Saturday, June 22, 2013

Pandang Pada Diri

diri memang tak boleh jadi yang terbaik pada pandangan orang..
tapi diri ni kena tetap sentiasa baiki diri..
jangan duk fikir&risau pandangan manusia mmg tak mampu dek akal, 
 tapi kena sntiasa fikir&risau apa pandang ALLAH  terhadap diri ini..

Friday, June 14, 2013

kekurangan diri


dalam diri ada kekurangan, ada kelemahan ada yang menjengkelkan.
diri bukan sempurna, tiada apa yg orang lain boleh pandang.
namun ada terselit inginan dan angan-angan..
impian dan harapan agar diri ini bisa menjadi orang lain.
bukan lar kesempurnaan yang diharapakan..
namun harapan agar ada kehidupan yg lebih baik
disatu masa dan ketika nnt..

KOSONG

~perjalan menuju~
mengosongkan hati dari karat-karat jahiliah
kosong dari kotoran-kotoran maksiat
kosong dari noda-noda DOSA LALU

kisah silam..

hati ku terusik mengibau kisah silam,adakalanya tawa adakalanya sedih..
namun kisah bermulanya kehidupan diBUMI kenyalang, yang banyak memberi aku makna erti hidup sebnar.
disanalah bermula kehidupan mencari sinar ISLAM..

YA ALLAH, besarnya nikmat itu, sehingga saat ini dapat dirasai..namun aku sia-saikan segalanya.
aku tewas..tewas dgn hawa nafsu sendiri, sehingga aku lupa dgn jalan-jalan, lorong-lorong yang pernah aku lalui dulu..

adakalanya aku tertanya kenapa aku tidak seperti dulu,mengapa aku memilih jalan ini
aku jgk bertanya pada diriku, kenapa aku begitu mudah tewas dgn diriku sendiri.. ya ALLAH.
pada saat ini peritnya ku lalui..peritnya menahan dan berlawan dgn hawa nafsu dan sifat-sifat mazmumah yang menguasai diri..ya ALLAH  berilah kekuatan untukku menjalani dan mengharungi semua ini..

lembutkan lar hati ku yang keras ini..
pujuklah lar ia untuk kembali kepada jalanMU ya RABB...


ANAK KECIL...

 
Dah masuk empat bulan bekerja menjadi pembantu PASTI..mengasuh anak-anak kecil, menyediakan makan untuk mereka..dari tak tahu masak da pandai (da test resepi from google), dari tak tahu da semakin tahu..
hinggakan tumbesaran anak-anak kecil ini juga buat diri ini peka... pelbagai karenah dan gelagat, namun semua itu adalah penawar..mereka anak2 kecil yang masih bersih dan terhindar dari DOSA.. jiwa mereka suci dan luhur.
bagi mereka hidup ini indah, bertemu kawan-kawan adalah keseronokan walaupun asyik2 mengadu orang nie buat dia lar, orang ttu buat dia lar...tapi xpernah serik, pastu main jgk betapa suci nya hati mereka xda dendam...(^_^)...

hakikatnya..bukan sahaja mengenal jiwa mereka tpi pengalaman ini sangat berharga dalam menguji kesabaran dan memdidik diri utk mendidik anak2 di masa akan datang. bukan mudah untuk memujuk tatkala sedih, xnak makan, bila dia tak mahu nie, tak nak yang tu dan macam lagi..semua itu perlu dgn psikologi dan kekuatan hati.. buat diri nie kadang2 gelak, dari seorang yang kasar, kepada pemujuk dari seorang yg kekok dengan kanak-kanak..mendidik jiwa untuk sifat lembut dengan anak-anak kecil ini...

setiap kata dan perlakuan orang dewasa menjadi ikutan mereka dan tahap ingat mereka sangat tinggi dalam sesuatu perkara yang pernah kita cakap dekat dia @ janji.. sebab tu lar disarankan semasa kecil kanak-kanak kecil ini perlu didik dengan surah kecil dan doa-doa harian... diri ini akui, kagum dengan anak-anak kecil yang akan baca doa dan maksudnya...beruntunglar ibu bapa yang membina aset dari anak-anak mereka...

semoga ANAK-ANAK KECIL ini menjadi soleh/solehah...(^_^)
nama saya ADI.. (^_^)

Monday, May 13, 2013

jalan kembali...

terasa kerdilnya diri..bila mana kita menhadap TUHAN...
meminta-minta dan merayu kepadanya..tapi atas dasar kehendak..

ya ALLAH..bawahlah aku kembali kejalan orang2 yang menagih cinta dan kasih MU.. 

Saturday, April 27, 2013

Ingin Pulang...

tatkala seruan jiHYad dan pengorbanan mengiang-giang di telinga ku saat pergi ke ceramah di sek18, betapa kuat perasaan ku ingin pulang ke kampung halaman untuk melaksanakan tanggungjawab..

pada awalnya aku ambil keputusan yang lewaT sbb masalah kewangan..namun aku sedar ALLAH da tunjuk jalan dan beri kemudahan buatku...

mungkin ini pertama buat ku, dan ini lah peluang terbesar untuk aku mambantu perjuangan yang ku pilih selama ini. andai tidak kan aku hanya membiarkan diri ku hebat berkata,tapi tidak yakin pada ALLAH...

Alhamdulillah syukur pada MU ya ALLAH..besar ujian MU buatku.. andai ini jalan yang membawah aku untuk sedar dan kembalikan aku..permudahkan diri ku ya ALLAH..