Tuesday, November 5, 2013

Penghijrahaan.. ( 4 NOV 13 <> 1 MUHARRAM 1435)

Alhamdulillah..
Tiada nikmat yang terbesar dirasai adalah ALLAH memilih Diri ini menjai seorang ISLAM.. diberikan nikmat IMAN.. untuk mencari KEREDHAAN dalam kehipan ini.

hari nie usia sudah menjangkau 26tahun 1 hari. semalam.. genap 26thn, jatuh pada hari dengan pertukaran tahun Islam tahun nie 2013(30 zulhijjah 1434 -> 1 muharram 1435).usia semakin bertambah, bermakna, telah berkurang 1 tahun untuk menuju kematian, semakin pendeknya kehidupan ini. syukran kepada sahabat2 yang memberi ucapan dan doa-doa kalian..semoga berkat doa kalian buat diri ini.

semakin meningkat usia, semakin lar diri bermuhasabah diri, muhasaba tentang kehiupan dan persiapan diri. semoga tahun yang berlalu ini..membina kedewasaan diri lebih mendekati ALLAH. diri nie manusia biasa yang sering terlupa dan lalai dengan dunia.

Sempena di hari Muharram ni..mengingat diri dengan penghijraan yg berlaku diri. Adalah proses kedewasaan mengenal agama dan mendekati Islam. Dari tidak tahu kepada tahu, dari tidak mahu kepada mahu. pengHijrahan kepada keadaan yang lebih baik dari sebelumnya. Pelbagai suka dan duka ditempuhi.. perkataan hijrah itu memang mudah untuk di ungkap. kadang-kadang orang selalu sebut dan nasihat " berubah lah.." hakikatnya dalam proses perubahan itu agak perit juga, kadang-kaang begitu sakit untuk dilalui..namun segalanya akan menjadi tenang dilalui dengan adanya Ilmu dan kefahaman, ianya menjadi penguat dengan meletakkan keyakinan pada ALLAH SWT.

Terimbau kenangan sebelum dapat sambung belajar ke bumi kenyalang. Betapa jahilnya diri nie, tidak pernah terlintas dan terfikir untuk datang ke bumi kenyalang tu. Masa tu fokus nak pergi semenanjung kebanyakan orang kampung menceritakan bumi semananjung yang mengujakan. Tapi siapa tahu atas kehendak ALLAH di tempatkan kebumi sarawak..bumi yg pada masa tu pada pandangan ku bumi yg tandus dgn kemajuan. Tiada yang menarik hati ku. Namun Bumi yang aku dfikir tandus tu lar menjadi tapak pemula kepada process penghijrahan diri. DiBumi itu lar suburnya sinar-sinar Islam dalam diri, perumpamaanya sama macam diriku..aku yang tandus dengan kefahaman agama hatiku yang jauh dari Agama, diBumi Kenyalang itu lah ALLAH tumbuhkan benih Islam sebagai tapak permulaan kehidupan menuju kedewasaan mengenal diri.





Akhir kalam.. SALAM MAAL HIJRAH, 1 MUHARRAM 1435.. buat sekalian umat ISLAM, tutup buku lama kita mulakan dengan buku baru, kehidupan baru yang lebih baik untuk tahun ni dan kita menjadi lebih baik pada tahun mendatang..Aminn...InsyaALLAH..

Abu Hurairah r.a berkata :
" setiap kali datangnya tahun baru membuat aku risau dan resah kerana ,semakin singkat umurku, semakin dekat ajalku, semakin tipisnya waktu pengampunan ALLAH terhadapku, semakin dekatnya hari perhitungkanku "





No comments: