Thursday, October 17, 2013

Pertemuan di AIDILADHA..2013


Selamat HARI RAYA AIDILADHA 1434

 Aku xda rezeki lagi nak berkorban insyaALLAH semoga ALLAH kurniakan rezeki untuk ku di masa akan datang aminn..(^_^)

Alhamdulillah..hari raya aidiladha (10 zulhijjah 1434) aku sambut bersama teman-teman old school. walaupun berada diperantauan tapi dapat jgk besama teman sekampung dan macam raya di Sabah pula.

Syukran buat tuan rumah (Anggola) teman ku dari sekolah rendah lgi, rezeki dapat makan 'burasak' &tumbuk (nasi dan pulut yang dimasak dalam daun pisang) yang lama sudah aku mengidam mau makan. Masa balik kampung ke kunak Raya Aidilfitri bulan 8 baru-baru nie harap dapat makan burasak buatan makcie tpi sayangnya makcie da tua dia tak larat da nak masak..sepupu ku pula tiada yang mewarisi kepakaran tu.
aku kagum dgn makcie ku, walaupun kami bukan lar berketurunan bangsa Bugis tapi dia mampu adapt budaya dan makan bangsa bugis nie..aku pun suka bergaul dan berkawan dgn kawan2 berbangsa bugis..

Raya aidiladha baru nie, menemukan aku dengan Darlina, Anggola dan Shani..kami berempat jak berkesempatan bertemu di Klang selangor. Darlina masih study di ALAM Melaka, Anggola dan berkerja di Klang dan dia bersama family nya sudah pindah ke sini. Shani pula bekerja di Port Klang.. ada 2 , 3orng lgi fren old-school ku cuma xberkesempatan berkumpul dgn mereka. Rumah Anggola jdi port kami makan burasak, mak dia yang baik hati dan adik beradik dia yg sangat mengalu-alukan buat kami nda segan untuk ddk bersermbang dan berkongsi cerita bersama lepak di rumahnya sampai petang.

Aidiladha kali nie penuh dengan memory old-school, suka duka dikongsi, kisah dulu dan kini kami cuba untuk singkap, setiap sorang kawan-kawan di sekolah kami ungkit..hehe.. lucu dan seronok bila buka cerita zaman sekolah. tak sangka sudah 9 tahun kami meninggalakan zaman tu dan pelbagai kenangan yang masih kami ingati..

Mungkin nie tahun terakhir aku dapat merasai kemeriah nie dinnegeri perantauan..tak tahu lagi di tahun akan datang bagaimana.. tapi bagi ku AIDILADHA tahun nie lebih dari sebuah perayaan tpi penuh dengan pengajaran dan pemahaman.. semoga ALLAH menerima korban orang-orang yang berkorban pada tahun nie..insyaALLAH in future aku pun nak berkorban walaupun sebahagian..



firman ALLAH SWT dalam AL-QURAN bermaksud :
"Daging (hewan kurban) dan darahnya itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya adalah ketakwaan kamu. Demikianlah Dia menundukkannya untukmu agar kamu mengagungkan Allah atas petunjuk yang Dia berikan kepadamu. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik." (surah Al-hajj :ayat 37)



No comments: