Saturday, October 12, 2013

Mosyuki Borhan - PencariMu (Malam Puisi Riong)




pencariMu  

terlahirnya aku
dengan janji mengesakanMu.
tak mungkin tertulis di pasir pantai--dipukul hilang ombak dan badai.
tak mungkin terlakar di langit tinggi--dipudar angin dibawa pergi.

tapi
terpaku tepat di hati--sampai mati.

ketika
terus-terus menghitung senja
bergaduh-gaduh mengejar dunia
berbalah-balah dengan hidup merebut harta membeli nyawa
aku takkan pernah ragu
memikir tentangMu yg selalu ada.

disetiap lajunya bergulir waktu
disetiap hela rongga nafasku
aku kan selalu memujaMu.

jadikan aku sang pencariMu
aku mahu teguh disetiap tajamnya bicara membunuh
aku tak mahu rapuh bila berjuta yg datang melumpuh.

ketika
semakin jauh berjalan, Kau kan jatuhkan aku
untuk nanti aku bangun lalu berlari.
dan ketika
semakin jauh berlari, Kau kan jatuhkan aku lagi
untuk nanti aku bangun kembali lalu terbang tinggi.

indah
caturanMu itu--terlalu.
bak bau harum membekas hati
hingga aku takkan pernah ragu
memikir tentangMu yg selalu disisi.

jadikan aku sang pencariMu
biar disetiap tajamnya bicara membunuh
aku semakin teguh.
biar berjuta yg datang melumpuh
aku takkan bisa rapuh
aku takkan bisa rapuh.

dunia manapun yang aku kejarkan
syurga manapun yang aku mahukan
aku tetap
lari menuju Tuhan.

kredit tu author ; MOSYUKI BORHAN
***************

~puisi yang menyentuh hati...
tatkala hati dan akal mencari jalan
DIA menemukan kita pada sesuatu
menyentuh HATI, agar kita beroleh pengajaran..


Mengejar MU kembali...





ya ALLAH..
ujian yang ENGKAU datangkan 
bagaikan teguran halus engkau utk ku..
dan ENGKAU beri jawapan 
dan memberi jalan 
agar aku KEMBALI mengejar MU
ya ALLAH...

Tuesday, October 8, 2013

Mengejar CINTA



CINTA.. (^_^)

Rasa Malu untuk mereka cerita CINTA, sebab aku bukan lar seorang penCINTA atau minah jiwang..
tapi apa yang ingin ku tulis nie cuma tetiba terlintas tajuk nie..

Masa aku dok tengok cerita, housmate ku sibuk kemas2 barang. insyaALLAH esok dia nak punggah barang kerumah baru..(^_^).. rumah pengantin baru..

sejak tahu dia nak kahwin beberapa bulan lepas dan melihat dia buat persiapan perkahwinannya.. aku tak terasa  lagi dia nak kahwin. sampai lar malam nie, baru terasa sangat aura orng nak kahwin nie..huhu..sebab lepas nie sunyi..hukhuk..(T_T)..

Tetiba..aku bertanyakan persoalan hhuu..

"tak takut kah nak kahwin..?'

lagi pun sepanjang serumah dengan dia perlbagai berkongsi cerita dan rasa, pasti lar aku orng yang dekat dengan dia rasa takut.

aku bertanya soalan nie sebab tak lama lagi dia akan tinggal bersama orng yg dia tak kenali, dengan tempoh ikatan pertunangan yang singkat dan semuanya menggunakan orng tengah..
mesti lar dia xkenal pasanganya dengan baikkan

dengan soalan tu aku yang dirambat rasa takut pulak, iya lar mcm mana nak sesuaikan diri dan menhadapi keluarga 2 belah pihak..huhu..da malas nak fikir detail..(*-*) kong!!!!

***************
bila fikir balik, apa yg aku cuba persoalankan sahabat ku ini, aku balik tanya soalan tu pada diri ku saat nie..

'aku mcm mana plk, da sedia belum...?'

lepas tu macam plk flash back dlm kepala ku.masa balik raya tahun 2013.. soalan bertubi-tubi  dari mak, makcie-makcie ku..ya RABBI, sepanjang pergi berziarah raya pertamat soalan sama aku kena tanya.. aku ingat nie semua hanya dlm novel last2 kena balik dkt aku.. aku nak jawap apa?


Tak pasal-pasal sekarang nie mak plk...asal aku call rumah, mmg tak sah klu xsebut pasal kahwin2 nie..
 ya ALLAH aku da mcam fobia plk pasal sebut kahwin2 nie, semua tu ketetapan ALLAH..jawapannya hanya ALLAH...

sendangkan CINTA ALLAH aku sendiri masih tersekat utk MERAIHnya..bagaiman utk aku mengejar2 CINTA manusia..

so sekarang nie apa ku nak buat mengejar CINTA..huhu..
andai di takdirkan aku jatuh CINTA kepada makhlukNYA
biarlah CINTA itu membawa aku kepada CINTA ILAHI... (>_<)


sape nak jdi mangsa CINTA itu?...

Thursday, October 3, 2013

sEbeluM mATA terLena

 sebelum nak tidur aku layan lagu lama dari hijjaz nie..rindu rasanya mendengar lagu-lagu lama dan nostalgia mcm nie, sbb lebih berkesan dekat ahati..jom layan..

semoga tidur lena..





Sebelum mata terlena 

Di buaian malam gelita 
Tafakurku di pembaringan 
Mengenangkan nasib diri 



Yang kerdil lemah yang bersalut dosa 
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti 
Membawa dosa yang menggunung tinggi 
Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu 



Agar terlerai kesangsian hati ini 
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini 



Sebelum mata terlena 
Dengarlah rintihan hati ini 
Tuhan beratnya dosa ku 
Tak daya ku pikul sendiri 



Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu 
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu 
Andainya esok bukan milik ku lagi 
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi 



Sebnelum berangkat ke daerah sana 
Lepaskan beban ini 
Yang mencengkam jiwa dan raga ku 



Selimut diri ku 
Dengan sutra kasih sayang Mu 
Agar lena nanti ku mimpikan 
Syurga yang indah abadi 



Pabila ku terjaga 
Dapat lagi ku rasai 
Betapa harumnya 
Wangian syurga firdausi oh Ilahi 



Disepertiga malam 
Sujud ku menghambakan diri 

Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu

Bumi Anbiya..



Satu ketika dulu..hati ku pernah terdetik untuk pergi kesana. Melalui laman-laman islamic (cth iluislam) aku dpt mengenali insan-insan dan berkawan yang dipilih ALLAH utk pergi kebumi anbiya dan menuntut ilmu disana. dapat mengenali dan berkongsi cerita, membaca komentar-komentar mereka sangat menarik dan macam ada tarikan magnet aku tertarik untuk menyimpan angan-angan ku. Seorang junior sekolah pulak ambil medic dekat egypt lepas tu kawan masa diploma continue study bidang dentistry dkt Al-Azhar..Subhanallah bertuahnya mereka, sungguh merekalah insan dipilh ALLAH..sehingga timbul rasa cemburu terhadap mereka.

Aku juga menyimpan angan-angan itu, kalau pun aku tiada rezeki menuntut ilmu (sbb aku bukan budak sekolah agama), tapi aku berharap dapat datang kesana walaupun sekali, aku ingin sekali melihat bumi itu, di mana disitulah bermulanya penyebaran ISLAM, disitu jgk tempat Baginda SAW, di lahirkan dan dibesarkan dan terdapat makam Baginda dan banyak tinggalan sejarah islam untuk di lihat tinggalannya. Aku tahu jgk bumi tu barakah.. bila aku tgk orng yang tinggal disana atau menuntut ilmu disana bgi ku mereka bertuah sebab menjadi orgn yg dekat dgn para anbiya.

insyaALLAH dengan izin ALLAH.. satu masa nanti aku juga akan menjadi tetamu di bumi anbiya..(^_^)




Tuesday, October 1, 2013

Menanti SABAR..

Penantian itu bukan lar satu penyeksaan tapi mengajar erti KESABARAN..
memberi nilai untuk menhargai dan menerima segala dengan REDHA..
semua itu akan terjawap setelah tiba waktunya..
 
BETAPA INDAH PADA WAKTUNYA
(^_^)
 
 


Monday, September 30, 2013

belayar membawah impian...

aku ingin menuju kedestinasi impian ku..
mengapai cita-cita yang terlakar..
mengamit segala pahit manis kenangan

membawah cita kelayar impian
untuk dipersembahlkan segala contengan
disisip bersama sayap kegigihan dan semngat..
agar lakaran itu menjadi satu destinasi yg lengkap...