7, 2013

INGIN DEKAT DENGAN MU SELALU..

..Kalau nak DIA dekat dengan kita, kita kena dekat dengan DIA..
Since kita dekat dgn DIA..beribu-ribu kali dia dekat dengan kita...
bila DIA da dekat dgn kita..kasih sayang nyer melimpah ruah,
terjentik je sedikit keinginan di hati..dia beri,
bila hati kita resah jiwa kita lalai..sentiasa ingatkan kita
bila kita kecewa dan merana dia hadiahkan sifat sabar dan tawakal..
agar diri kita jdi orng tabah dan redha..

DIA sentiasa memberi, dia sentiasa menerima kita..
walaupun kita sering lupa akan DIA..
walaupun xpernah kenal dia..
namun kita dpt rasau DIA..
kerana keyakinan dan kepercayaan kita
adalah bukti akan kekuasaan NYA...

semoga kita menjadi pendamping setiaNYA..
~ALLAHU RABBI~

Friday, December 7, 2012

Yang melindungi..

kini..sekali lagi aku jauh dri keluarga, tpi kali ini pemergianku bukan la untuk pergi lama..kerana dlm diri ku masih ingin pulang dan terus selalu bersama mereka insan2. kedatangan kenegeri yg begitu menenangkan ini..tidak lgi seperti dulu..

kini..permegian ini untuk menunaikan impian mak, supaya aku naik pentas dan menerima sijil konvokesyen.. iya impian mereka, kebanggan mereka kerana dapat menamatkan pengajian ku dgn harap aku dpt membantu meringankan beban mereka.. iya harapan yg sentiasa di nantikan dri seorng anak yg telah lama di biaskan pergi. perjalan kali ini bukan sahaja untuk menerima sijil ku..tpi mencari peluang pekerjaan di perantauan.

masa sekarang untuk mendapatkan kerja mengikut certificated je bukan senang..lgi mcm aku setakat lulus.. namun aku yakin ALLAH tu telah aturkan segalanya untuk diri ku..aku kena belajar yakin dan berusaha tidak menyusakan orang..

bila ddk jauh dri keluarga..rasa nak balik je, xmacam masa belajar.perasaan nak balik kg tu xda..balik je, klu da kena suruh lepas tu ada orng nak sponser..huhu..
tpi kali nie perasaan lain..berangkat je dari aeport sandakan..rasa sayu dan sedih, xsanggup berpisah dgn mak..rasa klu aku budak2 kecik mau je aku merengek depan mak.. supaya jgn paksa aku pegi konvo..

masa konvo, kak ti dan ada la jadi mak dan ayah ku..amik gambar siap kena bagi bunga..aku nak sngat ajak shbt2 dtng tpi entah la aku rasa konvo kali nie xfeel langsung compare diploma dulu...(T_T)..

sekarang nie..dpt kerja sambilan..tapi jiwa ku beria nak dapatkan kerja di sabah tapi mcm mana klu aku kat sini. bukan xnak balik..dlm masa terdekat..tpi klu blh aku nak cri duit beli tiket sendiri, xsanggup rasa nak tggu mak support kesian dia..kadang2 timbul rasa bersalah dan sedih dgn mereka..aku xmampu jadi anak yg baik dan menjaga mereka..rasa berdosanya aku pada mereka..

aku sedar.. ALLAH itu MAHA PELINDUNG...hanya dia yg bisa menjaga dan melindungi keluarga ku...walaupun aku berada dekat dengan mereka sekali pun jika bukan atas kekuasaan ALLAH ibu bapa ku biasa je di timpa kesusahan dan kesenangan.

Ya ALLAH..sungguh aku nie hamba yg pelupa..aku sering lalai pada MU..aku lupa bahawasanya aku ini serong yg papa kedana..kerna jika bukan kerana mu aku tidak akan miliki segala2 nya saat ini.. engkau sudah cukup kurniakan aku seorng mak yg sanggup berkorban utk keluarga ku..untuk membahagiankan aku..dan engkau campakkan hidayah buat ibuku..agar doanya lebih engkau terima.. engkau juga kurniakan aku ayah..yg tidak bnyak karenah dan asyik diperlekehkan..namun ENGKAU tetap mengurniakan segalanya buatkan..ya ALLAH ampunkanlah dosa hambaMU nie..terangilah hidayah dan petunjuk buat hati-hati kami..terangilah hati-hati kami ya ALLAH, agar berada dlm REDHA MU...

Tuesday, July 3, 2012

THE LAST FINAL EXAM..

Assalamualaikum..wbt..
Dalam..kesibukkan minggu final exam ini..diri nie, di panggil utk mengupdate blog nie..(^_^)..patutnya waktu nie berkepit 24jam dengan paper..tpi rasa nak sharing sesuatu yang sangast bermakna untuk diri..
Mungkin exam kali nie adalah yg 'the las final exam' utk tempoh pengajian degree,insyaALLAH..dan ada yg begitu mengujakan semasa nak start final..panggilan telefon mak di awal pagi lepas subuh..

mak :" ingat ALLAH yg bagi pandai bukan pensyarah kamu,ALLAH yg bgi ILMU..minta doa dkt ALLAH, mak pun doakan kamu cemerlang berjaya dalam hidup..".. (ingat tu dayang...)

hatiku berkata: mak..TERHARU kata-kata mak..first time periksa mak cakap mcm nie, rasa INDAH dijiwa hukhuk..

~Aamiin..kata2 MAK..sayang MAK kerana ALLAH SWT.. SEMOGA mak terus tabah dalam menempuhi hidup..~

masa-masa final nie..tangan sibuk jugak menconteng dikala letih membuat nota, ikut mood EXAM..(^_^)


..contengan semalam 3 julai 2012...

Tuntutlah ilmu, sesungguhnya menuntut ilmu adalah pendekatan diri kepada Allah Azza wajalla, dan mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sodaqoh. Sesungguhnya ilmu pengetahuan menempatkan orangnya, dalam kedudukan terhormat dan mulia (tinggi). Ilmu pengetahuan adalah keindahan bagi ahlinya di dunia dan di akhirat. (HR. Ar-rabii') 

..mood CINTA ILMU....





Perancangan ALLAH (perkahwianan kak IRMA&REDZA)..

Assalamualaikum..

Terdetik hati utk berkongsi..sesuatu yg menyentuh hati, dan terharu dengan pertemuan pasangan yg telah selamat di ijab qabulkan pd 29hb jun 2012 pasangan IRMA&REDZA..
rasanya..di ruang FB dan mana rakan blogger turut berkongsi cerita..tpi disni saya jugak nak berkongsi di blog ini..dari pandangan diriku..
menarik hati..perjalan jodoh IRMA..seorang artis dan pengacara TV ALHIJARAH.. sesuai dgn penhijrahnya..peraancangan ALLAH itu sungguh besar buat kak IRMA..pertemuan di TANAH SUCI MEKAH, tanah yg penuh barakah..
SUBHANALLAH..tiada couple, lepas balik umrah family pasangan kak IRMA dtng mengikat pertunangan jodoh mereka dipermudahkan dalam tempoh yg singkat,..
semoga kita mengambil pengajaran di setiap apa yang berlaku dalam cerita hidup kak IRMA ini.. sungguh ALLAH ini MAHA MENGETAHUI atas segala sesuatu dan DIA lah yg mengatur segala apa yang ada di langit dan dibumi...

firman ALLAH S.W.T dalam Al-Quran...

 "Maka ni’mat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (surah Ar-Rahman: ayat18)


~ semoga ALLAH meRAHMATI pansangan ini kan IRMA& suami ReDZA hingga kesyurga..dikurniakan anak yg soleh/solehah.. (^_^)~